Lagenda bola sepak, Diego Maradona telah menghembuskan nafas terakhir kurang sebulan sejak menyambut ulang tahun kelahiran ke-60. Bekas pemain pasukan Argentina itu dilaporkan mengalami serangan jantung.
Baru-baru ini, mendiang telah menjalani satu pembedahan untuk pembentukan darah beku di bahagian otak. Dalam pada itu, Presiden Argentina, Alberto Fernandez telah mengumumkan penghormatan berkabung buat Maradona selama tiga hari berturut-turut di seluruh negara itu.
ARTIKEL BERKAITAN : Hilangnya Permata Bernama Diego Maradona
Pemain bola sepak terkenal dunia turut tidak terkecuali daripada melayangkan ucapan terakhir dan penghormatan mereka kepada lagenda tersebut di media sosial.
Dalam ramai-ramai pemain bola sepak, tentunya pemain terkenal pasukan Argentina Lionel Messi ialah insan yang paling terkesan dengan berita pemergian ini. Masakan tidak, beliau mengingatkan semula zaman kegemilangan Maradona semasa era 80-an apabila menjadi salah seorang pemain paling disegani pada masa ini.
Catat Messi, ‘Ini adalah hari menyedihkan untuk kesemua rakyat Argentina dan untuk bola sepak. Belau meninggalkan dunia tetapi pada masa, juga tidak meninggalkan kita kerana jiwa Diego kekal hidup. Saya simpan semua momen indah bersamanya dan saya ingin mengambil peluang menzahirkan ucapan takziah kepada kesemua ahli keluarga dan rakannya. RIP.”
Ronaldo merupakan salah seorang bintang bola sepak terawal yang memuat naik ucapan penghormatan buat Maradona di laman sosial.
“Hari ini saya mengucapkan selamat tinggal kepada sahabat dan dunia mengucapkan selamat tinggal kepada seorang genius. Salah seorang yang terbaik, seorang ‘ahli magis’ yang tiada bandingan. Beliau meninggalkan kita dengan terlalu awal tetapi meninggalkan legasi dan kekosongan yang tidak boleh diisi selamanya. RIP. Kamu tidak akan sesekali dilupakan.”
“Don Diego, damn dude I miss you.”
Jurgen Klopp
“Saya berusia 53 tahun. Saya merasakan beliau telah memainkan peranan sepanjang hidup saya ini.
“Semasa saya berusia 9 atau 10 tahun, saya menontonnya untuk kali pertama, dia baru berusia 16 atau 17 tahun. Saya terus menontonnya menerusi dokumentari baru-baru ini. Diego ialah seorang lelaki yang sensasi. Beliau juga lelaki yang telah berdepan cabaran. Saya akan merindui kedua-dua (versi Diego Maradona).”
Bekas menantu Diego Maradona ini turut meluahkan rasa sedihnya. “Kami tidak akan melupakan kamu. Kamy akan selalu bersama kami, #GraciasDiego RIP.”
Aguero pernah bergelar suami kepada anak perempuan bongsu Maradona, iaitu Gianinna Maradona dan mempunyai seorang cahaya mata bernama Benjamin berusia 11 tahun. Mereka berpisah pada tahun 2012.
Pele
It takes one legend to know another legend very well.
Lagenda Brazil, Pele menulis, “Berita yang mendukacitakan. Saya kehilangan seorang sahabat yang hebat dan dunia kehilangan seorang lagenda. Banyak yang ingin saya perkatakan tetapi buat masa ini, semoga Tuhan memberikan kekuatan kepada ahli keluarga beliau. Satu hari nanti, saya berharap kita boleh bermain bola sepak bersama-sama di atas sana.”
Bekas pemain Manchester Uniterd ini memuat naik gambarnya bersama Maradona sambil berkata, “Hero bola sepak pertama saya. Hanya segelintir saja insan yang pernah memberi impak kepada saya seperti lelaki ini. Yang terhebat, yang terbaik, seorang yang berkarisma, seorang pemimpin, seorang juara!
“(Beliau adalah) salah satu sebab saya mula bermain bola sepak, pretending to be Diego. RIP Diego Armando Maradona.”
“Hari yang menyedihkan untuk Argentina dan hari yang menyedihkan untuk bola sepak apabila kita meraikan betapa hebatnya lelaki ini. Seseorang yang bermain dengan jiwa, semangat dan seorang genius. Saya sungguh teruja bila dapat bertemu dengan beliau dan kita pasti akan merindunya. RIP.”