Menteri Belum Umum, Sejak Semalam Tular Di Grup WhatsApp Ibu Bapa Sekolah Dibuka 15 Julai 2020?

Share

Sejak semalam di grup whatsApp ibu bapa tular satu keratan perenggan mengatakan sekolah bakal dibuka semula pada 15 Julai 2020.

Dalam keratan bertulis nombor 21 itu, tertera Dengan ini KPM menetapkan bahawa tarikh pembukaan semula sekolah bagi murid tingkatan 6 Semester 1, Kelas Peralihan, Tingkatan 1 hingga 4 serta murid tahun 5 dan 6 adalah pada hari Rabu 15 Julai 2020. Ia akan melibatkan seramai 2539, 297 murid.

Manakala murid tahun 1 hingga 4 akan mula ke sekolah pada hari Rabu, 22 Julai 2020 yang melibatkan seramai 1580, 768 murid.

Walau Menteri Kanan Pendidikan belum membuat pengumuman namun jam 4 ini akan membuat kenyataan dalam sidang media namun kenyataan perenggan ini sudah beredar ke grup-grup ibu bapa sejak semalam sekali gus menimbulkan persoalan, siapakah yang menularkan kenyataan ini hingga ramai ibu bapa membuat pertanyaan di grup sekolah masing-masing. Adakah kenyataan ini juga tepat?


Dalam pada itu, Astro Awani melaporkan Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin dijadualkan membuat pengumuman tentang tarikh pembukaan sesi persekolahan dalam satu sidang media khas pukul 4 petang ini.

Sidang media mengumumkan pembukaan sesi persekolahan semua peringkat itu itu akan disiarkan secara langsung di saluran Astro AWANI, RTM, Bernama TV dan TV3.
Sesi persekolahan bagi pelajar tingkatan 5 dan 6 telah mula dibuka pada 24 Jun yang lalu bagi mereka yang terlibat dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Sesi persekolahan yang dibuka semula pada 24 Jun lalu melibatkan 500,444 pelajar di 2,500 buah sekolah seluruh negara.

Published by
Almaswa Haji Che Ros