#ShopeeHaul merupakan sebuah inisiatif yang memupuk para pecinta fesyen di Malaysia untuk lebih gemar dengan produk tempatan. Menerusi kempen ini, Shopee kini tampil dengan pelbagai fesyen muslimah moden dan bergaya.
Sebelum ini, Shopee melancarkan Raya Stail Kita bersempena Hari Raya yang baru saja berlalu. Kini menerusi kempen Gaya Lit Lit, Shopee membawakan tiga gaya istimewa yang boleh dicuba!
Gaya 1: Sis Ranggi
Bayangkan seseorang yang berpakaian kasual tetapi dilengkapi dengan jaket dan bergaya edgy seperti Yuna. Sis Ranggi bukan saja akan buatkan anda tampil segar dan berkeyakinan. Malah dengan kombinasi kasut boot dan sneakers dengan tudung gaya turban juga akan buatkan para hijabista nampak moden sangat!
Ads
Kredit: The Star
Gaya 2: Everyday Cantik
Dari pakaian kerja sampailah ke pakaian santai kalau korang nak hangout makan-makan dengan bestie di hujung minggu. Everyday Cantik sesuai sangat bagi yang suka gaya manis, feminin, dan konservatif yang chic. Padanan tudung bawal, seluar atau kemeja ditambah dengan aksesori kaca mata, memang akan buatkan anda tampil macam sweet girl!
Kredit: Adlina Nawi Lemon8
Gaya 3: Anggun Bergaya
Ads
Anggun Bergaya adalah gaya yang elegan dan sesuai digayakan kalau korang pergi ke majlis-majlis. Dress yang dipadankan dengan tali pinggang akan buatkan anda lebih versatil! Bandana juga boleh digunakan sebagai scarf atau aksesori di leher. Bagi yang suka tampil dengan kasut tumit tinggi, anda akan terlihat lebih berani tetapi masih anggun bergaya!
Ads
Jadi sempena promosi 6 Jun ini, Shopee nak bagi promosi untuk para hijabista di luar sana. Bukan setakat itu sahaja, korang juga boleh dapat baucar diskaun RM50 dengan memasukkan kod: SHGLL507DFG95RS6
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Debaran pertandingan Miss Universe 2022 semakin terasa apabila kebanyakan wakil negara yang bertanding kini telahpun berada di New Orleans, Amerika Syarikat bagi sesi pendaftaran.
Tidak dinafikan, edisi ke-71 ini merupakan salah satu edisi paling kompetitif apabila ia menampilkan ramai peserta yang bukan sahaja jelita tetapi juga berjaya serta telah melakukan persiapan rapi bagi berdepan saingan lain.
Salah satu wakil yang kini diberikan perhatian adalah Miss Universe Itali 2022, Virginia Stablum.
Lama rasanya kita tidak mendengar sebarang ‘hype’ dikaitkan dengan wakil dari Itali di pentas Miss Universe.
Kali terakhir Itali memperolehi kedudukan di peringkat separuh akhir adalah pada tahun 2014 menerusi Valentina Bonariva (Top 15). Sebelum itu pula, Itali berjaya mencapai kedudukan Top 10 pada tahun 2008 menerusi Claudia Ferraris.
Justeru, apa yang membuatkan Virginia Stablum istimewa di mata pemerhati ratu cantik sedunia?
Pada ketinggian 175cm, Virginia memiliki pakej rupa paras persis Naib Juara Miss Universe 2018 dari Afrika Selatan iaitu Dr. Tamaryn Green.
Naib juara Miss Universe 2018. Dr Tamaryn Green.Virginia Stablum bersama mahkota Miss Universe Italy 2022.
Graduan jurusan Sains Komunikasi daripada University of Verona ini juga merupakan seorang model antarabangsa yang telah merantau ke banyak negara seperti Perancis, Sepanyol dan Amerika Syarikat atas dasar tugasan kerja.
Tidak hairanlah apabila Virginia khabarnya menerima sokongan daripada pelbagai penaja di Itali yang ingin melihatnya mengembalikan zaman kegemilangan Itali dan lebih utama, zaman kegemilangan negara-negara dari benua Eropah di Miss Universe.
