Pada 12 Jun, kumpulan FluffyBuffy Publication memenangi anugerah untuk Best Children Digital Book dengan karya mereka, “Shasha dan Dodo”, sementara Twinkle Publication menarik perhatian dengan menang anugerah untuk Best Booth dengan karya “Gigi Lili Sihat” untuk pertandingan KidLit Wonderland Children E-Book Fair anjuran pelajar semester 4 Diploma Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Melaka.
Bagi FluffyBuffy Publication, kemenangan mereka datang sebagai satu kejutan. Menurut illustrator kumpulan itu, Nur Fitrianiza, mereka tidak menyangka untuk menang dalam kategori Best Children Digital Book kerana mereka telah bersedia untuk menerima kekalahan.
Katanya, “Kumpulan lain nampak gempak tapi kami punya kumpulan hanya guna sketch sendiri sahaja. Tengok orang lain guna AI, tapi kami 100% lukis semua karakter dan kami rasa lukisan kami nampak sangat immature punya lukisan”
“Bagi yang guna AI semua nampak cantik dan lawa sangat karakter mereka! Waktu itu, kami terus rasa macam tiada harapan”
Selain itu, sebagai pelukis atau illustrator, Fitrianiza mendedahkan bahawa salah satu cabaran terbesar adalah untuk memastikan bahawa karakter yang mereka gambarkan konsisten dengan imej yang diinginkan oleh penulis.
Ads
“Cabaran waktu lukis adalah bila penulis kami nak reference few karakter yang dibayangkan dari segi warna, muka dan sebagainya mengikut inspirasi cerita yang nak disampaikan dalam buku”
“Untuk karakter anjing, Dodo sangat susah sebab kita ingat dah lukis nampak macam anjing pada awalnya tapi tiba-tiba karakter tu nampak macam kucing. Sebab lukis guna tangan menggunakan tablet secara menyeluruh, jadi waktu melukis kadang-kadang ia jadi lari sikit”
Sementara itu, Twinkle Publication mengalami cabaran yang berbeza dalam menyiapkan booth mereka dengan tajuk buku “Gigi Lili Sihat”. Walaupun menghadapi pelbagai masalah seperti angin kencang, papan jatuh, dan perbelanjaan yang terbatas, namun semangat mereka membuahkan hasil dengan memenangi kategori Best Booth.
Diinspirasikan dari aplikasi Pinterest, Twinkle Publication menggunakan kreativiti do it yourself (DIY) setiap ahli mereka dengan menghasilkan booth yang menarik sehingga gigi yang akan diperagakan semasa pertandingan juga dibuat sendiri.
Ads
Farah Nabila berkata, “kami terkejut memenangi Best Booth itu sendiri sebab kami tengok booth kami memang banyak sangat kekurangan sebab angin kuat, papan jatuhnya, dengan barang ada tak ada, nak beli tiba-tiba mahal dan sebagainya tapi alhamdulilah kami dapat juga menang”
“Bajet RM200 dan sebenarnya kalau ikutkan bajet kami terlalu banyak tapi sebab kami banyak gunakan DIY, inspirasi booth adalah dari Pinterest”
Ads
Menurut Farah, bagi buku “Gigi Lili Sihat”, mereka fokus kepada satu karakter utama, Lili, yang sentiasa ceria dan teruja untuk memberus gigi. Ini adalah langkah yang bijak untuk menarik minat kanak-kanak ke arah kebersihan gigi, sesuatu yang penting namun sering kali diabaikan.
“Ada dua kumpulan yang buat tentang gigi, kelainan kumpulan kami adalah kami mahu galakkan kanak-kanak untuk memberus gigi dan apa kepentingan memberus gigi selain kenapa perlu berus gigi”
“Selain itu, kami juga cuba menarik kanak-kanak dengan muka karakter Lili yang ceria, mata bulat dan sentiasa nampak teruja untuk memberus gigi supaya mereka senang seronok ketika memberus gigi. Untuk kumpulan lagi satu yang buat tema gigi, mereka lebih fokus kepada cara memberus gigi dengan betul,” jelasnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, kumpulan Triadic Studio telah dipilih sebagai pemenang Best Publisher bagi pertandingan KidLit Wonderland Children E-Book Fair anjuran pelajar semester 4 Diploma Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Melaka.
