Setelah penggambaran drama televisyen perlu ditangguhkan seketika kerana musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tak lama lagi korang dah boleh layan semula drama terbaru!
Antara drama terawal yang akan ditayangkan ialah Pink Smile yang semakin diperkatakan di media sosial.
Ini kerana drama adaptasi novel tulisan Luna Adresia ini menggandingkan beberapa nama besar seperti Fattah Amin, Sweet Qismina dan naib juara Hero Remaja 2017, Farhan Asri.
REMAJA sempat untuk bertanyakan kepada Farhan mengenai drama Pink Smile, idolanya Fattah Amin dan pendapat orang yang mengatakan dia ‘ketinggalan’ berbanding rakan Hero Remaja lain.
“Dalam drama arahan Ayie Mustafa ini, saya membawakan watak Epol, iaitu pekerja di kafe milik Kaz (Fattah Amin). Epol juga banyak dikaitkan dengan Melati (Afifah Nasir) yang merupakan pekerja baharu di situ.
“Ini merupakan drama pertama saya di slot Lestary di saluran TV3. Tentunya, saya teruja untuk ia menemui penonton tak lama lagi setelah terpaksa ditangguhkan kerana musim PKP.
“Kami baru menyambung penggambaran selama seminggu selepas PKP dan saya lepas rindu terhadap peluang untuk kembali ke set. Alhamdullilah, pengarah gembira dengan prestasi saya membawakan watak ini lalu membuatkan saya lebih bersemangat,” kongsi Farhan lagi sewaktu dipanggil oleh REMAJA.
Untuk pengetahuan, drama Pink Smile turut dibintangi oleh Sweet Qismina, Intan Najuwa dan Hero Remaja 1990/1991 Esma Daniel.
Ads
Pengalaman Berlakon Bersama ‘Hero’ Idola
Farhan yang pernah muncul menerusi drama Cik Reen Cik Ngok Ngek pernah bergandingan dengan beberapa pelakon berkaliber seperti Fickry Ibrahim. Namun ini adalah gandingan pertamanya dengan seorang juara pencarian Hero Remaja.
Farhan yang dilahirkan daripada pencarian yang sama pada musim 2017 berkata ini adalah peluang yang dinanti-nantikannya. Apatah lagi apabila Fattah Amin merupakan salah seorang idola yang dekat dengan dirinya dan antara sebab utama mengapa dia menyertai Hero Remaja.
“Awal-awal tu, saya segan juga kerana tidak sangka dapat bergandingan dengan ‘hero’ saya sendiri dalam dunia lakonan. Fattah Amin yang menegur saya terlebih dahulu kerana katanya, dia faham sifat pemalu yang saya ada sebagai pendatang baru. ‘Dulu aku pun macam ni – segan,’ katanya.
“Aura Fattah memang lain macam di set, berlainan dengan pelakon lain yang pernah saya temui. Cara dia profesional di set, selalu ikut timing. Saya memang hormatinya sebagai senior Hero Remaja saya dan sebagai seorang teman sekerja,” kata Farhan sambil menambah bahawa Fattah masih mengingati penglibatan sebagai tetamu istimewa pada malam finale Hero Remaja 2017.
Farhan Asri ‘Lambat Panas’?
Pada zaman media sosial kini, semakin ramai pelakon (dan penyanyi) yang disunting oleh kerana jumlah pengikut ramai yang mereka miliki. Untuk seorang pelakon seperti Farhan yang masih baharu, dia sedar dia perlu lebih pantas mengejar peluang membina karier jika tidak mahu ketinggalan.
Ads
“Tahun pertama selepas saya dinobatkan sebagai naib juara Hero Remaja 2017, saya memilih untuk fokus pada pendidikan dan menghabiskan Diploma. Bagi saya pendidikan tetap diutamakan especially bila sudah belajar separuh jalan.
“Mungkin kerana setahun ‘lesap’ dan tidak terus menyambar job, ramai melihat saya agak terkebelakang berbanding rakan finalis Hero Remaja yang lain seperti Alif Muhaimin, Harris Annuar, Adam Yusuf, Nabil Aqil, Ikmal Amry dan Safwan Nazri.
“Mereka aktif muncul menerusi drama televisyen dan projek lain. Hanya pada tahun 2018, saya menerima tawaran berlakon. Saya mengaku saya ‘lambat panas’ berbanding mereka. Namun itu bukanlah alasan untuk saya tak berusaha untuk membina nama.
“Biarlah orang nak gelar naib juara kurang popular, saya percaya kepada usaha. Saya tetap beratur seperti talent lain di uji bakat, saya tetap mencuba nasib. Bagi saya, mengapa perlu saya malu kerana saya tahu kemampuan saya. Tak perlu nak dibanding-bandingkan.
“Alhamdulillah, tahun 2020 memberikan saya lebih banyak rezeki untuk muncul dengan drama baharu. Sekarang saya sedang perbaiki lagi skil sebagai seorang pelakon. Pada masa yang sama, saya juga sedang aktifkan diri di media sosial kerana di situlah connection saya sebagai Farhan Asri dengan pengikut saya.
“Hero Remaja 2017 sebenarnya banyak mengajar saya untuk membina nama dan kekal relevan. Saya bersyukur dengan peluang tersebut. Semua yang saya pelajari akan saya apply sekarang,” simpul Farhan.
Drama Pink Smile bakal menemui penonton di slot Lestary TV3 pada bulan Julai ini dengan 20 buah episod.
Pelakon meningkat naik, Aniq Suhair yang kini berada di Tanah Suci Mekah, berkongsi kata-kata nasihat mengenai sikap bersangka baik terhadap orang lain.
Menerusi hantaran video di platform TikTok, bekas peserta Hero Remaja 2020 itu berkata lebih mudah mengubah hati sendiri untuk sentiasa bersangka baik terhadap orang lain.
“Kita ini tak mampu nak mengubah hati seseorang untuk bersangka baik kat kita kan. Tapi kita boleh mengubah hati kita sendiri untuk bersangka baik dekat orang lain.
“Itulah kalau nak berubah itu, berubahlah kan. Lebih baik lambat daripada tidak ya tak? Yelah, bukan senang nak jadi baik ini.
“Sekurang-kurangnya kita cuba, betul tak? Sentiasa cuba dan cuba,” tuturnya menerusi video tersebut.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut bersetuju selain mendoakan yang terbaik buat pelakon naskhah popular Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah itu.
Selain, ramai yang masih lagi tidak dapat move on dengan watak Ustaz Iqbal yang dimainkan oleh pelakon tersebut menerusi drama di TV3 itu.
“Dalam cerita Ustaz Iqbal, ini Ustaz Aniq,” komen seorang pengguna.
“Dia macam ‘selamanya Ustaz Iqbal’,” komen lagi pengguna lain.
“Vibe Ustaz Iqbal melekat sampai sekarang , moga betul-betul jadi ustaz in real life,” tulis seorang lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umpama pasang surut gelora laut, begitu jugalah soal populariti dalam industri seni hiburan. Ada masanya menggapai langit, tiba masanya perlu kembali berpijak di tanah semula.
Meerqeen merupakan satu kuasa baharu industri. Sebut sahajalah namanya, peminatnya melangkau dari peringkat kanak-kanak sehinggalah ke yang sudah berusia.
Sedari menamatkan saingan menerusi pencarian Hero Remaja 2020 di kedudukan pemenang tempat ketiga, Meerqeen tidak menoleh ke belakang dan terus memacu laju sebagai seorang pelakon serta jurucakap jenama.
Memasuki tahun ketiganya dalam industri seni hiburan ini, jejaka berusia 22 tahun ini sudahpun menetapkan satu aras baharu bagi mana-mana pendatang baharu yang ingin menawan kelompok penonton Malaysia dan Indonesia.