Salah satu tajaan yang sah diterima oleh Virginia hadir daripada pereka fesyen haute couture Itali terkenal, Roberto Cavalli!
Roberto Cavalli.
Menerusi hantaran di Instagram Virginia dan di Instagram Miss Universe Itali, mereka mengesahkan bahawa Cavalli akan menyediakan dua rekaan gaun istimewa untuk Virginia sarungkan pada pusingan preliminary dan pada malam finale.
“Saya amat berbesar hati untuk membawa ciptaan ‘Made In Italy’ di pentas antarabangsa dan menunjukkan kepada Universe apa yang boleh dicapai oleh negara kami. Terima kasih Roberto Cavalli dan Fausto Puglisi (pereka fesyen di Roberto Cavalli sejak tahun 2020) kerana memberi kepercayaan kepada saya.
“Terima kasih juga Miss Universe Itali kerana merealisasikan impian saya ini,” catat Virginia.
Menariknya, Roberto Cavalli bukanlah satu-satu jenama fesyen dari Itali yang dipakai oleh Virginia sepanjang berada di New Orleans, Amerika Syarikat.
Terbaru, dia menyarungkan persalinan jenama Tezenis, Wendy Kei, Moon Boot dan Miu Miu daripada koleksi musim sejuk 2022 lalu menerima pujian daripada pelbagai pihak.
Jenama Miu Miu.
Jenama Nadine MerabiJenama High Society.
Virginia turut ditaja oleh jenama fesyen terkenal dari benua Eropah seperti Nadine Merabi (United Kingdom), Mach & Mach (Georgia) dan High Society (Denmark).
Fuh, seorang fesyenista habis!
Dengan persiapan serapi ini, tidak mustahil mahkota Miss Universe akan kembali ke tangan negara dari benua Eropah pada tahun ini setelah kali terakhir dimenangi oleh Perancis pada tahun 2016.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sering kali kita melihat individu yang mengamalkan makan overnight oats untuk menjaga diet pemakanan mereka. Namun, ia bukan hanya untuk dimakan pada waktu malam, malah oats ini sesuai juga diambil pada waktu pagi.
Selain daripada rasanya yang sedap, ia juga membantu untuk membuatkan perut korang sentiasa kenyang. Penyediaannya juga mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk disediakan.
Seorang pengguna di Facebook yang dikenali sebagai Ummi Nadia pernah berkongsi resipi rendah kalori yang diamalkanya sehingga berjaya menurunkan berat badan.
Jom kita try!
Bahan-bahan:
– Rolled oats
– Natural yogurt
– Susu segar
– Kekacang
– Madu asli
– Buah-buahan
– Bekas berpenutup (korang boleh beli di kedai RM2)
Cara menyediakan:
1. Letakkan 2 hingga 3 sudu besar rolled oats
2. Kemudian, letakkan campuran kekacang dan kismis
3. Tambahkan 1 hingga 2 sudu besar natural yogurt
4. Letakkan sedikit madu asli
5. Seterusnya, campurkan dengan buah-buahan pilihan
Ramai diuji dengan kesakitan. Ada ketika mak atau ayah terlantar sakit dan memerlukan penjagaan rapi dari anak-anak. Kebiasaannya selepas ditukarkan lampin, di lap tubuh badannya dan diberi makan atau minum, pesakit akan dibiar terlantar di katil kerana kita sering beranggapan, tiada apa yang boleh dilakukan khususnya bagi mereka yang alami strok.
Tapi jika kita hanya membiarkan ahli keluarga terbaring, ia merupakan satu kesilapan kerana apabila terbaring lama, tubuh badan pesakit akan dihidapi KUDIS TEKANAN.
Baca perkongsian ditulis oleh doktor perubatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan bagaimana menjaga pesakit terlantar di fbnya.
Pesakit terlantar memerlukan penjagaan rapi dan tidak boleh dibiarkan terbaring begitu saja seharian – Gambar hiasan semata
“Puan, perlu ubah posisi pesakit setiap 2 jam”
Menjaga pesakit terlantar bukanlah perkara yang mudah. Penjaga perlu menguruskan segala urusan pesakit termasuklah, makan dan minum, kebersihan, dan aspek-aspek lain seperti senaman dan pemposisian untuk mengelakkan komplikasi yang lebih teruk.
