Menteri Kesihatan Indonesia Tidak Muncul Di Program TV, Wartawan Ini Temu Bual ‘Kerusi Kosong’

Share

Najwa Shihab merupakan wartawan penyiaran dari Indonesia yang boleh dikatakan sebagai seorang ‘pengantara’ masyarakat untuk membela nasib rakyat tatkala negara sedang berhadapan dengan masalah serius seperti wabak pandemik COVID-19.

Sebelum ini dia telah membongkar tentang kisah penggali kubur yang terlalu penat kerana setiap hari ada sahaja jenazah mangsa COVID-19 yang perlu dikebumikan. Video itu juga untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Indonesia yang rata-ratanya masih memandang isu ini sebagai perkara remeh.

BACA: Pemandu Van Jenazah COVID-19 Menangis Lihat Sikap Tidak Peduli Masyarakat Di Indonesia

Terbaru, dalam sebuah program televisyen yang dikenali sebagai Mata Najwa, personaliti dikatakan sudah berulang kali menjemput Menteri Kesihatan, Terawan Agus Putranto namun yang ada hanya kerusi kosong (tidak hadir).

Walau bagaimanapun, di hadapan kerusi kosong itu, Najwa telah mengutarakan beberapa soalan ‘pedas’ yang bakal diajukan kepada Menteri Kesihatan mereka.

Soalan-soalan tersebut dikumpulkan daripada masyarakat yang sering tertanya-tanya tentang bagaimana langkah yang diambil kerajaan untuk menangani pandemik COVID-19 yang berlaku di Indonesia.

Kiranya Najwa Shihab ni seperti menjadi suara rakyat la kan?

Antara soalan yang ditujukan adalah, “Mengapa menghilang pak? Anda jarang sekali muncul di hadapan masyarakat untuk memberi penjelasan selama wabak pandemik ini berlaku. Rasanya Menteri Kesihatan yang paling low profile di seluruh dunia sepanjang wabak ini berlaku hanya Menteri Kesihatan Republik Indonesia,” tanya Najwa secara sinis.

Video yang turut di muat naik di YouTube dan laman instagramnya, mendapat sokongan daripada masyarakat di Indonesia kerana menganggap Najwa telah bersuara untuk rakyat.

Sehinggi kini, Indonesia merekodkan kes positif COVID-19 sebanyak 278,722 dengan 10,473 kematian dicatatkan.

Marilah sama-sama doakan agar kita semua dilindungi daripada wabak pandemik ini.

Published by
Noor Ain Norman