Kasut ‘Slip-On’ Vans Jadi Buruan, Meningkat 7,800% Selepas ‘Squid Game’

Share

Tidak dinafikan apa sahaja yang ditayangkan di dalam k-drama akan menjadi ikutan masyarakat di serata dunia.

Hebat penangan K-drama ni!

Foto Via Youngkyu Park/Netflix

Buat masa ini semua sedang obses dengan siri K-drama terbaru di saluran penstriman, Netflix berjudul Squid Game. Ia gara-gara plot penceritaannya yang tidak klise dan lakonan mantap para pelakonnya termasuklah pelakon baharu, Jung Ho-yeon.

Khabarnya, bukan sahaja pakaian sukan berwarna hijau-putih yang menjadi popular malah slip-on Vans putih turut menunjukkan peningkatan jualan yang tinggi kini. Menurut laporan, kasut berkenaan yang dipakai oleh setiap peserta permainan survival itu menunjukkan peningkatan jualan sebanyak 7,800% sejak “Squid Game” ditayangkan.

Foto Via Netflix

Mungkin sekadar memintai pakaian berkenaan, namun ada segelintir yang mengambil inspirasi kostum berkenaan untuk digayakan ketika sambutan Halloween.

Untuk pengetahuan, ia adalah drama fantasi gelap mengenai sebuah permainan survival misteri dengan tawaran ganjaran sebanyak 45.6 bilion won (RM163.5 juta) yang dibintangi oleh pelakon popular seperti Lee Jung-jae, Park Hae-soo, Heo Sung-tae, Wi Ha-joon dan Jung Ho-yeon.

Foto Via Courtesy of Amazon

Tapi memang cool pun kasut slip-on Vans ni, korang dah ada ke?

SUMBER 

Published by
Nana