
Selama bertahun-tahun lamanya, pertandingan ratu cantik Miss Universe telahpun menggunakan slogan ‘Confidently Beautiful’ atau Cantik Dengan Keyakinan sebagai moto utamanya.
Malah jika korang masih ingat, pada tahun 2015, juara Miss Universe pada edisi tersebut iaitu Pia Wurtzbach dari Filipina turut menyelitkan slogan berkenaan dalam jawapan akhirnya.
Antaranya, ia berbunyi, “Saya ingin menunjukkan kepada dunia, ataupun alam semesta, bahawasanya saya cantik dengan keyakinan menyeluruh dan hati yang suci. Terima kasih,” jawabnya.

Lantas, apabila semalam Miss Universe mengumumkan bahawa organisasi itu akan menukar slogan berkenaan daripada ‘Confidently Beautiful’ kepada ‘Beautifully Confident’, ramai yang tertanya-tanya sebab di sebalik penukaran itu dan sekiranya ada perbezaan besar antara duanya.
Iyalah, dengar macam sama. Tukarkan kedudukan perkataan sahaja.
Menurut kenyataan Miss Universe, penukaran slogan ini merupakan satu bentuk evolusi organisasi itu dalam memperkasakan wanita kuat di seluruh dunia menerusi pertandingan yang mereka anjurkan. Lantas, fokus terhadap kecantikan kini telah dialihkan kepada ‘attitude’ dan keyakinan yang ada pada seseorang wanita.

“Seorang duta Miss Universe ialah seseorang yang berfikiran luas, inovatif, berani dan dikuasai oleh kepercayaannya sambil terus komited untuk menghormati hak, perbezaan dan maruah insan lain. Duta-duta kami membina asas kemasyarakatan yang kuat di seluruh dunia lalu memupuk rasa kekitaan,” catat CEO terbaru organisasi Miss Universe, Amy Emmerich.
Perubahan slogan ini sekaligus menutup jilid lama Miss Universe yang dahulunya terkenal dengan melantik pemenang berdasarkan rupa paras semata-mata sekitar era 2000-an sewaktu ia dipimpin oleh Donald Trump.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kenapa Kanser Kolon Kerap Berlaku Pada Lelaki Berbanding Wanita? Ini Sebabnya

