Semasa KCON LA 2023, yang diadakan dari 18 hingga 20 Ogos, ikon K-pop Rain menerima layanan “Black Ocean” yang memalukan dan “diboikot” oleh para peminat yang hadir.
Bagi mereka yang tidak maklum, dari 18 hingga 20 Ogos, KCON LA 2023 telah diadakan di Los Angeles yang menampilkan pelbagai bintang, termasuk SHINee Taemin, IVE, CRAVITY, NMIXX, MONSTA X Shownu X Hyungwon dan ramai lagi.
Di kalangan artis K-Pop tersebut, penyanyi terkenal Rain turut diumumkan untuk menyertai persembahan tersebut. Namun nasib tidak menyebelahi suami Kim Tae Hee itu apabila majoriti penonton yang hadir memboikot kehadirannya di konsert tersebut.
Menurut sumber, Rain mempersembahkan salah satu lagu hitsnya, “Rainism,” tetapi apabila dibandingkan dengan reaksi penonton terhadap artis persembahan lain dengan persembahannya itu, ternyata umpama langit dengan bumi.
Beliau turut dilayan dengan ‘Black Ocean’ apabila majoriti peminat yang hadir membuat keputusan untuk mematikan lightsticks mereka beramai-ramai ketika persembahannya berlangsung.
Ads
Ada beberapa perdebatan dalam kalangan warganet tentang mengapa Rain dilayan sebegitu rupa. Antaranya ianya dakwaan Rain menganiaya kumpulan baru, Ciipher yang bernaung di bawah syarikatnya.
WTF? HE HAS THE AUDACITY TO JOIN THE KCON BUT CANT EVEN PROMOTE THE ONLY GROUP HE HANDLES? CIIPHER SHOULD HAVE BEEN ON YOUR POSITION https://t.co/Jvy1COKoy4
Dek kerana kurang promosi diberikan dari pihak syarikat terhadap kumpulan tersebut, mereka seolah-olah telah dibubarkan.
Bukan itu sahaja, tetapi empat ahli Ciipher — Tan, Tag, Dohwan, dan Won — baru-baru ini diumumkan akan meninggalkan kumpulan itu, manakala tiga ahli yang tinggal akan meneruskan aktiviti masing-masing dan ada kemungkinan ada disusun semula menjadi pasukan baharu pada masa hadapan.
Ads
Hal ini menimbulkan kemarahan dalam kalangan peminat K-Pop dek kerana sifat tidak ambil berat oleh CEO syarikat kumpulan tersebut, Rain sendiri. Bahkan dia selaku penyanyi lebih banyak mempromosikan dirinya sendiri berbanding Ciipher, kumpulan penyanyi baru di bawah tanggungjawabnya itu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Dispatch, Soompi
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menerusi pengumuman rasmi yang dikeluarkan oleh bahagian komunikasi di laman web rasminya, kelab bola sepak Manchester United mengesahkan telah mencapai persetujuan untuk menandatangani semula bekas pemain sensasinya, Cristiano Ronaldo – 12 tahun selepas beliau meninggalkan Old Trafford bagi menyertai kelab Real Madrid.
“Manchester United berbesar hati mengesahkan bahawa kelab telah mencapai persetujuan dengan Juventus untuk perpindahan @cristiano, tertakluk kepada persetujuan syarat-syarat peribadi, visa & perubatan.”
Tambahnya lagi, sepanjang bersama kelab itu satu masa dahulu, Ronaldo telah menjaringkan sebanyak 118 gol dalam 292 perlawanan. “Semua orang di kelab teruja untuk menjemput semula Cristiano ke Manchester.”
Perjanjian sekelip mata ini hadir hanya dua hari selepas ura-ura pemain bola sepak berusia 36 tahun ini ingin melengkapkan perpindahan ke kelab Manchester City.
Pada hari Jumaat pula, jurulatih Juventus Massimiliano Allegri mengiyakan kepada pihak wartawan bahawa Ronaldo tidak lagi berminat bermain untuk Juventus dan itulah sebab utama beliau diletakkan di bangku simpanan bagi perlawanan menentang Empoli hujung minggu ini.
“Saya tidak boleh membiarkan orang terus mempermainkan nama saya. Saya tetap fokus pada karier dan pekerjaan, komited dan bersedia menghadapi semua cabaran yang harus saya hadapi.”