Begitupun, segala kejayaan yang diraih ini hadir dengan tanda harga berbaur sindiran. Kononnya, kelibat Meerqeen dirasai mereka sebagai terlalu ‘mainstream’. Wajahnya yang berada di merata-rata tempat tidak disenangi oleh segelintir pihak.
REMAJA menemui Meerqeen di majlis berbuka puasa bersama The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia baru-baru ini bagi mendapatkan pandangannya berkenaan kata-kata nakal yang timbul ini.
“Saya tidak terlalu memikirkan komen-komen negatif sebegitu. Sebaliknya, apa yang berada dalam kepala saya adalah, ‘Bila lagi saya nak dapat peluang yang sama? Bila lagi giliran saya?’.
“Mungkin ada pihak akan merasakan saya tamak tetapi saya tidak merasakan sebegitu. Ini adalah laluan kerjaya yang saya pilih dan saya perlu sentiasa dahagakan peluang. Jika sudah tertulis rezeki saya, saya berlapang dada terima.
“Penat itu tentulah ada, kerja mana yang tidak penat? Tetapi ini punca rezeki saya dan saya tidak mahu main-main,” ujar duta baharu The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia itu.
Tambah Meerqeen, tidak semua orang yang dapat melihat pengorbanan yang terpaksa dia lalui untuk sampai ke tahap sekarang.
“Saya tahu saya masih ‘hijau’. Tetapi selama tiga empat tahun ini, saya terpaksa berkorban banyak perkara seperti masa dengan keluarga. Saya perlu ketepikan perasaan malu di hadapan orang ramai dan banyak lagi pengorbanan lain yang orang luar tak nampak.
“Sebab itulah, apabila ada yang mengomel kononnya wajah saya di merata-rata tempat, saya abaikan sahaja. Yang saya tahu, to be at this point is not easy. Jadi, tidak mungkin saya akan mudah berpuas hati dengan kejayaan satu, dua projek sahaja,” jelasnya.
Jadi Rebutan Jenama Antarabangsa
Dalam tempoh masa sebulan sahaja, Meerqeen sudahpun dirisik sebagai warga Malaysia pertama untuk menjadi duta bagi Yves Saint Laurent (YSL) Beauty dan The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia.
Sebagai duta jenama Foundation & Fragrance Franchise di bawah YSL Beauty, penglibatan Meerqeen berfokus kepada rangkaian alat kosmetik dan wangian badan.
Sementara itu, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia yang baru melanjutkan pelantikan Meerqeen sebagai duta jenamanya pula seiring dengan pembukaan cawangannya yang ke-150 di Malaysia serta kempen Aidilfitri #RayaMeerqeenCBTL.
Ternyata, pelakon Melur Untuk Firdaus ini sedang memuncak naik dalam soal populariti dan punya aura tersendiri sehinggakan dia menjadi pilihan utama jenama-jenama antarabangsa.
“Saya tidak merasa sebarang tekanan. Saya tahu apa yang saya buat. Saya suka apa yang saya sedang buat. Jadi saya tidak tertekan pun dengan jadual yang silih berganti antara dunia lakonan dan tugas sebagai duta jenama produk. I love my job so much dan saya ‘layan’ sahaja perjalanan ini.
“Sebelum saya menjadi figura am, saya sudah meletakkan goals yang tinggi untuk saya kecapi dalam industri seni hiburan ini. Saya pernah mengimpikan peluang bekerjasama dengan jenama-jenama antarabangsa sejak di bangku sekolah lagi. Apabila impian itu kini bertukar realiti, tak kan saya nak rasa tertekan. Saya lihatnya sebagai kerja harian saya and I’m loving every second of it,” katanya.
Terdahulu, REMAJA pernah menemui Meerqeen dan rakan-rakan pelakon drama bersiri Viu Originals Nenek Bongkok Tiga bagi segmen Remaja Cer Try.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi berasal dari Indonesia, Inka Christie, yang tersingkir pada minggu keempat Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11), mengakui bahawa dia tidak pernah berpuas hati dengan...