Jika di Lembah Klang, penduduknya sudah terbiasa dengan operasi pandu lalu di restroan A&W bagi layanan yang lebih mudah, pantas dan on-the-go.
Tapi buat penduduk di negeri lain, kemudahan itu kadangkala tidak ada di kawasan mereka dan segala tempahan makanan terpaksa dilakukan di kaunter. Semua itu ingin diubah secara perlahan-lahan oleh francais restoran A&W.
Baru-baru ini, ia telah meraikan pembukaan Pandu Lalu A&W di cawangan Seremban yang diberikan nafas baharu demi keselesaan penduduk Seremban.
Pembukaan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun itu dirai secara meriah memandangkan cawangan itu telahpun wujud di sana sejak tahun 1978 lagi. Dengan pembaharuan dan penggunaan konsep retro ini, ia membuatkan pengunjung lebih berselera ketika berada di sana.
Cawangan yang berhadapan dengan Tasik Seremban ini juga dijangka akan menarik ramai remaja di kawasan itu untuk mengabadikan foto serta video di hadapannya. *Hhm lagu retro apa agakanya yang bersesuaian dengan content korang nanti ya?*
Ads
Tambah menarik adalah apabila A&W Seremban juga mengumumkan bahawa mereka kini menawarkan jenama kopi terkenal, Jamaica Blue di cawangan tersebut. Sekaligus, ia menjadi cawangan pertama A&W tempatan yang digabungkan dengan jenama Jamaica Blue.
Pengunjung Pandu Lalu di sini akan ditawarkan pelbagai seleksi Kopi Jamaica Blue oleh pasukan barista A&W. Kata Menteri Besarnya, pengenalan konsep baharu ini pastinya akan menambah daya tarik Seremban sebagai bandaraya peneraju di Malaysia yang menjadi pilihan pelbagai lagi syarikat untuk mencetuskan idea baharu pada masa akan datang.
“Seremban sememangnya terkenal dengan kepelbagaian makanannya.
Ads
“Saya tahu ramai yang sanggup balik hari untuk datang ke sini dari seluruh pelusuk negeri hanya untuk menikmati keenakan makanan di sini. Kini A&W menambah lagi kepada kepelbagaian makanan yang ditawarkan dengan menu lagenda mereka.
“Saya ingin menyeru organisasi dan perniagaan-perniagaan lain di Seremban dan Negeri Sembilan – terutama premis makanan dan minuman untuk menggunakan strategi keusahawanan yang inovatif dan kreatif bagi menjadikan bandar dan daerah ini sebagai syurga makanan yang terkenal,” katanya sewaktu pelancaran tersebut.
Ads
Pembukaan Pandu-Lalu A&W Seremban yang dihidupkan semula ini hanyalah permulaan sebelum francais itu memperkenalkan lebih banyak idea baharu di cawangan lain. Dengar cerita, A&W mensasarkan pembukaan lebih 150 cawangan di seluruh Malaysia menjelang 2025!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Demi membendung penularan wabak Covid-19, baru-baru ini kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daerah di Selangor iaitu Petaling, Hulu Langat, Gombak, Klang, Sepang dan Kuala Langat mulai hari ini sehingga 17 Mei nanti.
Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana SOP untuk aktiviti keagamaan yang melibatkan masjid?
Terbaru, Jawatankuasa itu dalam satu kenyataan memaklumkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, seramai 500 orang termasuk pentadbir dibenarkan menunaikan solat Jumaat manakala solat fardu dihadkan kepada 200 jemaah termasuk pentadbir.
Solat Terawih
Bilangan jemaah dihadkan seramai 600 orang di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah manakala 550 jemaah di Masjid Tengku Ampuan Jemaah.
Jelas kenyataan itu, di Surau Kariah pula solat fardu dihadkan kepada 50 jemaah dan 50 muslimin dibenarkan menunaikan solat sunat tarawih.
Solat Fardu
Menurut kenyataan itu, bagi Masjid Pengurusan dan Masjid Kariah, solat Jumaat dihadkan kepada 100 orang dan solat fardu 100 jemaah manakala 100 jemaah muslimin dibenarkan untuk menunaikan solat sunat tarawih di masjid berkenaan.
Seramai 200 jemaah pula dihadkan untuk solat Jumaat, solat fardu (200) dan solat sunat tarawih (200 muslimin) di Masjid Institusi manakala di Surau Solat Jemaah, seramai 50 orang dihadkan untuk menunaikan solat Jumaat, solat fardu (50) dan solat sunat tarawih (50 muslimin).
Solat Jumaat
Solat Jumaat, solat fardu dan solat sunat tarawih bagi daerah terlibat Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor adalah kekal mengikut ketetapan terdahulu.
Bagaimanapun, penetapan SOP ini khas untuk negeri Selangor sahaja. Bagi negeri lain yang dikenakan PKP mereka perlu menunggu kenyataan daripada Mufti Negeri masing-masing.
Sumber : Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Situasi yang kini berlaku di Gaza membuatkan penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengenangkan keselamatan 50 anak angkatnya di Palestin, yang kini berdepan bahaya serangan tidak berperikemanusiaan tentera Zionis Israel.
Sejak peperangan itu meletus, penyanyi lagu hit Nirmala itu memaklumkan pihaknya terus memantau perkembangan pelajar sekolah Afwa Al Afiyah serta petugas pusat kelolaan Yayasan Nurjiwa itu.
“Pihak kami sedang memantau secara dekat situasi terkini di sana dan mendoakan agar anak-anak ini selamat. Situasi di sana sangat runcing.
“Masjid dan bangunan musnah, hilang nyawa dan harta benda. Saya mengenangkan bagaimana keadaan anak-anak angkat saya di sana. Semoga semuanya di dalam peliharaan Allah,” katanya di Instagram.
Selain itu, sekolah kanak-kanak Afwa Al Afiyah yang ditubuhkan menerusi kutipan sumbangan Yayasan Nurjiwa difahamkan antara bangunan yang musnah akibat bedilan tentera Israel.
Ibu kepada dua cahaya mata itu turut meminta orang ramai membantu menyalurkan sumbangan selain mendoakan rakyat Palestin yang mempertahankan tanah tumpah darah mereka.
“Sebagai saudara Islam, kita usahakan apa yang termampu dan teruslah mendoakan keselamatan mereka.
“Perkara in juga tidak boleh dipandang sahaja tanpa berbuat apa-ара. Lebih pilu apabila menerima khabar daripada pendidik di bumi Palestin terdapat sejumlah masjid hancur binasa akibat kebiadaban zionis.
“Justeru, bagi membantu dan berkongsi rasa kesulitan yang mendalam, Nurjiwa Foundation dengan kerjasama Kita Fund meneruskan kempen Tabung Bantuan Khas Palestin yang telah dilancarkan sejak tahun 2021,” coretnya lagi.
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Oktober telah meragut ratusan nyawa kedua-dua belah pihak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Demi memastikan nasib pelajar baharu terbela di pengajian peringat IPTA, Menteri Pendidikan Tinggi Mohamed Khaled Nordin pada minggu ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan mengehadkan yuran pendaftaran masuk agar tidak melebihi RM1,500.
Ketetapan kerajaan itu akan bermula pada Januari 2023 selari dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu pembentangan Belanjawan 2023.
Malah, nilai had yuran pendaftaran itu juga sejajar dengan nilai pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional berjumlah RM1,500 kepada semua pelajar baharu yang layak.
Haa, barulah tak garu kepala bila nak bayar yuran pendaftaran kan. Guna je wang pendahuluan pinjaman yang diberikan tu.
Sewaktu bertemu dengan rakan pemberita selepas merasmikan persidangan Pasaran Kerja Graduan anjuran KPT dan Universiti Putra Malaysia baru-baru ini, Khaled Nordin menambah sekiranya terdapat pihak universiti yang melanggar arahan berkenaan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya.
“Saya percaya apabila ada arahan dan keputusan jelas, universiti tidak akan melanggar arahan tersebut.
“(Sekiranya langgar) tunggu kementerian datang,” tegasnya.
Macam inilah baru membantu rakyat. Betul tak?
SUMBER: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Personaliti media sosial, Kim Seri baru-baru ini tampil mengakui kelemahan pengurusan kewangan perniagaan melibatkan restoran miliknya di Korea Selatan yang mengalami kerugian menjadi punca...