Musim acara anugerah telah bermula untuk tahun 2018 apabila Anugerah Golden Globes 2018 berlangsung pada pagi ini di Los Angelas.
Namun, ada sesuatu yang berbeza berlaku.
Anugerah Golden Globes pada tahun ini menyaksikan selebriti jemputan yang menerima pencalonan atau penyampai anugerah mengenakan warna simbolik, hitam sebagai tanda solidariti.
Protes yang dirancang oleh inisiatif terbaru Hollywood bertajuk Time’s Up, digunakan oleh selebriti Hollywood dan media sosial sebagai tanda mereka tidak menyokong sebarang jenis gangguan seksual dan ketidak seimbangan jantina (gender inequality) yang bukan hanya meruncing di Hollywood malah di seluruh dunia.
Statistik menunjukkan bahawa di United Kingdom, remaja dari usia 18-24 merupakan jumlah tertinggi mangsa gangguan seksual di tempat kerja. Di Amerika Syarikat pula, Broadly melaporkan dua pertiga remaja berusia 18-24 tahun turut diganggu secara seksual di tempat kerja.
REMAJA juga pernah melaporkan statistik umur serupa sedang berlaku di Malaysia. Bukan hanya di tempat kerja malah rumah sendiri menjadi lokasi kejadian sumbang mahram.
So, what is going on? Are we seeing similar patterns here?
Di kala ramai selebriti wanita senior seperti Meryl Streep, Debra Messing, America Ferrera, Michelle Williams dan ramai lagi memperjuangkan isu hak saksama wanita ini, ramai juga pelakon remaja yang turut sama melibatkan diri dalam solidariti ini, baik lelaki atau perempuan.
Jom lihat apa yang digayakan oleh selebriti muda Hollywood ini untuk menyokong #WhyWeWearBlack.
Dalam puluhan pelakon yang berada di karpet merah, Kendall menyerlah sebagai model dan selebriti rancangan realiti dalam gaun Giambattista Valli. Ramai di media sosial yang mempertikaikan mengapa model-termahal-2018 itu berada di Golden Globes.
Bagaimanapun, Kendall turut mempunyai suara yang didengar oleh 86.1 juta followers di Instagram. “Saya berdiri bersama wanita dari semua jenis industri untuk mengatakan #TIMESUP terhadap salah laku, gangguan seksual dan underpresentation terhadap wanita.
Pelakon Liv and Maddie ini berjalan di karpet merah Golden Globes buat pertama kali dan kami percaya ini bukan kali terakhir Dove Cameron akan berada di sini. Turut menyokong kempen ini, Dove memakai dress strapless moden dengan perhiasan riben emas di pinggang. Kami menyukai gaya effortless dari Dove ini.
Juga pertama kali di Golden Globes, pelakon Stranger Things ini kelihatan cukup berbeza dengan karakter tomboy, Max dalam siri Netflix itu. Sadie mengenakan dress hitam dari Miu Miu dan subang Chopard sambil berjalan di karpet merah bersama skuad pelakonnya, Finn Wolfhard (Yves Saint Laurent), Noah Schnapp (Balmain), Caleb McLaughlin dan Gaten Matarazzo (Suitsupply).
Pelakon Stranger Things ini bagaimanapun tidak berjalan bersama dengan rakannya yang lain seperti kebiasaan. Menyarung tea-length dress dari Calvin Klein dan subang berlian Repossi, bahagian belakang dress hitam satinnya itu lebih menonjol sebenarnya daripada bahagian hadapan.
Bahagian rambut Millie juga ditarik ke atas dengan teknik braid di bahagian belakang yang kemudiannya disudahkan dengan top knot kemas.
Kedua-dua pelakon Baby Driver dan Good Doctors ini dicalonkan pada Anugerah Golden Globes tahun ini dan kedua-duanya memakai blazer hitam serta bow tie!
Penerima pencalonan Pelakon Wanita Terbaik Dalam Muzikal Atau Komedi melalui filem Lady Bird ini menyarung gaun Atelier Versace untuk Golden Globes 2018. Namun, ia bukan sekadar gaun hitam yang cantik saja.
Menurut stylist Ronan, Elizabeth Saltzman, Ronan bukan saja ingin memakai gaun berwarna hitam. Team mereka juga berkerjasama dengan hanya kakitangan perempuan saja bagi menyokong kempen tersebut.
Daripada jurusolek, pendandan rambut hinggalah pereka baju (Donatella Versace), kesemuanya adalah perempuan. Secara tak langsung, team stylist sendiri merasakan semangat untuk #WhyWeWearBlack itu.