Vida, Kembalikanlah semangatku, Kembalikan ketenanganku, Kurebah tanpamu …

Bait-bait lagu Vida nyanyian kumpulan Phyne Ballerz pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu. Lagu yang disadur ini merupakan lagu asal bertajuk A Puro Dolor yang merupakan runut bunyi drama bersiri Mis Tres Hermanas nyanyian asal kumpulan Son by Four.

Mis Trez Hermanas merupakan drama bersiri Venezuela yang cukup popular di awal 2000-an. Memiliki lebih 150 episod ternyata drama bersiri ini berjaya mencuri hati penonton di Malaysia menerusi jalan cerita yang penuh dengan debaran, cinta dan kisah tragis.

Menghampiri Usia 5 Dekad, Bintang Utama Mis Tres Hermanas Kekal Anggun & Awet Muda

Melihat kembali kepada jalan ceritanya, drama ini tidak akan berjaya tanpa persembahan hebat daripada pelakon utamanya, Scarlet Ortiz. Merupakan seorang pelakon dan model latin terkenal, keanggunan Scarlet memukau pandangan.

Kini setelah lebih 20 tahun berlalu dan mencecah usia 49 tahun, pemilik nama penuh Hevis Scarlet Ortiz Pacheco ini bahagia sebagai seorang isteri dan juga ibu kepada seorang cahaya mata perempuan. Dia berkahwin dengan rakan aktor dan juga model, Yul Burkle yang turut berperanan dalam drama bersiri Mis Tres Hermanas.

Ads

Menghampiri Usia 5 Dekad, Bintang Utama Mis Tres Hermanas Kekal Anggun & Awet Muda

BACA JUGA: Kekal Awet Muda, Bintang Utama Pangako Sa Yo Masih Kacak Seperti 23 Tahun Lalu

Mengimbau kembali penglibatannya dalam dunia seni, Scarlet bukanlah orang asing. Dia memulakan langkah dalam dunia penuh gemerlapan dengan menyertai pertandingan ratu cantik Miss Venezuela pada tahun 1992.

Ads

Ketika menyertai pertandingan tersebut, dia baru berusia 18 tahun. Walaupun tidak berjaya sebagai pemenang, namun tuah menyelabahi. Bintangnya cukup bersinar. Kekal awet muda biarpun sudah mengampiri usia 50 tahun, Scarlet masih lagi kekal anggun seperti dahulu.

Menghampiri Usia 5 Dekad, Bintang Utama Mis Tres Hermanas Kekal Anggun & Awet Muda

Figuranya masih terjaga rapi, kulitnya cukup mulus dan rambutnya kekal hitam berkilat dan lebat. Tidak keterlaluan penulis menyatakan yang di saling tak tumpah sama seperti 22 tahun yang lalu ketika drama bersiri Mis Tres Hermanas mula menemui peminat.

Ads

Membintangi puluhan drama dan filem, anak kelahiran Caracas ini turut melebarkan sayapnya sebagai seorang pemain teater pada tahun 2012 menerusi pementasan bertajuk Las Quiero a las dos.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI