Selamat jalan Eren Jaeger, rest in love!
Berita kematian pelakon dan penyanyi terkenal Jepun, Haruma Miura mengejutkan seluruh dunia.
Aktor berusia 30 tahun ini ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya sebelum disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital pada sebentar tadi. Kepergian Miura untuk selamanya ini membuatkan para peminatnya diseluruh dunia meluahkan rasa sedih di socmed.
Menurut laporan, dia ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya dipercayai membunuh diri sebelum disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Miura memulakan kerjaya lakonan ketika kanak-kanak dan sangat terkenal menerusi filem Kimi ni Todoke pada 2010. Dia turut membintangi Attack on Titan pada 2015.
Dia turut popular membintangi pelbagai drama TV termasuk Bloody Monday, Last Cinderella dan Gokusen. Filem lainnya termasuk Koizora dan Eien no Zero.
Dia juga pernah membuat kemunculan di beberapa pementasan muzikal antaranya adaptasi Broadway berjudul Kinky Boots di mana dia memainkan peranan sebagai ‘drag queen’.
Mengenang kepergian crush zaman sekolah penulis ini, berikut beberapa filem terbaik yang pernah dibintangi oleh Miura dan mencuri perhatian dunia.
1. Catch A Wave
2. Koizora
3. Kimi ni Todoke
4. Tokyo Park
5. Attack on Titan The Movie
6. Bloody Monday
7. Five Minutes To Tomorrow
8. Little Nights, Little Love
Selamat jalan untuk Miura, terima kasih untuk semua karya terbaik yang pernah dipersembahkan. Rest in love!