
Isi Kandungan
Toggle
Walaupun sudah agak lama kita tidak mendengar perkhabaran daripada pelakon lagenda, Sean Connery yang ikonik dengan karakternya sebagai James Bond, berita duka pemergian beliau pada malam ini amat mengejutkan.
Sean, 90, dilapokan meninggal dunia ketika sedang tidur di Bahamas. Keadaan beliau sememangnya dikatakan tidak berapa sihat dan Sean beruntung kerana ahli keluarga ada bersama beliau semasa saat-saat akhir ini.
Sememangnya, Sean meninggalkan banyak momen yang sukar untuk dilupakan oleh peminat francais filem James Bond. Antaranya termasuklah chemistry bersama gandingan para aktres yang digelar ‘Gadis Bond’.
Seramai 7 orang aktres pernah berpeluang untuk muncul sebagai gadis Bond di samping Sean dari tahun 1962 hingga tahun 1983.
Jom lihat siapakah mereka.
Dr No (1962)
Ursula Andress
From Russia With Love (1963)
Daniela Bianchi
Goldfinger (1964)
Honor Blackman
Thunderball (1965)
Claudine Auger
You Only Live Twice (1967)
Mie Hama
Diamonds Are Forever (1971)
Lana Wood
Jill St. John
Never Say Never Again (1983)
Kim Basinger
Artifak Kepala Mumia Berusia 2,800 Tahun Dilelong RM 111,481

Sebuah artifak lama, kepala mumia dari Mesir yang dipercayai berusia 2,800 tahun, kini mula dijual dalam acara lelongan. Ia mula dibawa ke United Kingdom (UK) oleh seorang askar warga Britain semasa Perang Dunia Pertama.
Lapor Daily Mail, artifak yang tersimpan lama di dalam almari selama beberapa dekad, kini di lelong pada harga 20,000 pound iaitu bersamaan dengan RM111,481.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Miracle Baby’, Pasangan Kembar Lahir 24 Minggu Dibenarkan Pulang Selepas 150 Hari Terima Rawatan

Dilaporkan, kepala mumia yang dipercayai berasal antara 800 dan 750 sebelum Masihi itu disimpan oleh keluarga askar yang identitinya tidak didedahkan, selama 100 tahun.
Selain itu, artifak berkenaan turut diawet semasa Tempoh Pertengahan Ketiga Mesir purba iaitu antara 1070 hingga 664 sebelum Masihi.
Tambah laporan itu lagi, ia akan dijual dalam acara lelongan Swan Fine Art yang bertapak di Teitsworth.
Pakar Swan Fine Art, Matthew Hull mengakui kepala mumia Mesir purba amat jarang sekali dapat dilihat dalam acara lelongan awam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Daily Mail
Tak Payah Jumpa AhLong! Ini Pinjaman Kerajaan TANPA FAEDAH Peniaga Wajib Rebut

Ramai peniaga kecil / perusahaan mikro merasakan kesan ekonomi akibat wabak COVID-19. Jika diperhatikan di media sosial sudah banyak premis ditutup kerana tekanan ekonomi. Di sebalik wabak ini sudah menjadi pandemik iaitu tersebar ke seluruh dunia, ia memberikan kesan kepada semua individu..
Dalam pada itu, kerajaan terus prihati dengan nasib para peniaga apabila memperkenalkan pinjaman tanpa faedah di bawah BSN Micro-I Kredit Prihatin. Jadi rebutlah peluang ini dan tak payah jumpa AhLong pun. Nanti tak pasal-pasal kena ugut atau rumah disimbah cat merah kalau tak bayar hutang dengan faedahnya sekali. Ini pinjaman tanpa faedah ya, janji korang bayar. Tak adalah bank buru nanti!
Ini cara korang nak mohon ya.
Bagaimana untuk memohon pinjaman mikro tanpa faedah?
BSN Micro-i Kredit Prihatin ialah skim pembiayaan mikro yang ditawarkan kepada perusahaan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19.
1. Apakah BSN Micro-i Kredit Prihatin?
BSN Micro/i Kredit Prihatin ialah skim pembiayaan / pinjaman mikro yang ditawarkan kepada perusahaan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19.
2. Siapakah yang layak untuk memohon BSN Micro-i Kredit Prihatin?
Usahawan mikro yang memenuhi kriteria di bawah :
Usahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19
Perusahaan Mikro – Milikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Sdn. Bhd
Dimiliki oleh Warganegara Malaysia
Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa
Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan
3. Apakah jenis sektor perniagaan yang layak untuk memohon BSN Micro-i Kredit Prihatin?
Terbuka kepada semua sektor perniagaan.
4. Berapakah amaun pembiayaan / pinjaman yang ditawarkan di bawah BSN Micro-i Kredit Prihatin?
Maksimum sehingga RM75,000
5.Berapa lama tempoh pembiayaan / pinjaman BSN Micro-i Kredit Prihatin?
Antara 1 hingga 5.5 tahun
6. Apakah keistimewaan BSN Micro-i Kredit Prihatin?
Keistimewaan BSN Micro/i Kredit Prihatin adalah moratorium 6 bulan ke atas pembayaran ansuran bulanan.
7. Berapakah kadar keuntungan / faedah bagi BSN Micro-i Kredit Prihatin?
0%
8. Apakah dokumen sokongan yang diperlukan?
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah :
Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
Salinan Kad Pengenalan semua Pengarah / Pemilik Tunggal / Rakan Kongsi
Penyata Akaun Bank Syarikat untuk 3 bulan terkini
Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank
9. Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk kelulusan permohonan?
6 hari bekerja selepas borang permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap diterima
10. Bilakah tarikh akhir permohonan BSN Micro-i Kredit Prihatin?
Sehingga 31 Disember 2020
11. Adakah pihak Bank memerlukan sebarang cagaran daripada pelanggan memandangkan bayaran ansuran bulanan akan berlaku pada bulan ke-7 selepas pengeluaran penuh pembiayaan / pinjaman dilakukan?
Tiada cagaran diperlukan.
El Nino Dijangka Mei Hingga Julai Melanda Malaysia. 7 Perkara Wajib Ambil Tahu!

