Kasih ibu sampai ke syurga…

Ibu mana yang tidak sedih apabila perlu berpisah dengan anaknya. Namun demi masa depan perkara tersebut harus dihadapi. Selebriti terkenal, Ozlynn telah berkongsi di laman Instagram mengenai permintaan anak sulungnya, Ahmad Ariq yang mahu menikmati juadah nasi ayam air tangannya sebelum pulang ke universiti setelah lama bercuti.

“Menu terakhir untuk anakku hari ini. Dia request anak makan nasi ayam mama sebelum fly balik. Banyak dia makan, mama masak dgn sepenuh hati kasih dan sayang sambil berdoa semoga mendapat keberkatan dan kejayaan buat anakku. Haish, touching pula nak taip ni.

 “Menu Terakhir Untuk Anakku Hari Ini,” – Ozlynn Penuhi Hasrat Ariq Sebelum ‘Terbang’ Menyambung Pengajian
Juadah nasi ayam yang disediakan Ozlynn.

“Allah sahaja tahu perasaan seorang ibu. Dewasa macam mana pun seorang anak, tetap di anggap anak kecil oleh seorang ibu. Marah macam mana pun tetap kasih tak berubah. Semoga pulang membawa kejayaan yang besar anakku,happy study!

Ads

“Just enjoy apa sahaja yang you buat as long pandai bawak diri di negara orang. Jaga maruah diri, jangan tinggal solat dan mengaji. Papa, mama dan asik-adik sayang you,” kongsi Ozlynn dalam hantaran di instagramnya beserta dengan gambar nasi ayam yang dimasak khas untuk anak sulungnya itu.

Ads

Dapat dilihat dalam gambar yang dimuat naik oleh ibunya, Ariq kelihatan gembira menikmati juadah yang disediakan ibunya.

Ads

Bukan calang-calang orangnya, Ariq merupakan seorang pelajar yang cemerlang.  Dia kini sedang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di sebuah universiti di Dublin, Ireland dan telah berada di sana sejak tahun 2021. Hebat Ozlynn dan Johan dalam mendidik anak-anaknya, pelajaran menjadi satu keutamaan.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI