Meninggal Selepas 17 Jam Berlakon Di Set, Kematian Godfrey Gao Satu Pengajaran

Share

Walaupun korang mungkin tidak begitu menonton filem keluaran China dan Taiwan, tetap ramai yang mengenali nama Godfrey Gao sebagai seorang model terkenal.

Berita pemergian pelakon yang lahir di Taiwan dan dibesarkan di Kanada itu masih mengejutkan ramai orang.

Bukan saja kerana Godfrey baru berusia 35 tahun. Tetapi juga kerana punca pemergiannya di set penggambaran rancangan televisyen berjudul Chase Me di China semalam.

Beliau dilaporkan tidak sihat dan demam sebelum terlibat sama dalam sesi penggambaran itu. Apa yang mengejutkan adalah Godfrey berada di sana selama 17 jam tanpa rehat (Dari 8.30 pagi hingga 1.45 pagi), hinggalah beliau secara tiba-tiba rebah.

Sebelum Godfrey menghentikan lariannya dalam salah satu babak rancangan itu, terdapat penonton yang mendakwa dia terdengar Godfrey berkata, "Saya tak boleh lakukannya lagi". Lantas dia rebah di tengah set.

Juru kamera yang kebetulan sedang mengfokuskan lensa ke arah Godfrey pada mulanya beranggapan ia hanyalah lakonan dramatic pelakon itu untuk rancangan reality itu. Namun selepas seketika, mereka menyedari ada sesuatu yang tak kena dan terus memanggil bantuan kecemasan.

Kata-kata terakhir Godfrey jelas menunjukkan pelakon itu sedang bekerja melebihi kapasiti upayanya. Menurut laporan rasmi doktor, dia didapati menghembuskan nafas terakhir kerana simptom cardiac arrest ataupun serangan jantung.

Setelah 2 jam berusaha untuk menyelamatkan Godfrey, pihak hospital memberi laporan rasmi bahawa dia sememangnya meninggal dunia akibat punca tersebut.

*

Serangan jantung bukan lagi merupakan pesakit 'orang tua'.

Kes tersebut semakin meningkat di kalangan belia dan remaja disebabkan punca-punca yang sebenarnya boleh dielakkan. Antaranya temasuklah obesiti, merokok sejak usia remaja, hidup dalam tekanan, tidak mempunyai masa berehat yang cukup dan akhir sekali, sekiranya kita mengabaikan kesemua simptom di atas dan mengendahkan pentanda kecil jantung bermasalah.

Published by
webadmin