Malaysia pernah mengalami fenomena El Nino pada 1998, di mana suhu tertinggi iaitu 40.1 darjah Celsius direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis pada 9 April 1998.
Fenomena El Nino kuat ini dijangka akan bermula Jun apabila keadaan cuaca akan berubah disebabkan kehadiran monsun barat daya yang cuacanya dicirikan dengan keadaan kering dan panas.
ARTIKEL BERKAITAN : Cuaca Panas ‘Lit-Lit’, MET Malaysia Beri Amaran Enam Kawasan Di Semenanjung.

Berdasarkan laporan tinjauan cuaca bagi tempoh Mei hingga Oktober yang dipaparkan di portal Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), kebanyakan model iklim antarabangsa menunjukkan kitaran atmosfera di kawasan tropika konsisten dengan keadaan El Nino Southern Oscillation (ENSO) adalah neutral.
Bagaimanapun, laporan itu memaklumkan keadaan neutral yang sedang berlaku itu dijangka akan memasuki fasa El Nino pada Mei hingga Julai ini dengan kebarangkalian 62 peratus.
Walaupun fenomena ini jarang berlaku di negara kita namun persiapan rapi perlu dibuat dan dilakukan kerana ia satu krisis cuaca yang serius. Antara perkara yang korang kena titik beratkan ialah :

1. Simpan air
Simpan air bagi menghadapi sebarang kemungkinan seperti krisis air yang menyebabkan langkah seperti catuan air di sesetengah kawasan mungkin terpaksa dibuat sekali gus memberi impak terhadap aktiviti harian.
2. Elak pembakaran
Orang ramai harus mengelak daripada melakukan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan kebakaran. Bahan-bahan mudah terbakar perlu disimpan dengan baik manakala aktiviti pembakaran terbuka seperti membakar sampah, sisa pertanian dan sisa pembinaan perlu dielakkan.
Ini bagi menghindarkan berlakunya pencemaran udara yang boleh menyebabkan jerebu. Sekiranya berlaku kebakaran terbuka, ia perlu dilaporkan segera kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut.
3. Minum air
Bagi mengelakkan berlakunya strok haba ketika fenomena ini, selain banyak minum air, rakyat dinasihatkan untuk memakai pakaian berwarna terang dan ringan serta mengelakkan aktiviti fizikal.
4. Pakai pelindung matahari
Sentiasa menggunakan pelindung matahari seperti memakai pelindung matahari spektrum luas dengan SPF (Faktor Perlindungan Matahari) 15 atau lebih jika berada di luar rumah kerana selaran matahari menjejaskan keupayaan badan untuk menyejukkan diri.
5. Jangan duduk dalam kereta tidak bergerak
Tidak digalakkan meninggalkan sesiapapun di dalam kenderaan yang tidak bergerak kerana suhu dalaman boleh meningkat lebih daripada 11 darjah Celsius dalam masa 10 minit apabila berada di bawah matahari.
6. Risiko penyakit saluran pernafasan
Fenomena El Nino akan meningkatkan risiko penyakit berkaitan dengan bawaan vektor seperti denggi dan malaria, serta penyakit bawaan air dan makanan seperti tifoid dan penyakit saluran pernafasan.
7. Simpan stok makanan
Selain menyimpan air serta makanan yang sihat dan mencukupi selain memperbanyakkan berteduh di kawasan seperti pokok dan bumbung jika keluar dari rumah.
Apa itu El Nino?
- El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua hingga empat tahun di timur Lautan Pasifik. Ia boleh menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia dan antara kesannya ialah hujan lebat di sesetengah kawasan sementara di kawasan lain, berlaku kemarau berpanjangan.
- El Nino berasal daripada perkataan bahasa Sepanyol yang bermaksud ‘anak lelaki’ dan istilah berkenaan digunakan buat pertama kali oleh nelayan di Peru sekitar tahun 1800.
- El Nino pernah melanda Malaysia sebanyak 12 kali sejak 1951-1952 dan kejadian paling teruk ialah pada 1997-1998 dengan suhu tertinggi 40.1 darjah Celsius direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis pada 9 April 1998.
Moga info ini bermanfaat kepada semua!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.