Di zaman berteknologi canggih kini, kita terdedah dengan pelbagai bentuk media termasuk video porno. Korang jangan terkejut tau sekiranya rakan terdekat mahupun ahli keluarga turut tergolong dalam kumpulan ‘penagih’ pornografi! Haiyooo….
ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Undang-Undang Nekad Bakar Diri Selepas Kecewa Gagal Peperiksaan 3 Kali
Disebabkan ketagihan mereka terhadap pornografi, remaja di Malaysia telah dilaporkan berisiko tinggi untuk mengalami gejala seks bebas dan jangkitan seksual.
Kajian akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2021 mendapati bahawa 75% remaja di negara ini telah menonton media lucah.
Majoriti mereka yang terlibat adalah remaja lelaki yang ditemui seawal sekolah menengah, menurut Prof Madya Dr Noor Azimah Muhammad, pensyarah di Jabatan Perubatan Keluarga Fakulti Perubatan UKM.
Fakta menunjukkan bahawa anak-anak muda yang dikesan melakukan kelakuan tidak bermoral apabila diberi akses kepada internet di rumah adalah lebih membimbangkan.
“Menonton pornogarafi ini menyebabkan sebahagian daripada remaja kita mengalami ketagihan yang boleh menyebabkan mereka berisiko melakukan seks bebas dan mengalami jangkitan penyakit kelamin seperti human immunodeficiency virus (HIV) dan siflis.
“Ia terjadi apabila tiada pemantauan dari ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja dan tiada di rumah,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Menurut Dr Noor Azimah, pelajar yang menonton video lucah akan lebih kerap melakukan hubungan seks bebas sebaik sahaja mengorak langkah ke pusat pengajian tinggi.
“Terdapat situasi di mana seorang pelajar lelaki mengatakan bahawa dia menonton lebih 200 video lucah setiap hari untuk memenuhi keperluan seksnya. Pelajar itu kemudiannya terdedah kepada onani dan akhirnya mula melakukan hubungan seks bebas ketika berada di kolej,” jelasnya lagi.
Laporan turut menunjukkan bahawa majoriti remaja ini melakukan hubungan tidak selamat tanpa menggunakan kondom atau bentuk kontraseptif lain, dan akhirnya golongan muda yang sama juga menyumbang 40% kepada diagnosis HIV baharu.
BACA LAGI: Aktif Muay Thai Antara ‘Rahsia’ Siti Nurhaliza Kekal Terlihat Jelita, Awet Muda
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Berita Harian, Fami Safe