Seluruh dunia tahu siapakah gerangan Duke of Edinburgh, Putera Philip.
Tambahan pula di kalangan gugusan negara Komanwel seperti Malaysia sendiri, kita pastinya pernah menonton kelibatnya sama ada di kaca televisyen atau di atas talian.
Tapi tahukah korang, mendiang Putera Philip yang telah menghembuskan nafas terakhir baginda pada minggu lalu pernah bertemu dengan rakyat Malaysia di Sarawak, Sabah dan Kuala Lumpur suatu masa dahulu!
ARTIKEL BERKAITAN : William & Harry Enggan Diri Bersebelahan Di Pengebumian Putera Philip – REMAJA
Disebabkan kebanyakan daripada kita masih belum dilahirkan pada waktu itu, tentunya kita sukar untuk ‘recall’ momen tersebut.
Namun, seorang pengguna Facebook bernama Chang Yi masih ingat peristiwa pada tahun 1959 itu dan telah memuat naik sekeping foto yang menunjukkan Putera Philip melambai ke arah orang ramai di Miri dari kenderaan rasminya.
Sumber Foto : Malay Mail
Dari Kuching, baginda menuju ke Sibu dan Miri sebelum bergegas ke Brunei. Semuanya dikunjungi dalam tempoh kurang 2 hari saja.
Waktu itu juga berdekatan dengan tarikh perayaan Tahun Baru Cina. Lalu, sebuah konsert diadakan demi menghiburkan Putera Philip.
Sabah & Kuala Lumpur
Negeri Di Bawah Bayu ini turut bertuah menerima kunjungan mendiang pada tahun 1959.
Menurut seorang wanita bernama Li Yo Wei kepada FMT, beliau berusia 12 tahun pada waktu itu dan Sabah masih dikenali sebagai Borneo Utara di bawah jajahan Inggeris.
Sumber Foto : FMT
Beliau dan ratusan murid sekolah telah beratur di sepanjang jalan raya di Tanjung Aru dan masih mengingati apabila Putera Philip berjalan di situ. Jelas Li, mendiang mempunyai ketinggian mirip cucu baginda, Putera William yang pernah melakukan kunjungan diraja ke Malaysia pada tahun 2012.
Sekali lagi, Putera Philip mengunjungi Sabah pada tahun 1972. Kali ini, mendiang hadir bersama Ratu Elizabeth II dan Puteri Anne. Peristiwa ini berlaku selepas Sabah menyertai Malaysia secara rasmi pada tahun 1969.
Sumber Foto : FMT
Kuala Lumpur juga tidak terkecuali menerima kunjungan Putera Philip pada tahun 1965. Baginda yang diiringi oleh Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.