Menu Boleh Kurus Dalam Masa 7 Hari & Gerenti Sarung Kebaya Di Pagi Raya

Share

Ramai idamkan untuk memiliki badan yang agak kurus. Mungkin agak senang bergaya dengan pelbagai jenis baju bila badan agak ramping. Bila sebut bab kurus ini, ramai yang pasti ingat isu “peha melimpah” dan berat 60 kg ke bawahkan.

Di sebalik ramai menyebut tentang diet, ambil menu sihat dan sebagainya, pegawai dietetik dari Jabatan Dietetik, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Puan Rafidah Othman telah menyenaraikan beberapa menu sesuai untuk diamalkan oleh pengguna dengan pengambilan 1200 kalori bersama senaman berkala (regular exercise) setiap hari. Insya Allah jika diamalkan dengan bersungguh-sungguh, boleh nampak penurunan berat badan yang selamat secara berkala.

Tambahnya lagi, dalam memastikan pengambilan menu 1200 kalori bersama senaman berkala, kumpulan makanan ini boleh diubah mengikut kesesuaian pengamalnya kerana menu yang disenaraikan di   bawah ini mewakili kapasiti Malaysia yang masyarakatnya majmuk.

Jadual agihan tersebut ialah berdasarkan bilangan porsi pertukaran makanan bagi setiap kumpulan makanan. Ia sangat penting bagi merangka menu mengikut kalori yang dikehendaki. Ianya juga dapat memastikan taburan makronutrien iaitu karbohidrat, protein dan lemak yang seimbang berdasarkan saranan dietari, dapat dicapai.

Sebagai contoh, bagi mencapai menu dengan 1200 kalori, anda hanya dibenarkan mengambil lemak atau minyak sebanyak 5 porsi pertukaran sahaja. Distribusi porsi lemak itu adalah fleksibel dan bebas, asalkan ianya tidak melebihi 5 porsi pertukaran sehari. Begitu juga dengan kumpulan makanan yang lain seperti karbohidrat, protein, buah, susu dan gula. Sayur-sayuran selain sayuran berkanji seperti kentang, labu dan keledek tiada menyumbang kalori sekiranya dimasak tanpa minyak, oleh itu pengambilannya yang lebih adalah digalakkan kerana sayur-sayuran mempunyai serat yang baik serta memberikan rasa kenyang kepada anda.

Bila lihat menu2 ini terasa laparkan. Ingat makan tu berpada2 ya untuk tampil kurus.Gambar hiasan

 

Ini pun boleh tahan godaannyakan, gambar hiasan

 

Berikut adalah beberapa contoh porsi pertukaran makanan berdasarkan kumpulan makanan.

1 porsi pertukaran karbohidrat ialah 1 senduk @ ½ cawan nasi / 1 cawan bubur nasi / 1 keping roti / 3 sudu oats yang belum dimasak / 3 keping biskut krakers / ½ cawan mi @ kuey teow / ½ cawan keledek @ ubi kentang / 1 keping putu mayam / ½ keping capati

1 porsi pertukaran protein ialah 1 biji telur / 1 kotak mancis daging @ ayam @ kambing @ ikan / ½ ketul ayam / ½ ekor ikan saiz sederhana / ½ cawan isi kerang / 1 keping tempe @ tauhu / ½ cawan kuah dhal / 1 keping keju / 10 ekor udang saiz sederhana

1 porsi pertukaran lemak ialah 1 sudu teh minyak @ marjerin @ mayonis @  mentega kacang @ mentega / ¼ cawan santan kelapa / 2 sudu makan kepala parut / 20 biji kacang tanah.

So, bagi sesiapa yang berimpikan peha tak melimpah, teringin nak pakai kebaya semasa Syawal nanti, nak beli baju saiz M atau S, bolehlah cuba menu yang disediakan ini ya. Insya Allah, dengan azam yang kuat dan dengan niat kerana Allah untuk dapatkan tubuh badan yang sihat, boleh mencuba menu di bawah ya.

HARI 1 

Sarapan pagi
2 keping roti bijirin milpenuh
1 sudu teh mentega
1 sudu teh jem
1 cawan teh tanpa gula

Minum Pagi
1 gelas teh cina

Makan Tengahari
1 cawan nasi putih
1 ketul ayam panggang tanpa kulit
1 piring sayur tumis
1 biji buah pir
1 gelas air mineral 

Minum Petang
3 keping biskut kraker
1 cawan susu skim

Makan malam
1 mangkuk bihun sup ( kuantiti bihun adalah 1 ½  cawan)
+ sayur-sayuran +1 kotak mancis isi ayam + 1 biji telur
½ biji buah jambu
1 gelas air mineral

HARI 2

Sarapan pagi
6 sudu Oats (sebelum di masak)
1 cawan minuman coklat (3 sudu serbuk coklat)
4 sudu makan serbuk susu skim

Makan Tengahari
1 cawan nasi putih
1 ketul ikan kari tanpa santan (Indian style)  + 3 biji sayur bendi
1 potong buah betik
1 gelas air mineral

Minum Petang
1 keping putu mayam
1 gelas air kopi tanpa gula

Makan Malam
1 keping capati
1 ketul ayam tandoori
1 piring sayur-sayuran tumis
4 biji buah prun
1 gelas air mineral

HARI 3

Sarapan pagi
1 cawan nasi goreng cina
1 piring timun, tomato & daun salad
1 gelas air mineral

Makan Tengahari
1 ketul bun kosong saiz kecil
1 ketul kentang stim saiz sederhana
2 kotak mancis daging gril tanpa minyak
1 mangkuk daun salad, lobak & tomato
2 sudu teh thousand island salad dressing
1 cawan jus oren segar tanpa gula

Minum Petang
3 ketul kuih apam kukus
1 cawan teh tanpa gula

Makan malam
1 cawan nasi putih
1 mangkuk  sederhana tomyam makanan laut
1 piring kailan ikan masin
1 gelas air mineral

Supper
1 cawan yogurt tanpa lemak (vanilla)
8 biji buah anggur

HARI 4

Sarapan pagi
1  cawan emping jagung
1 sudu makan kismis
1 cawan susu skim

Makan Tengahari
1 cawan nasi putih
1 ekor ikan bakar
1 mangkuk sup sayur
1 gelas sirap limau tanpa gula

Minum Petang
2 biji telur separuh masak
1 cawan kopi + 1 sudu teh gula

Makan Malam
1 keping tosei
½ cawan kuah dhal
1 piring kecil coconut chutney
1 biji buah pisang
1 gelas air mineral

HARI 5

Sarapan pagi
2 keping roti milpenuh
1 keping keju cheddar
Daun salad, timun & tomato
1 gelas air mineral

Makan Tengahari
1 cawan nasi putih
1 ketul ayam masak sup
1 piring sayur tumis
1 potong buah tembikai
1 gelas air mineral

Minum Petang
1 keping putu mayam
1 cawan kopi + 1 sudu teh gula

Makan Malam”
1 mangkuk laksa utara ( 1 ½ cawan laksa)
1 biji telur rebus
lebih sayur-sayuran
1 cawan air barli tanpa gula

Supper
3 ulas buah durian

HARI 6

Sarapan pagi
2 keping roti bakar
1 sudu makan kaya
1 sudu makan mentega

Makan Tengahari
1 cawan nasi putih
1 keping tauhu stim bersama sos tiram
1 piring sayur rebus
4 ulas buah nangka
1 gelas air mineral

Minum Petang
1 keping plain roll
1 gelas air teh + 4 sudu makan serbuk susu skim

Makan Malam
1 ½ cawan spagetti
3 kotak mancis daging dicincang dalam sos bolognese
Daun salad, tomato, timun + lime sauce
1 biji epal
1 gelas air mineral

HARI 7

Sarapan pagi
1 bungkus nasi lemak
1 ekor sotong saiz sederhana masak sambal
1 gelas air mineral

Makan Tengahari
1 cawan nasi putih
1 ekor ikan masak asam pedas
1 piring ulam-ulam sayur kampung yang segar
5 biji buah rambutan
1 gelas air mineral

Minum Petang
1 keping popiah basah
1 cawan kopi + 1 sudu teh gula

Makan Malam
1 cawan nasi
1 keping tempe dimasak lodeh bersama sayur-sayuran campur menggunakan susu skim
1 biji buah pelam saiz kecil
1 gelas air mineral

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros