
Seorang lagi pelakon Korea ditemui tidak bernyawa, Song Yoo Jung dilaporkan meninggal dunia pada usia 26 tahun.
Pelakon yang popular dengan drama School 2017 dan baru-baru ini muncul dalam muzik video kumpulan iKON’s untuk lagu “Goodbye Road” ini dilaporkan meninggal dunia pada 23 Januari lalu.
Menurut media tempatan, kejadian itu disedari bapanya sendiri setelah gagal menghubunginya dan membuat laporan polis untuk melihat keadaan anaknya berikutan dia tinggal berasingan.
Hasil siasatan awal mendapati tidak sebarang luka atau cedera di anggota badan pelakon tersebut. Mayat mendiang dikebumikan hari ini jam 12.30 tengah hari tadi.
Memetik daripada South China Morning Post, punca kematian pelakon utama dalam cerita Dear My Name ini tidak didedahkan oleh agensinya Sublime Artis Agency.
Mangsa yang berusia 26 tahun itu memulakan kariernya sebagai model kosmetik sebelum terjebak dalam industri lakonan pada tahun 2013 ketika dia membawa watak dalam drama romantis Golden Rainbow di MBC. Menerusi laporan Soompi, Song merupakan pelakon hebat dan sentiasa bersemangat dalam bidang lakonan.
Berita kematian Song mengejutkan dunia hiburan Korea dan para peminatnya menangisi pemergian pelakon berbakat besar itu.
Rest In Peace (RIP) Song Yoo Jung…
Covid Oh Covid Papar Kisah Lucu Sepanjang Tempoh PKP 2.0, Kini Boleh Distrim Di iQiyi

Dalam kehidupan yang serba moden ini, masyarakat tidak lagi khuatir sekiranya tidak sempat menonton siri drama di kaca televisyen kerana semuanya sudah mudah hanya dihujung jari. Dengan menggunakan gajet yang korang ada, kebanyakan program siri televisyen kini sudah pun ditayangkan secara streaming di aplikasi mudah alih.
Terbaru, sebuah drama yang berjudul Covid Oh Covid telah ditayangkan di TV3 dan saluran digital iQiyi. Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Adibah Noor, Tony Eusoff, Umie Aida, Nabila Huda, Tiz Zaqyah, Nora Danish dan Syafiq Kyle, drama 13 episod ini akan mewarnai slot Lestary setiap jam 9.00 malam bermula pada 2 April hingga 23 April 2021.
Covid Oh Covid mengisahkan tentang tentang kehidupan Tok Wan yang dilakonkan oleh pelakon popular tanahair, Umie Aida dan keluarganya yang unik yang berhadapan dengan pelbagai peristiwa lucu semasa tempoh MCO 2.0, Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Habsah (Adibah Noor), anak perempuan Tok Wan, terkejut apabila mengetahui bahawa suaminya jatuh cinta dengan seorang janda yang tinggal di sebelah surau. Selama ini suaminya sering menggunakan alasan ini untuk pergi ke surau. Namun, anak mereka, Shazrul (lakonan Nasiruddin Alaydrus) mendapat tahu mengenai matlamat ayahnya. Bersama kakaknya, Shazrul membuat rancangan untuk memecah belah keduanya.
Manakala cucu perempuan Tok Wan, Safura (lakonan Tiz Zaqyah) yang mengahwini penyanyi merancang untuk mengadakan konsert maya bagi mengumpulkan dana membantu mereka di sektor kreatif yang terjejas oleh wabak itu.
Seorang lagi cucu perempuan Tok Wan, Suhaila (Nora Danish), juga berdepan dengan masalah rumahtangga apabila suaminya mendapat tahu yang dia tidak boleh memasak dan hanya memesan makanan dari restoran selama ini!
Banyak lagi insiden yang melucukan dan menggelikan hati berlaku dalam kehidupan Tok Wan dan keluarganya. Bagaimanakah Tok Wan menghadapi dan mengatasinya? Adakah Tok Wan dapat menyatukan keluarganya kembali?
Drama ‘Covid Oh Covid’ boleh distrim secara percuma pada bila-bila masa, di mana sahaja korang berada di platform penstriman iQiyi. Selamat menonton!
9 Selebriti Korea Yang Dibesarkan Dalam Keluarga Miskin

Jika lihat di kaca televisyen, siapa sangka selebriti Korea popular juga sebenarnya mempunyai kisah hidup yang tidak begitu indah.
Bukan semua antara mereka yang lahir dalam keluarga yang senang. Beberapa selebriti Korea juga turut merasai kehidupan seperti insan biasa.
Berikut merupakan antara 9 selebiri Korea yang dibesarkan dalam keluarga susah.
1. Seo In Guk
Berasal daripada keluarga susah, Seo In Guk pernah berada dalam kesusahan apabila ibunya bekerja sebagai pemungut kotak semata-mata untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan harian mereka sekeluarga.
2. Park Shin Hye
Selebriti ini mengambil keputusan untuk berhijrah ke Seoul dan turut mendapat sokongan ibu bapanya yang berkorban meninggalkan tempat asal mereka. Walaupun keluarganya mempunyai masalah kewangan, namun mereka tetap berkeras untuk sama-sama bersusah-payah dengan anak perempuannya menjalani kehidupan di bandar Seoul.
3. Han So Hee
Siapa sangka pelakon baru yang membintangi drama trending The World of The Married ini juga bergelut dengan kehidupan susah sebelum bergelar selebriti. Ketika Han So Hee berpindah ke Seoul untuk mencuba nasib dalam bidang lakonan, dia hanya mempunyai wang sebanyak 300,000 KRW (RM1,059). Dia bekerja di sebuah bar selama lebih dari setahun dan berjuang untuk mendapatkan apa yang dia perolehi sekarang.
4. IU
Diuji dengan kesusahan sejak zaman kanak-kanak lagi, keluarga IU ditimpa dengan hutang yang banyak sehinggakan dia dan adiknya terpaksa tinggal Bersama nenek mereka. IU dan adiknya hidup dalam keadaan kemiskinan untuk beberapa ketika kerana kediaman mereka pernah dipenuhi oleh lipas.
5. Park Bo Gum
Selebriti Korea ini menghadapi kesukaran di saat bermulanya kerjaya sebagai anak seni kerana dia telah diisytihar muflis seawal usia 22 tahun. Ayahnya telah meminjam wang daripada pihak pinjaman dan mendaftarkan nama Park Bo Gum sebagai pejamin pada ketika itu.
Setelah debutnya, Park Bo Gum mula mendapat tuntutan untuk melunaskan hutang yang telah meningkat secara mendadak disebabkan oleh interest.
6. Rain (Jung Ji Hoon)
Sejak kecil lagi personaliti ini harus menanggung banyak kesulitan hidup. Dia pernah kelaparan selama beberapa hari disebabkan tiada makanan di rumah. Kesihatan ibu Rain semakin teruk pada ketika itu kerana keluarga tidak mampu untuk membeli ubat dan ibunya telah meninggal dunia pada tahun 2000 selepas beberapa tahun kemunculannya dalam industry hiburan.
7. Song Jae Rim
Song Jae Rim seorang selebriti yang menyembunyikan kehidupan peribadinya, namun telah mendedahkan bahawa dia dibesarkan dalam keluarga yang susah. Disebabkan itu dia seorang yang akan berkira dalam berbelanja dan akan membuat kiraan semua yang yang telah dibelanjakannya.
8. Hyeri
Hyeri telah memberikan sumbangan kepada pelbagai kempen secara berterusan selama bertahun lamanya. Ini disebabkan masa lalunya, di mana keluarga Hyeri perlu berjuang untuk membesarkannya kerana mereka menghadapi masalah kewangan dengan hanya ibunya bekerja sebagai seorang pekerja kilang selama bertahun-tahun.
9. Cha Seung Won
Bintang Korea ini menjalani kehidupan yang cukup berat, malah ketika sudah berkahwin dia dan isterinya terpaksa tinggal di ruang bawah tanah selama beberapa tahun kerana keadaan kewangan mereka. Kehidupan Cha Seung Won di masa lalu juga tidak seperti kanak-kanak yang lain kerana kesempitan hidupnya sejak dari kecil lagi.
Mungkin selama ini kita sering melihat kehidupan dan gaya hidup selebriti Kpop yang mewah, namun tidak semua orang tahu disebalik kehidupan lampau mereka. Benarlah kata pepatah, usaha tangga kejayaan. Kalau tidak betul-betul berusaha masa kan seseorang itu boleh berjaya bukan?
Sumber: koreaboo
Kerap Pegang Perut, Netizen Sahkan Neelofa Hamil Cahaya Mata Kedua?

Aksi pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa kerap memegang perut ketika di sebuah acara sekali lagi meraih perhatian warganet sehingga mencetuskan andaian yang dia kini hamil cahaya mata kedua.
Menerusi video yang dikongsikan seorang pengguna akaun TikTok, Neelofa dilihat memegang perutnya ketika memberi ucapan sempena ulang tahun kelahiran putera sulungnya, Muhammad Bilal yang pertama, semalam.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak Sampai Setahun Timang Cahaya Mata Sulung, Isteri Fizo Omar Kini Hamil 5 Bulan
Lebih menguatkan andaian lagi, pemilik video tersebut turut mencoretkan kapsyen mengatakan Bilal bakal bergelar abang.
Menjengah di ruangan komen, meskipun tiada pengesahan daripada bekas pengacara program MeleTop itu mengenai perkara berkenaan, namun rata-rata warganet menzahirkan ucapan tahniah buat Neelofa.
“Alhamdulillah tahniah Neelofa dan keluarga. Seronoknya dapat hamil lagi” komen seorang pengguna.
“Memang dia mengandung sebab wanita hamil akan automatik selalu pegang perut,” kata pengguna lain.
“Alhamdulillah kalau hamil. Tahniah Neelofa, Haris Ismail dan Bilal kerana bakal dapat ahli keluarga baharu,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada tanggal 27 Mac 2021 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. Hasil perkahwinan, pasangan merpati dua sejoli itu dikurniakan Bilal pada 29 Januari tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Neelofa