Mengejutkan! Remaja Semakin Kerap Disahkan Positif HIV Disebabkan ‘Dating Apps’

Share

 

Pada setiap tahun, 1 Disember akan kekal menjadi tarikh istimewa bagi penduduk dunia memperingati Hari Kesedaran Aids.

Jika pada tahun-tahun sudah, banyak negara yang akan mengiikuti perbarisan atau perhimpunan khas bagi menyokong kempen kesedaran ini. Namun disebabkan oleh situasi pandemik yang sedang mempengaruhi norma sedunia, 1 Disebmber semalam disambut dalam kesederhanaan secara atas talian saja.

Apa yang mengejutkan kami adalah peningkatan mendadak terhadap kes positif HIV di kalangan remaja disebabkan oleh penggunaan aplikasi temu jodoh ataupun ‘Mobile Dating Apps’ serta ‘Internet Dating’.

Sumber foto: Pexels, Cotton Bro.

Seperti yang korang ketahui, ramai remaja sekarang yang memilih untuk bertemu dengan pasangan mereka menerusi aplikasi online.

Walaupun ia tidak salah (dan jujurnya, lebih menjimatkan masa), masih ramai remaja yang menyalah gunakan kemudahan aplikasi ini untuk menjalinkan hubungan seksual secara rambang.

Sumber foto: New York Post.

Data yang dikeluarkan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjelaskan perkembangan yang membimbangkan ini. Kata mereka, penggunaan aplikasi telah menjadi faktor utama ramai lelaki muda berorientasi homoseksual di rantau Asia Pasifik meningkat.

Kajian yang dilakukan selama 2 tahun itu mendapat penggunaan aplikasi ini membuka peluang untuk anak muda ‘mencuba’ hubungan seks secara kasual dan ‘spontaneous’ tanpa komitmen. Ada yang bertindak berani menghantar gambar bogel dan juga melakukan sesi panggilan video. Ini sekaligus meningkatkan keinginan untuk melakukan seks secara kasual.

Sumber foto: Sixthtone.

Selain lelaki homoseksual, golongan lain yang kerap berdepan dengan kemungkinan postif HIV ini ialah mereka yang terlibat dalam hubungan seks di tempat kerja, golongan yang mengambil dadah dengan suntikan jarum dan golongan transgender muda.

Lantas, PBB kini akan berkolaborasi bersama para pengelola aplikasi ini untuk memberi kesedaran lebih mengenai bahana hubungan seks kasual menerusi link ke laman web berinformasi dan sebagainya.

*

Bagi korang yang pernah menggunakan aplikasi ‘Mobile Dating”, pastinya korang familiar dengan pengguna yang sering meminta foto tidak senonoh dan ingin melakukan hubungan sulit.

Sekiranya ia berlaku, apa yang harus korang lakukan?

Published by
FZ