Penjagaan pesakit tampak seperti perkara yang lazim, tetapi hakikatnya, penjaga atau waris perlu belajar cara yang betul menjaga pesakit terlantar.
Salah satu komplikasi yang paling kerap berlaku adalah kudis tekanan. Komplikasi perlu dielakkan kerana jika pesakit mendapat kudis tekanan, ia boleh mengakibatkan keadaan pesakit bertambah buruk dan ia juga menambahkan beban penjaga.
Kudis tekanan terjadi apabila pesakit baring atau duduk pada posisi yang sama untuk durasi masa yang panjang. Ini menyebabkan bahagian yang menampung berat pesakit mendapat kurang bekalan darah beroksigen. Situasi ini menyebabkan tisu dibahagian tersebut mati dan menjadi kudis.
Pesakit terbiar lama akan mengakibatkan kudis tekanan. Gambar hiasan semata
Bahagian tubuh yang mempunyai benjolan tulang atau balutan otot yg nipis terdedah kepada risiko kudis tekanan, contohnya:
– belakang kepala(occiput)
– belikat bahu(scapula)
– siku (olecranon)
– tongkeng (sacrum)
– tulang punggung (ischium)
– benjolan sisi tulang paha (greater trochanter)
– sisi lutut (condyles of tibia)
– buku lali (malleolus)
– tumit (calcaneus)
Kudis tekanan paling kerap berlaku di tulang tongkeng(sacrum) kerana ia menampung beban berat badan ketika berbaring terlentang, tetapi tidak dilindungi oleh otot dan tisu kulit yang tebal.
Bagi mengelakkan ia berlaku, pesakit terlantar di atas katil hendaklah diposisikan mengiring ke kiri dan selepas 2 jam, posisinya diubah kepada posisi mengiring ke kanan pula. Tempat berisko yang lain seperti di antara lutut, dan dibawah buku lali di ampu dengan bantal.
Adab menziarah amat dituntut dalam Islam dan memberi kegembiraan kepada pesakit. Gambar hiasan semata
Selain pemposisian, beberapa alatan juga digunakan untuk mengurangkan tekanan pada bahagian berisiko seperti ripple mattress (tilam angin yang mempunyai permukaan berombak dan tekanan anginnya dikawal oleh pam elektrik), pad silikon, dan lain-lain.
Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan kudis tekanan adalah kelembapan, geseran, penyakit kulit, kebersihan dan keadaan kesihatan pesakit. Oleh itu, perkara-perkara ini juga perlu diambil kira.
Pesakit yang lumpuh kedua-dua belah kaki juga disarankan menggunakan kusyen angin pada kerusi roda mereka dan perlu melakukan hand push up untuk elakkan kudis tekanan pada tulang tongkeng dan tulang punggung.
Tilam angin antara keadah terbaik digunakan bagi mengelak kudis di badan pesakit terlantar
Ramai pesakit dan penjaga mengabaikan perkara-perkara ini kerana menganggap ia remeh dan melecehkan. Sebenarnya, jika pesakit mendapat kudis tekanan, ia akan lebih sukar kerana penjagaan luka kudis tekanan amat rumit dan membebankan.
Pemposisian adalah teknik pencegahan yang terbukti berkesan menurut bidang perubatan moden, malah teknik ini juga termaktub dalam Al-Quran.
“Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.”—Surah Al-Kahfi ayat 18
Pemuda-pemuda Al-Kahfi ini tidur selama 309 tahun, tetapi kerana sentiasa diposisikan ke kiri dan ke kanan, mereka tidak mendapat kudis tekanan.
Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Salam Jumaat. Jom al-Kahfi.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Unit Rehabilitasi #MedTweetMY
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tren transformasikan foto menjadi karikatur seakan karya Studio Ghibli yang sohor kini di platform media sosial bukan hanya sedang 'mendunia' di Malaysia bahkan di...