Mengapa Kita Amalkan Tahun Lompat, Ada Yang Anggap 29 Februari Tarikh Malang?

Share

 

Pergh, empat tahun menunggu tarikh istimewa ini.

 

Hari lompat ataupun leap day wujud dalam kalendar Masihi kerana ia selari dengan perkiraan pusingan planet bumi kita mengelilingi matahari.

Bumi mengambil masa kira-kira 365.242189 hari ataupun 365 hari, 5 jam, 48 minit dan 45 saat bagi mencukupi 1 pusingan mengelilingi matahari.

Lalu, tanpa hari lompat pada setiap 29 Februari; 4 tahun sekali, manusia akan kehilangan hampir 6 jam pada setiap tahun.

Antara budaya paling popular hari lompat adalah budaya yang datang dari Ireland. Masyarakat di sana mempercayai 29 Februari adalah tarikh terbaik untuk perempuan  melamar teman lelaki mereka.

 

Pernah tonton filem Leap Year?

 

Ia adalah sebahagian daripada perjanjian di antara St Brigid bersama St Patrick untuk (okay ini akan kedengaran pelik) mengimbangi tugasan melamar di antara lelaki dan perempuan.

Ini bermakna mereka mempercaya jumlah lelaki yang melamar dalam tempoh 4 tahun sama dengan jumlah perempuan yang melamar pada 29 Februari; setiap tahun lompat.

Di kalangan masyarakat berdarah Yunani (Greeks) pula, 29 Februari dianggap malang bagi pasangan yang berkahwin pada tarikh tersebut.

 

This year is your year!

 

Bagi korang yang akan menyambut hari lahir pada 29 Februari esok, REMAJA ucapkan Happy Birthday in advance!

 

 

Published by
FZ