Mengapa Individu Yang Terpalit Kes Jenayah Selalu ‘Lari’ Ke Australia?

Share

 

Seringkali kita mendengar mengenai kejayaan beberapa individu yang sedang dicari oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melarikan diri ke negara Australia.

Terbaru, usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih popular sebagai Nur Sajat dilaporkan telah berada di Canterbury, Australia setelah kali terakhir dia dikesan di Bangkok, Thailand.

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Muhammad Sajjad Lolos Ke Thailand Dah Macam Filem Spy! – REMAJA

Nur Sajat kini dilaporkan sudah selamat berada di Australia dan tidak berniat untuk pulang semula ke Malaysia.

Ia diakui sendiri oleh Nur Sajat semasa melakukan sesi Instagram live baru-baru ini. Katanya, dia sedang menjalani proses kuarantin di sana setelah berjaya berhijrah secara rasmi ke sana dengan bantuan kerajaan Australia. Namun, kesahihan berita tersebut masih lagi dalam siasatan dan proses pengesahaan oleh PDRM.

*

Bagaimana cara individu-individu ini ‘terbang’ ke sana tanpa berjaya dikesan oleh pihak berkuasa masih menjadi misteri.

Cuma persoalan utamanya adalah, mengapakah Australia menjadi negara pilihan ramai individu yang sedang atau bakal berdepan kes jenayah? Mengapa tidak negara lain yang lebih berhampiran dengan Malaysia atau yang lebih jauh berbanding Australia sekiranya benar mereka ingin melarikan diri.

Bekas anggota polis, Sirul juga pernah cabut ke Australia untuk mencari perlindungan dan hak suaka. Sumber Foto : NST

Jom kita lihat dulu statistik yang pernah dikongsikan oleh laporan BBC pada tahun 2017. Katanya, negara itu telah membenarkan seramai 12,000 hingga 13,000 pelarian masuk pada setiap tahun dan proses ini telah dipraktikkan bagi tempoh lebih 20 tahun yang lalu.

Kebanyakan daripada kes pelarian ini adalah menerusi program kemanusiaan sekiranya individu itu mempunyai dokumen yang sah untuk mendapatkan perlindungan daripada kerajaan Australia.

Namun, tidak kurang juga berbelas-belas ribu warga asing lain yang cuba menyeludup masuk ke dalam Australia dengan cara haram menerusi laluan laut kerana tidak mempunyai dokumen sah. Dalam hal ini, ratusan individu telah maut akibat perbuatan merbahaya itu.

Sumber Foto : DW

Polisi Australia juga sudah menguatkuasa halangan untuk mengelak sebarang percerobohan dan ia telah menyukarkan pelarian haram untuk merancang taktik menaiki bot selepas ini.

 

Mengapa Australia Jadi Sasaran Pelarian Setiap Tahun?

Mereka ini bergelar pencari suaka atau perlindungan. Ia bukan sesuatu yang dilarang di sana dan ia boleh diproses atas nama hak kemanusiaan.

Secara teknikalnya, mereka ini bergelar ‘pelarian’ dan mereka mempunyai hak untuk mendapatkan suaka daripada ‘penganiayaan’ di negara sendiri yang menyebabkan rasa takut kepada diri mereka menurut alasan tertentu.

Sumber Foto : The Guardian

Antara alasan yang disenaraikan termasuklah isu ras, kasta, kewarganegaraan, agama, pendapat politik dan keahlian dalam mana-mana kumpulan sosial atau kegiatan sosial tertentu.

Lalu, negara-negara seperti Eropah Barat, Amerika Syarikat dan Australia yang menjaga hak kemanusiaan menjadi sasaran utama pencari suaka yang inginkan visa perlindungan. Apayang membuatkan Australia sebagai negara pilihan pelarian Malaysia berbanding Amerika Syarikat dan Eropah Barat pula tentulah kerana faktor geografinya yang lebih hampir.

Menariknya, Malaysia kini ialah salah sebuah negara penyumbang permintaan suaka tertinggi di Australia. Bukan hanya individu yang ingin melepaskan diri daripada ditangkap saja yang ke sana tau.

Tetapi rakyat Malaysia yang tidak mempunyai rekod jenayah juga ingin bermigrasi sebagai pelarian di sana.

Ramai dilaporkan ke sana untuk mengambil pekerjaan asas seperti sebagai pemetik buah yang dikatakan menawarkan upah lebih tinggi daripada gaji di Malaysia. Malaysia mendahului senarai itu berbanding beberapa negara serantau seperti Indonesia (yang juga lebih dekat dengan Australia) walaupun taraf kehidupan di Malaysia lebih baik daripada mereka.

Laa, macam tu pula.

Sumber Foto : Foreign Policy

Apapun selalulah ingat peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri.

Sumber : (1) (2)

Published by
FZ