Zaman ini, TikTok telah menjadi antara platform media sosial paling popular. Bukan hanya di kalangan remaja malah orang dewasa aktif mengunakannya.
ARTIKEL BERKAITAN : 10 Selebriti Korea Yang Paling Ramai Pengikut Di Aplikasi TikTok
Aplikasi sosial tersebut mempunyai lebih daripada 250 juta pengguna aktif dan oleh sebab itu, tidak hairanlah jika korang melihat semakin ramai berlumba-lumba memuat naik content serta memanfaatkan platform ini.
Namun, wajarkah seorang guru melakukan sesi penstriman langsung atau live ketika sesi pembelajaran berlangsung di sekolah?
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter berkongsi keluhannya berhubung isu seorang guru yang tampil secara ‘live’ di akaun TikTok-nya sedangkan pada waktu tersebut, dia sedang mengendalikan sesi pembelajaran di dalam kelas bersama murid-murid.
Lantaran itu, pengguna Twitter yang dikenali sebagai @n_ahwal itu bertindak menegur guru tersebut yang kemudian menyekatnya (mungkin kerana tidak boleh menerima teguran tersebut). Baginya, perbuatan guru itu tidak dapat diterima kerana sewajarnya guru memberikan sepenuh perhatian kepada murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Malah, ruangan komen muat naik tersebut juga menyaksikan rata-rata netizen tidak menyokong tindakan guru tersebut. Mereka khuatir sekiranya tindakan muncul dalam sesi live sedemikian akan mengganggu fokus tenaga pengajar.
Rentetan daripada isu ini, jurucakap Kementerian Pelajaran menerusi akaun Twitter unit Komunikasi Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin ‘take note’ dan telah meninggalkan komen berikut.
Kata mereka, pegawai awam dilarang menggunakan media sosial untuk tujuan peribadi semasa waktu pejabat sama ada peralatan komputer atau alat mudah alih yang dibekalkan oleh pejabat atau jika ia milik peribadi.
“Ruangan komen, bukan murid yang tonton. Pekerja oil and gas pun ada. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan siasat,” catat pengedali akaun untuk tindakan selanjutnya.
Hmm.. wajarkah tindakan guru tersebut?
BACA LAGI : Aplikasi TikTok Saingi Shopee, Akan Perkenal Kedai Atas Talian Di Malaysia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.