Selain meluahkan rasa syukur dan bangga kerana berjaya memenangi kategori Best Publisher, pelajar dari kumpulan Triadic Studio yang menerbitkan buku Solat ini juga berkongsi beberapa cabaran semasa proses menyiapkan buku tersebut.
“Antara cabaran yang kami hadapi adalah nak cipta karakter ‘Abdullah’ dan kekalkan muka komik itu agar sama sahaja tetapi dengan lain-lain baju”
“Selain itu, keterbatasan internet Wi-Fi juga menjadi satu cabaran sebab dekat kolej internet tak laju dan awalnya kami buat guna aplikasi Canva tapi sebab ada masalah teknikal. Kami boleh trace semula dan guna dalam Adobe Illustrator” – Muhammad Thaqif Uzir
Antara sumber yang menjadi inspirasi kepada kumpulan Triadic Studio adalah kehidupan sebagai seorang yang beragama Islam. Mereka menjelaskan, persoalan ‘Kenapa kita perlu solat dalam hidup?’ antara yang menjadi penyumbang kepada penerbitan buku ini.
Jelas mereka lagi, buku ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak. Malah orang dewasa juga boleh membaca buku ini bagi mendapatkan inspirasi dan motivasi bagi mengerjakan solat.
“Bila fikir balik, mungkin kita semua pernah alami situasi dimana kita tertanya-tanya dalam fasa hidup kita sekarang. Kenapa kita perlu solat semua itu dan kami rasa lebih mudah untuk kami jelaskan dalam buku Solat”
“Walaupun ia buku kanak-kanak, tapi orang dewasa juga boleh dapat kefahaman yang lebih baik melalui buku ini”
Dalam pada itu, kos bagi penerbitan buku Solat ini juga pada awalnya adalah dalam RM100 sahaja tetapi bila ada penambahbaikan, kos keseluruhan termasuk booth untuk pertandingan pada Rabu lalu adalah lebih kurang RM200.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim Istiadat Konvokesyen di beberapa buah institusi kini meriah dilangsungkan bagi menyambut kejayaan para graduan yang telah bertungkus-lumus mengejar kejayaan dalam bidang pendidikan mengikut minat masing-masing.
Tentunya bagi meraikan hari istimewa ini, para graduan enggan ketinggalan mendapatkan busana pakaian baharu untuk diperagakan di bawah jubah konvokesyen.
Namun, bagi graduan bernama Liane Melve Grace yang berasal dari Sabah ini, momen beliau naik ke pentas di Istiadat Konvokesyen ke-100 Universiti Teknologi MARA (UiTM) memberi makna tersendiri apabila gadis itu memilih busana bermotifkan etnik yang dijahit oleh ibunya sendiri.
‘Sumandak’ berusia 24 tahun itu berkongsi bahawa bussana yang diinspirasikan daripada etnik bangsa Murut itu dihasilkan oleh ibunya dalam masa tiga hari sahaja. Wow!
“Kebiasaannya, ibu saya akan mengambil masa seminggu untuk siapkan satu helai gaun. Namun, dia siapkan gaun ini hanya dalam tiga hari saja, khas untuk saya pakai pada Istiadat Konvokesyen hari ini,” kata Liane yang juga pernah bergelar finalis pertandingan Unduk Ngadau 2024 mewakili daerah Tenom.
Anak Perantau Yang Bangga Dengan Asal-Usulnya
Bercakap mengenai pengalaman Liane di Semenanjung sewaktu bergelar pelajar, katanya, memang ada perbezaan bahasa dan budaya. Dirinya memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan semua itu, namun dia tidak sesekali melupakan jati diri sebagai seorang gadis kelahiran Sabah.
Sebagai contoh, Liane yang kini sudahpun bekerja masih melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seperti menguruskan kelas belajar Bahasa Murut bersama komuniti setempat. Ia bertujuan untuk menarik minat remaja lain yang ingin mempelajari bahasa Sabah.
“Saya merupakan salah seorang pejuang bangsa Murut di Sabah. Jika ditanya adakah saya berbangga untuk menjadi bangsa Murut atau tidak, saya sebenarnya amat berbangga dengan asal-usul saya.
“Saya tidak kisah andai kata kalau naik kapal terbang perlu bawa ini berat-berat (busana tradisional untuk Istiadat Konvokesyen). Yang penting, saya hendak tunjuk kepada orang luar bahawa saya berasal dari bangsa Murut,” ulasnya lagi.
Tahniah Liane!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...