Malaysia bakal beralih ke fasa peralihan endemik bermula 1 April ini dan dalam usaha tersebut, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah pun memaklumkan untuk meminta orang ramai tidak terlalu bergantung kepada ujian PCR COVID-19.
Menerusi perkongsian video di laman TikTok, Khairy menjelaskan bahawa ujian RTK Antigen sudah memadai untuk mengesan jangkitan COVID-19 dan lebih murah serta mudah didapati di pasaran.
@khairykj Mengapa kita perlu kurangkan kebergantungan terhadap ujian PCR terutama dalam gelombang Omicron? #fyp #kkm #covid19 ♬ Tiger Blood – Jonathan Paulsen
Lagipun, mengikut kata pakar RTK sudah memadai untuk mengesan kes positif yang mempunyai tahap kebolehjangkitan yang tinggi berbanding PCR yang sangat-sangat sensitif sehinggakan individu yang sudah sembuh daripada COVID-19 pun masih lagi positif.
Sebab kedua yang diberikan adalah keputusan ujian PCR mengambil masa yang lama dan tidak sepantas ujian RTK Antigen dimana kita hanya perlu menunggu sehingga 15 minit untuk mendapatkan keputusan.
BACA: 11 Kit Ujian Kendiri COVID-19 Yang Diluluskan MDA, Check Dulu Sebelum Beli
Dalam situasi virus Omicron yang cepat merebak, ujian RTK lebih efektif kerana kita tidak perlu menunggu 24 jam sehingga 48 jam untuk tahu sama ada kita positif atau pun tidak. Lebih cepat kita dapat mengesan kes positif, lebih cepat kita boleh mengasingkan diri.
Menurutnya lagi, beliau telah meminta MDA untuk bertindak mengesan atas test kit yang dikatakan tidak cukup tepat dan KKM akan terus memantau test kit yang ada di pasaran untuk memastikan kualitinya dijaga dengan baik.
Walau bagaimanapun, PCR masih boleh digunakan untuk tujuan ke luar negara atau masuk ke Malaysia dan diingatkan, tidak perlu sahkan keputusan positif ujian kendiri dengan ujian PCR. Jika keputusan di RTK sudah positif ia bermakna korang memang sudah dijangkiti COVID-19.
BACA: Enam Item Wajib Ada Bagi Pesakit Covid-19 Yang Kuarantin Di Rumah
Diharap pencerahan daripada KJ ini cukup jelas dan selepas ini jika berlaku gejala-gejala COVID-19 korang tidak perlu lagi panik dan lakukankan sahaja ujian RTK Antigen di rumah.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
https://www.youtube.com/watch?v=gboUm1B8Sm4