Dalam Negara

Mengaplikasikan Konsep DIY! FluffyBuffy Publication dan Twinkle Publication Raih Juara! #RemajaONROAD

Share

Pada 12 Jun, kumpulan FluffyBuffy Publication memenangi anugerah untuk Best Children Digital Book dengan karya mereka, “Shasha dan Dodo”, sementara Twinkle Publication menarik perhatian dengan menang anugerah untuk Best Booth dengan karya “Gigi Lili Sihat” untuk pertandingan KidLit Wonderland Children E-Book Fair anjuran pelajar semester 4 Diploma Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Melaka.

Bagi FluffyBuffy Publication, kemenangan mereka datang sebagai satu kejutan. Menurut  illustrator kumpulan itu, Nur Fitrianiza, mereka tidak menyangka untuk menang dalam kategori Best Children Digital Book kerana mereka telah bersedia untuk menerima kekalahan. 

Katanya, “Kumpulan lain nampak gempak tapi kami punya kumpulan hanya guna sketch sendiri sahaja. Tengok orang lain guna AI, tapi kami 100% lukis semua karakter dan kami rasa lukisan kami nampak sangat immature punya lukisan”

“Bagi yang guna AI semua nampak cantik dan lawa sangat karakter mereka! Waktu itu, kami terus rasa macam tiada harapan”

Selain itu, sebagai pelukis atau illustrator,  Fitrianiza mendedahkan bahawa salah satu cabaran terbesar adalah untuk memastikan bahawa karakter yang mereka gambarkan konsisten dengan imej yang diinginkan oleh penulis.

“Cabaran waktu lukis adalah bila penulis kami nak reference few karakter yang dibayangkan dari segi warna, muka dan sebagainya mengikut inspirasi cerita yang nak disampaikan dalam buku”

“Untuk karakter anjing, Dodo sangat susah sebab kita ingat dah lukis nampak macam anjing pada awalnya tapi tiba-tiba karakter tu nampak macam kucing. Sebab lukis guna tangan menggunakan tablet secara menyeluruh, jadi waktu melukis kadang-kadang ia jadi lari sikit”

Sementara itu, Twinkle Publication mengalami cabaran yang berbeza dalam menyiapkan booth mereka dengan tajuk buku “Gigi Lili Sihat”. Walaupun menghadapi pelbagai masalah seperti angin kencang, papan jatuh, dan perbelanjaan yang terbatas, namun semangat mereka membuahkan hasil dengan memenangi kategori Best Booth.

Diinspirasikan dari aplikasi Pinterest, Twinkle Publication menggunakan kreativiti

do it yourself (DIY) setiap ahli mereka dengan menghasilkan booth yang menarik sehingga gigi yang akan diperagakan semasa pertandingan juga dibuat sendiri.

Farah Nabila berkata, “kami terkejut memenangi Best Booth itu sendiri sebab kami tengok booth kami memang banyak sangat kekurangan sebab angin kuat, papan jatuhnya, dengan barang ada tak ada, nak beli tiba-tiba mahal dan sebagainya tapi alhamdulilah kami dapat juga menang”

“Bajet RM200 dan sebenarnya kalau ikutkan bajet kami terlalu banyak tapi sebab kami banyak gunakan DIY, inspirasi booth adalah dari Pinterest”

Menurut Farah, bagi buku  “Gigi Lili Sihat”, mereka fokus kepada satu karakter utama, Lili, yang sentiasa ceria dan teruja untuk memberus gigi. Ini adalah langkah yang bijak untuk menarik minat kanak-kanak ke arah kebersihan gigi, sesuatu yang penting namun sering kali diabaikan.

“Ada dua kumpulan yang buat tentang gigi, kelainan kumpulan kami adalah kami mahu galakkan kanak-kanak untuk memberus gigi dan apa kepentingan memberus gigi selain kenapa perlu berus gigi”

“Selain itu, kami juga cuba menarik kanak-kanak dengan muka karakter Lili yang ceria, mata bulat dan sentiasa nampak teruja untuk memberus gigi supaya mereka senang seronok ketika memberus gigi. Untuk kumpulan lagi satu yang buat tema gigi, mereka lebih fokus kepada cara memberus gigi dengan betul,” jelasnya lagi.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE