Fesyen

#ShopeeHaul Mengangkat Fesyen Muslimah Tempatan, Siapa Kata Yang Berhijab Tidak Boleh ‘Bergaya Lit Lit’

Share

#ShopeeHaul merupakan sebuah inisiatif yang memupuk para pecinta fesyen di Malaysia untuk lebih gemar dengan produk tempatan. Menerusi kempen ini, Shopee kini tampil dengan pelbagai fesyen muslimah moden dan bergaya.

Sebelum ini, Shopee melancarkan Raya Stail Kita bersempena Hari Raya yang baru saja berlalu. Kini menerusi kempen Gaya Lit Lit, Shopee membawakan tiga gaya istimewa yang boleh dicuba!

Gaya 1: Sis Ranggi

Bayangkan seseorang yang berpakaian kasual tetapi dilengkapi dengan jaket dan bergaya edgy seperti Yuna. Sis Ranggi bukan saja akan buatkan anda tampil segar dan berkeyakinan. Malah dengan kombinasi kasut boot dan sneakers dengan tudung gaya turban juga akan buatkan para hijabista nampak moden sangat!

Kredit: The Star

Gaya 2: Everyday Cantik

Dari pakaian kerja sampailah ke pakaian santai kalau korang nak hangout makan-makan dengan bestie di hujung minggu. Everyday Cantik sesuai sangat bagi yang suka gaya  manis, feminin, dan konservatif yang

chic. Padanan tudung bawal, seluar atau kemeja ditambah dengan aksesori kaca mata, memang akan buatkan anda tampil macam sweet girl!
Kredit: Adlina Nawi Lemon8

Gaya 3: Anggun Bergaya

Anggun Bergaya adalah gaya yang elegan dan sesuai digayakan kalau korang pergi ke majlis-majlis. Dress yang dipadankan dengan tali pinggang akan buatkan anda lebih versatil! Bandana juga boleh digunakan sebagai scarf atau aksesori di leher. Bagi yang suka tampil dengan kasut tumit tinggi, anda akan terlihat lebih berani tetapi masih anggun bergaya!

Jadi sempena promosi 6 Jun ini, Shopee nak bagi promosi untuk para hijabista di luar sana. Bukan setakat itu sahaja, korang juga boleh dapat baucar diskaun RM50 dengan memasukkan kod:

SHGLL507DFG95RS6

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
ZOE