Penyanyi Rap, Mark Lee baru-baru ini mengungkapkan perasaannya mengenai kesibukan aktiviti hariannya sebagai idola K-Pop melalui satu temubual santai di Youtube 빠더너스 BDNS (ppadeoneoseu BDNS).

Mark yang juga salah seorang anggota boy group NCT mengaku memiliki sedikit sindrom Peter Pan dimana ia merupakan terma psikologi yang menyebabkan seseorang merasa enggan untuk tumbuh dewasa dan membuatkan penyanyi itu merasakan bahawa dirinya berada dalam dunia fantasi.

Artikel Berkaitan: Stor Pop-Up NCT DREAM Flash Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil Untuk 5 Hari, Hanya ‘Merchandise’ Ori!

Menghidap Sindrom Peter Pan, Mark NCT Rasa Dunia Idola K-Pop Seperti Hidup Dalam Fantasi
Kredit: Youtube 빠더너스 BDNS

Pelantun lagu Child yang kini berusia 25 tahun itu juga turut meluahkan dia banyak tertinggal dalam pengalaman sosial disebabkan jadual yang padat sebagai selebriti K-Pop. Melalui sindrom Peter Pan ini juga, Mark merasakan bahawa dunia dia amat berbeza dengan rakan-rakan sebaya dengannya.

Ads

“Ada satu masa, ketika saya berada dalam masyarakat dan melihat kawan-kawan yang seusia dengan saya. Mereka berkelakuan lebih matang dan seperti boleh hidup dengan lebih baik berbanding saya”

Menghidap Sindrom Peter Pan, Mark NCT Rasa Dunia Idola K-Pop Seperti Hidup Dalam Fantasi
Kredit: Instagram @onyourm__ark

“Kadang-kadang dalam beberapa hal, saya rasa seperti berada dalam dunia fantasi (sebagai artis K-Pop) yang mana awalnya agak menegangkan tapi akhirnya saya dapat terima semua ini” – Mark Lee

Menurut Mark, walaupun ada masa dirinya seperti ‘terjebak’ dalam dunia K-Pop, tapi dia sentiasa berusaha untuk fokus pada kerjayanya dan menikmati setiap kejayaan yang diraih sebagai idola K-Pop.

Dalam pada itu, dia berharap suatu hari nanti boleh menjalani kehidupan yang lebih normal dan dapat bergaul dengan orang-orang di luar industri hiburan dengan lebih baik.

Ads
Menghidap Sindrom Peter Pan, Mark NCT Rasa Dunia Idola K-Pop Seperti Hidup Dalam Fantasi
Kredit: Instagram @onyourm__ark

Pengakuan Mark ini juga menjadi satu peringatan kepada masyarakat, bahawa di sebalik kejayaan dan populariti melonjak yang dialami oleh idola K-Pop. Mereka juga adalah seorang manusia biasa yang masih ada perasaan dan keraguan dalam menjalani kehidupan.

Sekadar info, Mark Lee mula menceburi industri hiburan setelah lulus uji bakat SM Entertainment pada tahun 2012. Beliau mula mendapat perhatian selepas debut sebagai anggota NCT U pada tahun 2016 dan kemudian menyertai sub-unit NCT Dream dan NCT 127. Selain aktif dalam kumpulan, Mark juga terlibat dalam projek-projek solo dan kolaborasi dengan artis lain. 

Ads

Pada 16 Mei baru-baru ini, Mark telah melancarkan single solo terbarunya berjudul 200.  Ini adalah single solo pertama Mark selepas Golden Hour yang dikeluarkan pada April 2023.

Artikel Berkaitan: Sekali Pandang, Persis Win Metawin Atau Jaehyun NCT! Tukar Imej Dengan Kaca Mata Prada Terbaru

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI