Alhamdulillah. Sebentar tadi di fb rasmi facebooknya, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al Bakri telah mewarkan berita gembira bahawa dirinya sudah bebas sepenuhnya dari COVID-19.
Akan berehat seketika di rumah kerana PKPB, bagaimana pun Menteri ini memaklumkan akan memfokuskan penyaluran bantuan kepada kelompok sasar terutamanya di WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Selangor.
Jelasnya, beliau buat masa ini, dirinya disarankan untuk tidak bertemu sesiapa. Justeru, sebarang pertemuan adalah melalui sidang video sahaja. Katanya lagi, dirinya akan terus memantau semua gerak kerja dan laporan agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab hanya dari rumah sahaja buat sementara ini. Apa-apa makluman umum akan disampaikan melalui media sosialnya.
Dalam perkongsian sebentar tadi, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al Bakri menulis, a alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kebangkitan.
Saya telah dibenarkan untuk keluar dari wad pada petang ini kerana telah disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19.
Ads
الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات
“Segala puji bagi Allah yang mana dengan nikmatnya sempurna segala kebaikan.”
Pun begitu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan saya untuk mengutamakan rehat di rumah sehingga selesai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ads
Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Ahli-Ahli Jemaah Menteri, para ulama’ di seluruh dunia yang menghantar pesanan mesej kepada saya dan semua rakyat Malaysia yang mendoakan saya. Tidak lupa kepada Menteri Kesihatan, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan warga KKM khususnya di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.
Buat masa ini, saya disarankan untuk tidak bertemu sesiapa. Justeru, sebarang pertemuan adalah melalui sidang video sahaja. Saya akan terus memantau semua gerak kerja dan laporan agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab saya dari rumah. Apa-apa makluman umum akan disampaikan melalui media sosial saya.
Fokus utama saya buat masa ini adalah penyaluran bantuan kepada kelompok sasar terutamanya di WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Selangor. Ini kerana PKPB telah bermula dan bantuan-bantuan perlu disalurkan dengan sesegera mungkin.
Ads
Semoga Allah SWT melimpahkan kebaikan, keberkatan dan keharmonian kepada Malaysiaku yang tercinta. Moga perpaduan kita rakyat Malaysia terus terpelihara. Sentiasa ingat pepatah lama, “Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.”
Saya doakan semoga rakyat Malaysia yang menghidap COVID-19, segera sembuh dan dapat kembali meneruskan kehidupan bersama-sama keluarga tercinta. Yang berkhidmat kerana-Nya
DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pasti ramai yang masih terkesan dengan wabak COVID-19. Khususnya kepada individu bergelar ibu tunggal. Ini kerana dalam keadaan ekonomi yang belum benar-benar berkembang, ramai berkira-kira membelanjakan pendapatan mereka. Lebih terasa jika pada usia muda, korang dah bergelar ibu tunggal.
Melalui insentif PENJANA yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Bantuan Khas Ibu Tunggal sebanyak RM300 secara one-off akan dikreditkan ke dalam akaun penerima yang layak. Berikut syarat kelayakan dan cara daftar permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) yang perlu anda tahu.
Kategori pemohon
Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), KPWKM mengambil kira ibu tunggal berdasarkan definisi berikut: Perempuan (Warganegara) yang menjadi Ketua Isi Rumah bagi kategori:
1. Taraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;
2. Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama; atau
3. Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf).
Syarat kelayakan
Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran yang ditetapkan.
Pendapatan Isi Rumah adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) RM960 atau perkapita RM244.
3. Pemohon perlu log masuk ke akaun Google untuk mengisi borang permohonan.
4. Lampirkan dokumen sokongan bersama-sama dengan Borang Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) Berikut adalah pautan untuk memuat turun borang permohonan:
Borang yang telah lengkap boleh dihantar secara serahan tangan atau melalui pos ke Pejabat Pembangunan Wanita Negeri masing-masing. Bagi pemohon yang menetap di Selangor, anda boleh menghantar borang ke alamat berikut:
Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Selangor
Tingkat 7 Plaza Perangsang, Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.
Tarikh akhir permohonan bantuan khas ibu tunggal
Tarikh akhir memohon Bantuan Khas Ibu Tunggal pada 31 Oktober 2020.
Semakan keputusan & tarikh bayaran
Sekiranya layak, penerima akan menerima bantuan RM300 secara one-off (sekaligus) melalui akaun bank masing-masing. Tarikh pembayaran Bantuan Khas Ibu Tunggal bermula Julai hingga November 2020.
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut, layari laman web Jabatan Pembangunan Wanita di https://www.jpw.gov.my/ dan follow Facebook Jabatan Pembangunan Wanita untuk sebarang update terkini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, hubungi nombor yang tertera di bawah ini.
03-8323 2162
03-8323 2149
03-8323 2135
03-8323 2138
Anda juga boleh mendapatkan maklumat selanjutnya dengan menghantar e-mel ke alamat infojpw@jpw.gov.my
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular petang semalam, satu rakaman video di media sosial memperlihatkan orang ramai berebut ikan mabong yang dipercayai dijual pada harga rendah di pasar raya Mydin Tunjong, Kota Bharu, Kelantan yang baharu saja dibuka pada hari ini.
Rakaman video berdurasi 15 saat yang dikongsi oleh Mohammad Amirul Fitri itu memperlihatkan orang ramai mengabaikan SOP pencegahan Covid-19 gara-gara berebut untuk mendapatkan ikan mabong yang dijual pada harga RM0.10 seekor.
Hal ini, bersempena dengan hari pertama pembukaan, pengurus pasar raya telah membuat promosi besar-besaran sehingga menarik perhatian ramai untuk datang ke Mydin Tunjong.
Dalam video tular itu menunjukkan ramai pelanggan berebut mengambil ikan Mabong yang dijual dengan harga 10 sen dan sekali gus telah melanggar SOP sedangkan negara masih lagi bergelut dengan wabak Covid-19 yang masih mengganas.
Namun, di media sosial, netizen mula mempertikaikan tanggungjawab Mydin dalam memastikan pelanggannya mematuhi SOP dan tiadanya penjarakan di antara pelanggan lelaki dan wanita sehingga ada yang bersentuhan ketika berasak-asak mengambil ikan tersebut.
Malah, rata-rata komen melahirkan rasa sedih dan kesal melihat kegagalan pihak pengurusan pasar raya tersebut dalam menjalankan promosi kepada masyarakat pengguna. Netizen juga bimbang keadaan huru-hara seperti itu akan mencetuskan kluster baru kes Covid-19.
Hmmm….apa pendapat korang?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat nampaknya ditangguhkan lagi sebulan dan kali ini, ia membabitkan hampir seluruh Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan. Ekoran daripada itu, menurut Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan, Jefny Muhamad, mulai 9 November 2020 semua pemandu dan penumpang kenderaan dari Zon Merah yang memasuki Kelantan dikehendaki menjalani ujian saringan COVID-19.
Keputusan ini dibuat selepas mesyuarat khas yang dijalankan MKN bersama beberapa agensi berkaitan, berikutan pelaksanaan PKPB di semua negeri Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan bermula 9 November hingga 6 Disember 2020.
Semua pemandu kenderaan dan penumpang terutama dari zon merah seperti Selangor dan Kuala Lumpur akan diminta menjalani ujian swab bagi memastikan mereka bebas daripada COVID-19. Sesetengahnya daripada mereka turut akan dipakaikan gelang mengikut warna tertentu yang ditetapkan Jabatan Kesihatan bagi menunjukkan mereka dari zon merah.
Menurut Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat, empat sekatan jalan raya di sempadan negeri itu, iaitu di Bukit Yong dan Tok Bali masing-masing dalam jajahan Pasir Puteh serta di Gua Musang dan Jeli akan diperketatkan mulai tengah malam Ahad.
Beliau juga menasihatkan mana-mana pihak yang tidak mempunyai urusan penting di negeri itu agar menangguhkan terlebih dahulu hasrat untuk ke Kelantan bagi mengelak penularan COVID-19.
Inisiatif ini turut mendapat pujian daripada netizen kerana ia dilihat dapat mengawal penularan wabak pandemik ini.
Namun, ramai juga yang bertanya sama ada ujian saringan ini berbayar atau percuma. Kami juga tidak dapat mengesahkannya, sama-sama kita tunggu penjelasan dari pihak MKN Kelantan.
Kucing sememangnya haiwan peliharaan yang comel dan menghiburkan. Namun, sebagai pemilik yang bertanggungjawab, penting untuk mengetahui risiko kesihatan yang mungkin berkait rapat dengan haiwan...