CHRISTIANO RONALDO
Sepanjang beberapa jam yang lalu, khabar angin kononnya Manchester United sudah bersedia untuk meletakkan tawaran mendahului Manchester City telah membuatkan internet ‘tidak boleh duduk diam’ menantikan perkembangan semasa.
Rata-rata warganet menyambut baik keputusan mengejutkan ini dan berharap agar magis akan tercetus bersama Manchester United selepas ini. Antara bekas pemain Manchester United yang turut teruja dengan perpindahan semula ini ialah Rio Ferdinand, Andy Cole, Phillip Neville, David Beckham dan Harry Maguire.
Setelah setahun senyap daripada apa-apa bentuk acara akibat pandemik COVID-19, beberapa pentandingan ratu cantik sedunia sudah mula melakukan comeback.
Sekiranya pertandingan Miss Universe dijadualkan berlangsung pada bulan Mei ini, Miss Grand International pula telah mula diadakan sekarang di Bangkok, Thailand.
Wakil pertandingan Miss Grand International telahpun mula tiba di sana sejak 24 Februari lalu. Namun, masing-masing diarahkan untuk kekal di bilik masing-masing selama 14 hari atas arahan kuarantin.
Hanya pada 27 Mac nanti, barulah mereka akan mengadakan acara finale-nya pula.
Dalam pada semua orang rancak bercakap mengenai wakil negara masing-masing termasuklah wakil dari Malaysia iaitu Jasebel Robert, berita duka pula baru diterima pada hari ini.
Dua wakil dari benua Afrika telahpun disahkan positif COVID-19 pada hari ini setelah mereka melalui ujian SWAB di sana.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Miss Grand International di akaun Facebook, mereka memaklumkan bahawa Miss Grand Nigeria, Chikaodili Nna-Udosen dan Miss Grand Kenya, Irene Ng’endo telah disahkan positif, manakala lain-lain wakil pula disahkan negatif.
Miss Grand Nigeria.
Miss Grand Kenya.
Justeru pihak penganjur mengambil nasihat pakar kesihatan dan telah memindahkan kedua-dua wakil itu ke Hospital Piyavej untuk rawatan seterusnya.
Pihak hotel pula masih kekal mengambil prosedur standard mereka dengan mensanitasi bilik dan seluruh kawasan hotel sentiasa.
“Takutnya.. Kasihan Peserta”
Perkembangan terbaru ini telah menggusarkan peminat dunia ratu cantik memandangkan risiko wakil kegemaran mereka untuk dijangkiti masih tinggi.
Tambahan pula, pertandingan Miss Universe yang skalanya lebih besar pula tidak menyediakan tempoh kuarantin seperti Miss Grand International.
Paling tidak, kuarantin hanya satu ke dua hari saja kerana wakil hanya akan berada di Florida kelak selama seminggu saja.
Apa pendapat korang? Wajarkah penganjuran pertandingan ratu cantik diteruskan pada tahun ini ataupun ia harus ditunda hinggga keadaan dunia lebih stabil dalam menangani wabak COVID-19?
Berita baik buat si kaki traveller, sebuah syarikat penerbangan tambang murah baharu yang dikenali sebagai MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) dijangka akan dilancarkan di negara ini tidak lama lagi.
Penubuhan syarikat penerbangan ini khabarnya bakal mencetuskan persaingan harga yang agresif dan mencabar syarikat penerbangan tambang murah lain seperti AirAsia Group Bhd.
Menurut The Edge, syarikat itu sebelum ini didaftarkan sebagai Z9 Elite Sdn Bhd telah diberikan kelulusan bersyarat untuk Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom). Lesen ini sah selama 12 bulan dari 1 Januari hingga 31 Disember 2022.
ASL membolehkan pemegang lesen menjalanan perkhidmatan penumpang dan kargo berjadual seperti Malaysia Airlines Bhd dan AirAsia.
Sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah dijangka memulakan penerbangan lewat bulan ini menggunakan pesawat berenjin turboprop bagi laluan domestik jarak dekat seperti Subang ke Pulau Pangkor.
Menurut Free Malaysia Today, SKS Airways bakal memulakan penerbangan dari Subang ke Pulau Pangkor bulan ini. Syarikat penerbangan ini dimiliki oleh Kumpulan SKS yang berpangkalan di Johor dan diasaskan oleh ahli perniagaan Alan Sim See Kiong.
Wah, selepas ini lebih banyaklah pilihan yang korang boleh buat untuk membeli tiket penerbangan tambang murah bagi menyenangkan lagi urusan percutian ke seluruh negara. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.