Sesi persekolahan secara bersemuka akan bermula pada 3 Oktober depan mengiut fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan menggunakan kaedah penggiliran pelajar secara mingguan.
Menteri Pendidikan, Mohd Radzi Md Jidin juga mengumumkan pelajar tidak perlu mengenakan seragam apabila kembali ke sekolah nanti.
Namun begitu, pelajar haruslah memakai pakaian yang sesuai, sopan dan kemas. Pemakaian pelitup muka juga adalah diwajibkan. Ibu bapa dinasihatkan untuk memastikan status vaksinasi pemandu bas sekolah untuk anak mereka.
Sekolah di negeri bawah Fasa 4 dan 4 PPN dijangka akan dibuka semula mulai 3 Oktober depan, manakala pelajar di negeri bawah Fasa 1 dan 2 akan meneruskan pembelajaran dalam talian, kecuali bagi mereka yang akan menghadapi peperiksaan utama.
Hanya Sarawak, Negeri Sembilan dan Labuan merupakan negeri yang berada di Fasa 4 PPN, namun dengan peningkatan kes positif COVID-19 di Sarawak, ia belum membayangkan sama ada mereka akan menuruti pelan kerajaan persekutuan atau tidak.
Negeri dan kawasan di bawah Fasa 2 pula ialah Kelantan, Melaka, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Hanya Kedah dan Johor masih berada di Fasa 1.
Sama-sama kita doakan agar para pelajar yang menghadiri sesi persekolahan secara bersemuka ini dilindungi daripada segala bahaya penularan wabak COVID-19. Semoga mereka dapat membiasakan diri dan mengikuti sesi pembelajaran seperti biasa dengan lebih selesa.
Sumber: (1)