Kepada masyarakat umum mungkin perkataan sreetwear tidaklah berapa sinonim pada mereka. Bayangkan wajah yang terpinga-pinga seorang pak cik melihat anak-anak muda beratur panjang di dalam sebuah kompleks membeli belah seawal jam 6 pagi? Ini berdasarkan pengalaman penulis sendiri yang pernah beratur untuk hanya mendapatkan tiket raffle Yeezy telah menyaksikan fenomena ini.
“Dik, kenapa beratur panjang pagi-pagi macam ni?”
“Err… kami nak dapatkan tiket raffle sebab nak terpilih beli kasut”
Respons pak cik itu cukup menggelikan hati. “Nak beli kasut pun kena ambik tiket dan kena cabut undi?”
Namun inilah hakikat yang mungkin tidak dapat difahami oleh generasi lebih tua. Apakah yang menyebabkan fenomena kegilaan terhadap pakaian atau barang-barang streetwear ini mendapat perhatian serta sambutan yang cukup luar biasa terutamanya dalam tempoh setahun dua ini.
Bagi penggemar streetwear yang lama, ia bukanlah perkara baru namun kini streetwear
menjadi lebih popular terutama di kalangan remaja dan anak muda di kawasan urban.Jenama-jenama seperti Supreme, Palace, Bathing Ape, Anti Social Social Club dan pelbagai lagi menjadi rebutan – apatah lagi kebanyakan jenama-jenama streetwear ini tidak terdapat di Malaysia. Jadi, bagaimana mereka mendapatkannya?
Dalam dunia digital sekarang, semuanya boleh didapati dengan pantas di hujung jari. Ramai antara pelajar kita yang belajar atau bekerja di luar negara menjadikan kegilaan ini sebagai peluang untuk mereka menjana pendapatan. Contohnya, setiap kali Supreme melakukan ‘drop‘ terbaru pasti ada saja budak Malaysia berjaya mendapatkannya. Selain beratur berjam-jam lamanya, mereka juga mencuba melakukan pembelian secara online. Tapi tahukah anda bahawa barangan Supreme ini kadangkala boleh ‘lesap’ dalam tempoh tidak sampai seminit sahaja! They’re so limited dan disebabkan itulah harganya di pasaran memang sangat tinggi.
Pengemar-penggemar barangan streetwear secara ‘tidak rasminya’ digelar Hypebeast. Dan ini seakan telah mewujudkan satu sub-budaya baru di kalangan anak muda sekarang. Malah kegilaan ini kadangkala boleh mendatangkan masalah – contohnya pergaduhan akibat tidak puas hati potong barisan. Demi mengelakkan perkara ini berlaku kebanyakan outlet luar negara berjaya mencari solusi mengawal crowd yang ramai.
Ini antara satu perkara yang harus diambil iktibar oleh retailer di Malaysia, bagaimana mereka boleh belajar untuk mengawal crowd yang ramai. Seperti baru-baru ini berlaku kes pergaduhan di KLCC sehinggakan ada yang ditumbuk. Malah, tahun lalu juga berlaku kekecohan ketika sesi pembahagian tiket raffle di Pavillion hinggakan ramai yang berebut-rebut dan ia tular di media sosial.
Di mana ada perminataan di situ ada tawaran. Dengan fenomena ini, penulis dapat menyaksikan ramai usahawan muda sama ada separuh masa atau sepenuh masa mula menceburkan diri dalam dunia resale. Beberapa outlet resale juga tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.
Ramai yang tidak seakan tidak percaya sepasang sneakers Yeezy boleh mencecah sehingga RM4 ribu dan sehelai hoodie Supreme (box logo) juga boleh mencecah harga yang sama. Jadi disebabkan itulah, penggemar Streetwear cukup pantang dengan barang fake. Kenapa streetwear kini sangat popular sedangkan ia sudah lama wujud? Bagi penulis, pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada populariti ini.
Pertama, dari segi eksklusif kerana kebanyakannya streetwear dikeluarkan dalam kuantiti yang cukup terhad. Dan kebanyakannya juga tidak akan dikeluarkan lagi terutamanya dalam tempoh terdekat. Kedua, pengaruh daripada artis, model, designer serta Instafamous. Kalau diperhatikan semakin ramai artis yang muncul menggayakan jenama streetwear seperti Bella Hadid, Justin Bieber, A$AP Rocky, Pharrell, Lady Gaga, Kanye West (of course!) dan ramai lagi.
Ehemmm.. ingat tak sebelum ni ada seorang artis pernah kena ‘serang’ di media sosial sebab muncul di kaca TV dengan memakai t-shirt Supreme fake? Bagi penulis, memakai barangan original atau fake itu hak masing-masing. Kepada yang masih baru dan ingin memiliki barangan streetwear, berhati-hatilah. Jika tidak pasti tanya kepada mereka yang lebih mengetahuinya. Kamu boleh join pelbagai grup Streetwear terutamanya di Facebook seperti Streetwear Stuff Malaysia. Ramai yang bersedia untuk membantu kamu legit check
(memeriksa sama ada orignal atau fake) barangan yang kamu ingin beli.Selain jenama-jenama terkenal luar negara, Malaysia juga kini telah melahirkan semakin banyak jenama streetwear. Antara jenama yang menarik perhatian penulis ialah Nerd Unit, Peslte & Mortar, Secret Piece, VTMT dan banyak lagi. Inginkan pakaian streetwear yang harganya berpatutan dan dengan design menarik, itulah jenama-jenama yang harus kami cari. Support our local streetwear brand!
Kepada sesiapa mempunyai abang tu, bolehlah periksa gerobok atau almari pakaian lama mereka. Mana tahu, kamu boleh temui t-shirt rare yang harganya mencecah ribuan ringgit.
1. Supreme
2. Off-White
3. BAPE
4. Palace
5. Fear of God
6. Palace
7. KITH
8. VLONE
9. Anti Social Social Club
10. Mastermind