“Menunjukkan Contoh Yang Tidak Baik…”, Dr Noor Hisham Beri Teguran Buat Noh Salleh

Share

Merokok merupakan salah satu punca seseorang individu itu mendapat penyakit berbahaya dan ia secara tidak langsung memberikan kesan buruk kepada perokok. Apa yang lebih membimbangkan, ada yang mula menghisap rokok sewaktu di bangku sekolah lagi. Hal ini menunjukkan satu gaya hidup yang tidak sihat telah berlaku dalam masyarakat kita.

ARTIKEL BERKAITAN : Paru-Paru Ditebuk Akibat Vape & Rokok, Lelaki Ini Mahu Kisahnya Jadi Iktibar 

Noh tampil memegang sebatang rokok ketika membuat kemunculan di pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) pada Ahad

Tular di media sosial berkenaan gambar serta video seorang vokalis kumpulan nyanyian berjalan di pentas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dengan menyelitkan sepuntung rokok di jarinya.

Lebih mengecewakan, perbuatan tersebut sememangnya dilarang dilakukan di tempat awam dan akan menjadi contoh tidak baik terutama buat golongan muda.

“Menunjukkan Contoh Yang Tidak Baik…”

Tindakan Noh Salleh kemudian mendapat teguran oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (DG Hisham)

menerusi kenyataan rasmi di laman Twitter beliau. DG Hisham memandang serius isu berkaitan artis yang menonjolkan tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape di khalayak ramai.

Malah, menurut DG Hisham beliau turut menyeru masyarakat termasuk artis dan selebriti untuk membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadikan budaya merokok satu budaya yang tidak diterima dalam kalangan masyarakat.

Sebelum ini, Noh pernah mencetus sensasi gara-gara selamba menghisap rokok elektronik ketika ditemu bual media dalam sebuah acara sekitar Julai lalu.

*

Satu pesanan dari REMAJA, confirm tak hilang macho korang kalau tak hisap vape atau rokok di khalayak ramai.

BACA: Malaysia Cadang Haram Penjualan Rokok Kepada Mereka Yang Lahir Selepas 2005

Sumber : Twitter Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (DG Hisham)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana