Topik perlawanan akhir bola sepak UEFA UERO 2020 di antara pasukan Itali dan England yang berakhir dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Azzurri, Isnin lalu masih menjadi topik perbualan ramai orang.
Bukan hanya dalam kalangan peminat bola sepak sahaja. Malah, warganet segenap dunia masih memperkatakan berkenaan aspek perlawanan tersebut dan kesan kekalahan pasukan England selepas ia berakhir.
Ini termasuklah serangan berbaur perkauman yang terpaksa ditelan oleh beberapa pemain berkulit gelap daripada pasukan England terutamanya Bukayo Saka, Marcus Rashford dan Jadon Sancho.
Ini gara-gara kegagalan mereka bertiga untuk menjaringkan gol secara kemas sewaktu penentuan sepakan penalti; sekaligus memberi peluang kepada Itali untuk menjulang trofi EURO 2020.
Ads
REMAJA tidak mahu menyentuh mengenai pemilihan tiga orang pemain sebagai pengambil sepakan penalti oleh pengurus pasukan, Gareth Southgate (walaupun Saka baru berusia 19 tahun – mengapa peluang itu tidak diberikan kepada pemain yang lebih berpengalaman seperti kapten Liverpool, Jordan Henderson?!) because that will open up A WHOLE new conversation.
Apa yang INGIN kami perkatakan adalah mengenai respon balas Duke of Cambridge, Putera William setelah Saka, Rashford dan Sancho menjadi mangsa perkauman. Untuk pengetahuan, beliau turut berada di Stadium Wembley, London bersama-sama Duchess of Cambridge, Kate Middleton dan Putera George semasa perlawanan akhir, awal pagi Isnin lalu.
Bayangkan sajalah, ada ciapan yang berbunyi, “Baliklah ke Nigeria” dan “Keluar dari negara aku” yang ditujukan kepada Saka. Rashford juga terkesan apabila dinding mural di Manchester yang menampilkan wajahnya ‘dijahanamkan’ dengan imej alat kelamin lelaki sejurus perlawanan berakhir.
Lalu, Putera William, 39 yang juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak England telah mengeluarkan kenyataan rasmi menerusi akaun Twitter Kensington Royal.
“Saya jijik dengan serangan perkauman yang ditujukan kepada pemain England selepas perlawanan malam tadi. Untuk pemain menanggung perlakuan menjijikkan ini adalah sama sekali tidak boleh diterima. (Isu perkauman) mesti dihentikan sekarang dan semua yang terlibat harus dipertanggungjawabkan,” catat Putera William di akaun Twitter rasmi Kensington Royal.
Ads
I am sickened by the racist abuse aimed at England players after last night’s match.
It is totally unacceptable that players have to endure this abhorrent behaviour.
It must stop now and all those involved should be held accountable. W
— The Duke and Duchess of Cambridge (@KensingtonRoyal) July 12, 2021
Putera William mengakhiri ciapan itu dengan initial ‘W’ yang menandakan ia merupakan kenyataan peribadi beliau dan bukannya daripada pihak Istana.
*
Biarpun kenyataan Putera William itu disambut baik oleh majoriti peminat bola sepak, namun bagi pengikut perkembangan keluarga diraja Britain pula; mereka menganggap kenyataan daripada beliau ini sebagai – err – “Hipokrit”.
Ads
Menurut laporan daripada Insider, sentimen yang ditunjukkan oleh Putera William ini ibarat langit dan bumi jika dibandingkan dengan sewaktu adik iparnya, Meghan Markle mendakwa beliau terpaksa berdepan isu perkauman daripada pihak Istana Britain dan penggiat media Inggeris.
Jika kita masih ingat lagi respon balas Putera William setelah pendedahan Meghan (dan Putera Harry) kepada Oprah Winfrey pada bulan Mac lalu, beliau telah mempertahankan keluarga diraja daripada dakwaan Meghan. Kata William kepada para wartawan sewaktu ditemui pada 11 Mac, “We’re very much not a racist family” (Kami bukanlah keluarga rasis).
Lalu, perbezaan dari segi respon balas Putera William dalam isu Meghan dan isu pasukan bola sepak England ini menjadi punca beliau digelar sebagai hipokrit.
Hhm, susah juga apabila seseorang itu terkenal seperti Putera William. Segala yang dikatakan oleh beliau dahulu, sekarang dan pada waktu masa akan datang pasti akan dianalisa serta diperhatikan tidak kiralah jika ia perkara kecil mahupun sebesar isu perkauman ini.
Bagi yang membesar sekitar tahun 1985 pasti ingat lagi semasa pelancaran kereta nasional pertama iaitu Proton Saga.
Model Proton telah menjadi lambang kebanggaan negara sejak dari tahun 80-an lagi dengan model pertamanya Proton Saga. Pertama kali ia dilancarkan pada tahun 1985, model Proton Saga telah mula dieksport ke pasaran luar negara, khususnya United Kingdom (UK) pada Mac 1989.
Selain Proton Saga, Proton Wira juga antara model-model lama yang pernah di eksport ke luar negara. Malah, model terawal jenama ini juga pernah juga digunakan dalam siri popular Mr. Bean.
Baru-baru ini tular satu gambar seorang lelaki arab sedang duduk di bonet hadapan kereta Proton Wira yang dihiasi dengan riben seperti dia sedang menyambut hari istimewa ketika gambar tersebut ditangkap.
Gambar yang dikongsikan tersebut dirakam di negara Turki berdasar susunan nombor plat pada Proton Wira tersebut. Menurut netizen lain, ada sebuah Facebook Group ‘TUNCER KOÇAK TR PROTON CLUB’ yang terdiri daripada pemilik kereta Proton Wira di seluruh negara tersebut.
Rata-rata komen dari posting ini menyatakan mereka masih setia dengan kereta kebangaan negara kita ini. Facebook tersebut telah mendapat ratusan komen daripada peminat-peminat kereta Proton Wira dari Malaysia.
Untuk info, pelancaran pasaran Proton Wira dilakukan di PWTC pada Mei 1993. Walaupun model Proton Wira tidak dikeluarkan lagi, namun ia masih mempunyai peminat-peminat tersendiri yang masih lagi menggunakan kereta tersebut sebagai kenderaan harian.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bercakap soal gajet, bukan sekali dua kes mengenai telefon meletup. Ingat lagi beberapa insiden tak diingini yang pernah terjadi akibat letupan telefon pintar?
Malangnya, insiden telefon meletup berlaku dan kali ini, ia mengakibatkan seorang murid sekolah rendah di Vietnam maut setelah telefonnya meletup semasa menghadiri kelas dalam talian sambil mengecas peranti tersebut.
Menurut seorang pegawai kanan pendidikan, pelajar itu menggunakan telefonnya untuk menghadiri kelas dan tiba-tiba peranti itu meletup serta dilapor membakar pakaiannya.
Sudah menjadi norma baru, murid dn pelajar dikebanyakkan negara mempraktikan kelas dalam talian bagi mengekang penularan COVID-19. Menurut Tuoi Tre News, mangsa dikatakan sedang menghadiri kelas dalam talian di rumah dan telefon bimbit berkenaan sedang dicas ketika letupan tersebut berlaku.
Malah, kejadian itu berlaku, jiran-jiran berlari ke rumahnya dan membawa mangsa ke hospital, namun tidak dapat diselamatkan apabila murid tersebut dilaporkan meninggal dunia sebelum tiba.
Le Trung Son, seorang pegawai kanan pendidikan mengesahkan berita itu dan mengatakan para pegawai mengunjungi keluarga itu untuk mengucapkan takziah dan polis juga sedang menyiasat kes tersebut, tulis Daily Star.
Sama juga di negara kita, macam-macam dugaan bila kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dipraktikkan ketika ini berikutan sesi persekolahan secara bersemuka ditutup sementara dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.
Nampaknya isu jalan tidak diselenggara dengan baik bukanlah isu luar biasa. Kadang kala jalan sudah penuh dengan lopak dan bergenang air namun tiada penurapan dilakukan dengan segera. Ada ketika, baru beberapa hari diturap, lori besar melenyek kembali (walau lori besar tidak dibenarkan lalu) dan lama kelamaan jalan mula kembali berlubang.
Tapi paling banyak aduan dibuat oleh rakyat selain jalan gelap kerana tiada lampu jalan, isu jalan berlubang yang membahayakan penunggang paling banyak dikongsikan di negara ini.
Sebab itulah wujudnya team Brotherhood di seluruh negara yang diasaskan oleh Londo Zawawi yang akan menampal jalan berlubang atas inisiatif dan biaya sendiri demi memastikan tiada lagi mangsa yang alami kecederaan atau kematian apabila terlanggar jalan berlubang.
Di fb melalui Brotherhood Kuching pada 19 hb, mereka kongsikan satu kejadian seorang pengguna jalan raya di Kapit, Sarawak yang mengalami patah tangan selepas terlanggar bumper kecil (langsung tidak dicat kuning) sebelum ini yang mengakibatkan penunggang motosikal itu alami kecederaan parah.
Salam Kemarahan Orang marah bila unit-unit Brotherhood maki HERO…. Lu orang sendiri tengok apa jadi bila HERO tak dapat maki… inilah punca kewujudan unit-unit Brotherhood. Dengar kata jalan bawah seliaan Kapit District Council. Lu orang bikin apa? Takkan Engineer lu orang belajar tinggi tapi tak tahu SOP bikin Bumper? ~Apai Tonggek~
Peliknya, sehari selepas kisah itu tular, pihak berwajib telah membuat bumper di jalan sama lebih besar, dicat kuning di mana pengguna boleh nampak dari jauh.
Memang hebat sebenarnya suara rakyat dan kuasa viral ini.
Buka napa, rakyat bersuara untuk menuntut hak mereka dijaga khususnya dari sudut keselamatan yang melibatkan nyawa.
Seperti kata mereka “bukan tak boleh buat, nak tunggu kena viral baru HERO boleh bikin kerja…
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...