Sejak kebelakangan ini, Transit Aliran Ringan (LRT) banyak berdepan dengan masalah teknikal yang serius. Setiap hari juga kita dapat lihat di media sosial, ada sahaja ‘rungutan’ dalam kalangan pengguna perkhidmatan tersebut.
Menyedari perkara berkenaan semakin ‘merumitkan’ pengguna, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, membuat tinjauan secara mengejut di laluan LRT Kelana Jaya, pada hari pertama beliau menerajui Kementerian Pengangkutan (MOT), semalam.
ARTIKEL BERKAITAN : Potong Gaji Menteri, Turunkan Cabutan Judi Khas Antara Intipati Mesyuarat Kabinet Pertama Kerajaan Perpaduan
Tinjauan mengejut itu dilakukan Setiausaha Agung DAP itu pada waktu puncak tanpa pengetahuan pihak pengurusan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mahupun mana-mana media agar beliau dapat merasai sendiri keadaan sebenar yang dialami pengguna perkhidmatan tersebut.
Sehubungan itu, MOT akan mengadakan satu mesyuarat bersama pengurusan tertinggi Prasarana dalam masa terdekat bagi membincangkan penambahbaikan perkhidmatan pengangkutan awam di ibu kota.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Facebook Anthony Loke