Nama Dato’ Sri Rossa sudah tidak asing lagi dalam dunia hiburan Malaysia. Populariti penyanyi asal Indonesia yang memuncak menerusi lagu-lagu hit menjadikan beliau seorang ikon dalam dunia muzik Nusantara.
Sama ada anda tahu atau tidak, penyanyi bersuara merdu ini memiliki seorang cahaya mata lelaki. Diberi nama Rizky Langit Ramadhan, persona dan juga wajah kacak remaja berkulit putih bersih dan berambut panjang ini membuatkannya menjadi perhatian.
Rizky Langit Ramadan bakal menginjak usia 16 tahun pada 3 Oktober 2022. Dia dilahirkan ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa bulan suci ramadan, oleh itu namanya diakhiri dengan kalimah Ramadhan.
Rizky merupakan anak tunggal Rossa Hasil perkongsian hidupnya dengan dengan bekas suami, Surendro Prasetyo atau lebih dikenali dengan nama Yoyo. Dia merupakan bekas pemain dram kumpulan PADI.
Jika dilihat dari gambar yang dimuat naik di dalam media sosial, Rizky terlihat sangat tinggi apabila berdiri disamping kedua orang tuanya. Biarpun masih muda ketinggiannya dikatakan sudah mencecah 176cm.
Mungkin dia belum lagi bergelar seorang penyanyi mahupun pemuzik, namun dalam beberapa hantaran video yang dimuat naik bapanya. Rizky tampil menyanyi dalam acara kecil-kecilan yang dianjurkan keluarga. Boleh tahan sedap juga suaranya!
Sebagai anak tunggal kepada Rossa, Rizky dilihat sangat rapat dengan ibunya. Rossa sendiri acapkali memuat naik sesi pemotretan mereka bersama dalam pelabagai jenis busana dan telatah mereka membuatkan siapa yang melihat akan tersenyum.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kredit foto: Instagram Rossa & Yoyo Prasetyo