Semalam kita dikejutkan dengan kematian Chadwick Boseman yang diberitakan mati akibat kanser kolon pada usianya 43 tahun. Lakonan hebat Chadwick dalam filem hebat Black Panther pasti masih diingati oleh ramai peminatnya. Aktor hebat ini sudah empat tahun berjuang melawan kanser kolon sebelum berakhir dengan pemergiannya semalam.
Tentu ramai ingin tahu di sebalik kanser kolonkan. REMAJA kongsikan artikel ditulis oleh Dr. Arief Budiman Abdul Aziz dari portal rasmi My Health Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai kanser kolon yang kerap terjadi kepada lelaki.
Apa itu kanser kolon?
Usus besar terdiri dari kolon dan rektum yang memainkan peranan penting dalam proses pembuangan najis. 5 hingga 6 kaki pertama usus besar adalah kolon dan rectum adalah 6 inci panjang yang berakhir di dubur. Kanser kolon dan rektum adalah salah satu satu daripada kanser yang kerap berlaku di dunia.
Di Malaysia Barat pada tahun 2002, ia merupakan kanser tertinggi di kalangan lelaki dan ketiga di kalangan wanita. Bangsa Cina mencatatkan bilangan tertinggi pesakit kanser kolon dan rektum. Kanser kolon dan rectum biasanya bermula dengan polip (unjuran berbentuk jejari) dan berubah kepada kanser. Pengesanan awal amat penting bagi membolehkan pembuangan polip dengan segera
Faktor Risiko
Penyebab kanser kolon dan rektum tidak diketahui. Faktor mendorong kepada kanser kolon dan rektum :
- Usia: lebih 90% kes di Malaysia berlaku pada usia lebih 40 tahun.
- Polip: polip jenis adenoma boleh menyebabkan kanser.
- Penyakit radangan usus : seperti “ulcerative colitis”(luka dan radangan pada usus) dan “Crohn’s disease” (radangan pada usus,usus menebal dan luka) membentuk radangan yang berpanjangan.
- Sejarah kanser: wanita yang mendapat kanser ovari, rahim atau payudara berkemungkinan mendapat kanser kolon dan rektum.
- Sejarah keluarga kanser: ahli keluarga mendapat kanser kolon dan rektum, terutama sekali bila kanser didapati pada usia sebelum 60 tahun.
- Pemakanan: makanan tinggi lemak dan kurang serat.
- Merokok: kajian menunjukan perokok lebih ramai mati akibat kanser kolon dan rektum berbanding dengan individu yang tidak merokok.
- Ubat penahan sakit bukan steroid: contoh aspirin boleh kurangkan risiko pembentukan kanser kolon dan rektum hasil dari sesetengah kajian.
- Permakanan dan ubatan: makanan kaya dengan buah-buahan, sayuran dan kurang daging merah mungkin mengurangkan risiko kanser usus dan dubur. Sesetengah kajian mendapati pengambilan ubatan folic acid dan kalcium boleh mengurangkan risiko kanser kolon dan rektum.
- Berat badan dan aktiviti fizikal: individu dengan cara hidup yang tidak aktif dan individu lebih berat badan atau obesiti meningkatkan risiko kanser kolon dan rektum.
Gejala
Berikut adalah gejala kanser kolon dan rektum. Jika anda mendapat gejala berikut, sila berjumpa doktor untuk pengesahan.
- Abdomen tidak selesa, termasuk kerap kembung, sebu dan kejang.
- Turun berat badan tanpa sebab
- Kerap penat atau letih lesu
- Perubahan habitat pembuangan najis.
- Cirit birit, sembelit atau perasaan usus tidak dapat dikosongkan sepenuhnya.
- Najis berwarna merah atau terlalu gelap dalam najis.
- Najis kelihatan bersaiz kecil atau leper dari biasa.
Diagnosa
Ada beberapa ujian yang perlu dilakukan untuk membuat diagnosa kanser kolon dan rektum dan untuk mengesan samada berlaku perebakan ke organ lain dan untuk mengambil keputusan cara rawatan yang baik.
Sigmoidoskopi/ kolonoskopi
Tiub dimasukkan untuk melihat polip/ketumbuhan di dalam kolon dan rektum. Jika ada polip akan dibuang.
Biopsi
Pengambilan sedikit tisu di usus untuk pemeriksaan di bawah mikroskop, diambil semasa kolonoskopi atau semasa pembedahan.
Ujian darah
Kesan kurang darah akibat kerap berlaku perdarahan ke dalam usus yang boleh menyebabkan penyakit kurang darah.
Ujian imejan
- CT scan – kesan perebakan kanser ke paru paru, hati dan organ lain.
- Ultrasound – prosedur menggunakan gelombang bunyi untuk hasilkan imej jika kanser telah merebak ke hati, atau organ lain.
- X-ray – untuk kesan perebakan ke paru paru.
Tahap kanser adalah cara menerangkan tentang situasi kanser contoh lokasi, perebakan dan adakah ia melibatkan fungsi organ lain. Dengan mengetahui tahap, ia memberi panduan kepada doktor untuk menentukan rawatan dan meramalkan peluang untuk sembuh.
- Tahap I : Kanser terletak di lapisan dalam usus atau dubur
- Tahap II: Kanser merebak melalui dinding usus atau dubur
- Tahap III: Kanser merebak ke nodus limfa berhampiran
- Tahap IV: Kanser merebak ke bahagian badan yang jauh seperti hati dan paru paru.
Rawatan
Rawatan bergantung kepada lokasi tertentu
Rawatan yang kerap dilakukan. sebahagian dari kolon dan rektum yang sihat dan nodus limfa juga akan dibuang. Sebahagian kecil pesakit perlu kolostomi (sebahagian usus dibawa keluar untuk pengeluaran najis) samada sementara atau pun kekal. Kesan sampingan pembedahan adalah rasa sakit, sakit bila disentuh pada kawasan pembedahan, sembelit atau cirit birit tetapi buat sementara waktu sahaja. Individu yang menerima kolostomi mungkin akan alami radangan sekeliling stoma.
Guna tenaga radiasi yang tinggi untuk membunuh sel kanser. Mungkin digunakan sebelum pembedahan untuk kecutkan ketumbuhan supaya senang dibuang atau selepas pembedahan untuk musnahkan sel yang tertinggal. Kesan sampingan – letih lesu, ganguan pada kulit dan kerosakan pada kulit tempat rawatan diberikan, hilang selera makan, loya dan cirit birit dan ia juga menyebabkan perdarahan di dalam najis atau penyumbatan usus.
Gunakan ubat untuk bunuh sel kanser selepas pembedahan untuk buang sel yang tertinggal. Kesan sampingan – loya, muntah, cirit birit atau rekahan di mulut.
- Pembedahan
- Terapi radiasi
- Terapi kimo
Rajin Pakai Mask, Rutin Mimi Lana Kulit Cantik Tanpa Cela

Dalam dunia kecantikan, ramai wanita mengidamkan kulit wajah yang cantik, berseri, dan bebas cela.
Mimi Lana, pelakon dan bekas peserta Dewi Remaja 2014/2015 telah membuktikan bahawa impian ini boleh dicapai dengan usaha yang konsisten. Mimi Lana tidak hanya dikenali dengan bakat lakonannya, tetapi juga dengan kulit wajahnya yang menawan. Ramai peminat tertanya-tanya, apakah rahsia di sebalik kecantikan kulitnya?
ARTIKEL BERKAITAN : Erin Malek Dedah ‘Rahsia’ Kulit Cantik Mulus, Amalan Turun Temurun Keluarga
Mimi atau nama penuhnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin berkongsi tip jaga kecantikannya menerusi portal Eh!, bila dengar perkongsiannya, rasa memang patut lah wanita ini berkulit cantik tanpa cela.

Rutin Mimi Lana Kulit Cantik
“Bila anda yakin dengan diri sendiri, auto anda akan nampak cantik. Rutin palimg penting sekali adalah pakai mask. Sebelum tidur Mimi akan pastikan pakai mask setiap malam.
Sebab kulit Mimi jenis kombinasi, jadi tengok pada keadaan kulit. Ada hari kalau kulit terlalu bermimnyak, Mimi akan pakai skincare untuk kontrol minyak. Dan ada hari kulit kering, Mimi akan pakai skincare untuk hydration.

Sebelum keluar, banun pagi Mimi akan minum air, cuci muka, pakai skincare dan paling penting sapu sunscreen. Ini sangat penting.
Owh ya, untuk rambut pula Mimi akan syampu, perapi dua hari sekali dan sapu mask 2 minggu sekali.
Jadi kalau anda orang yang suka tengok penampilan wanita cantik macam Mimi Lana, kuncinya kena rajin jaga dan belai fizikal. Setakat suka tapi malas nak jaga, memang sampai bila-bila kulit biasa-biasa sahaja lah, ya.
Okay, jom berubah jadi cantik!
BACA LAGI : Nadia Brian Jaga Kecantikan Seawal Remaja, Akui Guna Kiub Ais Pada Wajah
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setahun Tak Makan Manis, Hasilnya Dapat Berat Ideal. Kisahnya Beri Inspirasi!

Minum air kosong mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan dan membantu dalam usaha untuk mengekalkan berat badan yang sihat.
Memiiki tubuh yang langsing idaman semua orang. Terutama bagi mereka yang mengalami kenaikan berat badan mendadak disebabkan beberapa faktor. Pelbagai tip yang dikongsi di laman sosial bagi mereka yang mahu mendapatkan berat badan ideal.
ARTIKEL BERKAITAN : “Oh My Biology!” Dr Amalina Jelas Perbezaan Kesan Minum Air Sejuk VS Air Manis
Cuma terpulang pada seseorang itu untuk kekal dengan berat yang ada atau terinspirasi melihat orang lain sudah berjaya melepasi pelbagai rintangan untuk kurus. Kena ingat salah satu sebab untuk kurus adalah disebakan kesihatan, selain untuk tampil lebih yakin di khalayak.
Seperti perkongsian wanita ini Hidayah Adam dalam Grup Diet Suku-Suku Separuh memberitahu rahsia berjaya menurunkan berat sehingga 43 kg.
Menurutnya sebelum itu beratnya adalah 100 kg dan dalam tempot 11 bulan telah berjaya menurunkan berat sehingga 57 kg.
Ibu kepada empat anak ini juga memulakan usaha dietnya sekitar Septemner 2019 dan berjaya pendapat berat ideal ketika PKP tahun lalu.
Tambahnya lagi, paling penting adalah mengurangkan pengambilan makanan dan mengikuti kaedah suku-suku separuh.
Walaupun setelah berjaya capai berat idaman, dia masih lagi mengamalkan pengambilan diet demikian kerana baik untuk tubuh setiap individu.
Ayuh ikuti perkongsiannya apa lagi amalan dibuat untuk lenyapkan sehingga 43 kg.
Rahsia Lenyapkan 43Kg
Just nak share pengalaman saya turunkan berat badan dari 100 kg kepada 57 kg dalam masa 11 bulan..
Saya berusia 33 tahun dan emak kepada 4 anak. Journey saya start bulan 9/2019 dan berjaya dapat berat ideal masa PKP 2020…
First thing saya buat adalah cut portion makan. Full bertukar kepada suku-suku separuh..
Dan sekarang pun masih mengamalkan suku-suku separuh… bagi saya portion ini sangat-sangat terbaik dan bagus untuk tubuh badan kita..
Jika tanya senaman, hanya 2 jenis senaman sahaja saya lakukan 1) sukan muaythai 2) bodyweight training. Saya lakukan senaman 3x seminggu selama 1 jam…
Kepada fighter yang sedang turunkan berat badan 1 je saya nk pesan kentalkn fizikal dan mental..
Aim untuk cara hidup yang sihat dan bukan untuk kurus semata-mata. Journey kita bukan stop bila kita dapat berat ideal tapi sepanjang kita hidup..
Pesannya lagi seseorang kena kuat semangat untuk teruskan misi mendapatkan berat ideal ini. Apabila kita sihat badan jadi lebih ringan. Dia juga turut berkata terpaksa menahan godaan melawan nafsu makan sementelah dirinya juga seorang baker.
Apa yang saya boleh cakap, kita kena sentiasa kuatkan semangat untuk teruskan misi kita dapatkan berat ideal.
Bila kita sihat badan rasa lebih ringan. Mental kena kuat untuk lawan nafsu makan. Tinggalkan makanan manis untuk yang nak loose weight.
Saya sendiri seorang bakers dan saya tahan diri dari sentuh mknan manis selama setahun. Percaya yang kita mampu buat. Makanan yang kita suka makan apabila dah loose weight. Ingat makanan lain kali boleh makan, tapi kesihatan kita sekali je tau. Keep a goodwork n stayFIT…
Berikut adalah beberapa kebaikan minum air kosong dalam konteks kesihatan dan penurunan berat badan:
- Menjaga Keseimbangan Hidrasi:
- Air merupakan komponen utama dalam tubuh manusia dan penting untuk memastikan semua fungsi tubuh beroperasi dengan baik. Memastikan tubuh sentiasa terhidrasi dapat membantu mengelakkan dehidrasi yang boleh mempengaruhi tahap tenaga dan kecekapan fungsi organ.
- Menurunkan Keinginan Makan Berlebihan:
- Kadang-kadang, rasa haus dapat disalahartikan sebagai rasa lapar. Dengan minum air kosong sebelum makan, anda mungkin akan merasa kenyang lebih cepat dan mengurangkan keinginan untuk makan berlebihan.
- Peningkatan Metabolisme:
- Minum air sejuk secara berkala boleh meningkatkan kadar metabolisme sementara. Ini bermakna tubuh anda akan membakar lebih banyak kalori untuk memanaskan air yang dimasukkan ke dalam tubuh.
- Mengurangkan Kalori dan Gula:
- Minum air kosong adalah pilihan minuman rendah kalori dan bebas gula, berbanding minuman bersoda atau minuman manis lain. Dengan menggantikan minuman berkalori tinggi dengan air, anda dapat mengurangkan pengambilan kalori harian dan gula tambahan.
- Memelihara Fungsi Buah Pinggang:
- Pengambilan air yang mencukupi membantu dalam menjaga kesihatan buah pinggang. Buah pinggang yang berfungsi dengan baik penting untuk menyingkirkan sisa toksin dari dalam tubuh.
- Membantu Penghadaman:
- Air membantu melancarkan proses pencernaan dan membantu dalam penyerapan nutrien. Ini dapat membantu mengurangkan masalah pencernaan seperti sembelit.
- Peningkatan Tenaga:
- Hidrasi yang mencukupi dapat meningkatkan tahap tenaga dan daya tahan fizikal. Ini dapat membantu dalam menjalankan aktiviti senaman untuk mengekalkan atau menurunkan berat badan.
- Menyokong Kulit yang Sihat:
- Air membantu melembapkan kulit dari dalam, menyokong penampilan kulit yang sihat dan merangsang pengeluaran minyak semula jadi.
BACA LAGI : Air Daun Pandan Boleh Hilangkan Bau Badan. Ini Petua Orang Dulu-Dulu!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Ikmal Amry