Setiap tahun, pencinta buku pastinya menantikan ketibaan jualan buku Big Bad Wolf yang menawarkan potongan harga 'tidak masuk akal'.
Kini, Big Bad Wolf Sale kembali lagi dengan sambutan yang lebih besar dan hebat mulai 6 hingga 16 Disember 2019. Menawarkan 4.5 juta buku dengan potongan harga antara 75% hingga 95% berbanding harga runcit yang disyorkan, lebih dari 50,000 judul buku disediakan dan masuk adalah percuma.
Istimewa sempena ulang tahun yang ke-10, Jualan Buku Big Bad Wolf 2019 menawarkan pelbagai acara utama dan promosi untuk pengunjung. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Ganjaran kesetiaan
Untuk mendapatkan hadiah edisi terhadap daripada Wolf, korang perlu membawa dan menggayakan cenderahati kesayangan mereka yang telah dibeli pada jualan sebelum ini di hadapan kaunter customer service semasa jualan berkenaan. Hadiah adalah terhad selagi stok masih ada.
2. Buku ajaib
Rangkaian judul buku kanak-kanak yang eksklusif serta unik dilengkapi dengan teknologi Augmented Reality (AR) memberi pengalaman membaca kepada kanak-kanak. Selain itu, ahli Wolf Pack juga boleh menikmati promosi beli 5 percuma 1 untuk judul-judul terpilih, sementara mereka yang bukan ahli boleh menikmati promosi beli 7 percuma 1 untuk judul-judul terpilih.
3. Aplikasi Wolf Pack
Aplikasi mudah alih yang baru dilancarkan ini memberi ganjaran kepada pelanggan baru dan sedia ada dengan pelbagai manfaat serta tawaran eksklusif untuk ahlinya. Program Rujukan Wolf Pack memberi peluang kepada korang untuk mengumpul barangan eksklusif mulai 5 hingga 16 Disember 2019, sebaik saja korang mendaftar sebagai ahli dan berkongsi kod rujukan dengan rakan-rakan.
Selain itu, ahli juga akan menerima kod promosi BookXcess 20% sebaik saja mendaftar. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di App Store atau Google Play Store.
4. Menangi bekalan buku seumur hidup
Rebut peluang untuk memenangi dua buku sebulan selama 25 tahun. Korang hanya perlu mengambil bahagian dalam pertandingan #ILOVEBBWKL2019 yang berlangsung mulai 5 hingga 15 Disember di mana 10 pemenang bertuah akan dipilih untuk merebut hadiah utama.
Walau bagaimanapun, peserta perlu menjadi ahli Wolf Pack terlebih dahulu kerana semua maklumat terkini mengenai pertandingan akan disiarkan menerusi aplikasi berkenaan.
5. Pilihan judul buku terbesar
Terdapat 50,000 judul buku ditawarkan yang merangkumi pelbagai genre dibawah kategori buku kanak-kanak, fiksyen dan bukan fiksyen seperti novel percintaan, kesusasteraan, sejarah, buku kanak-kanak dan banyak lagi.
Terdapat juga beraneka judul keluaran penerbit tempatan yang berkredibiliti seperti Kualiti Books, Sasbadi, Karangkraf PTS, Penerbitan Pelangi, Buku Fixi, The Patriots, Kanyin Publishing dan banyak lagi.
6. Lebih banyak ganjaran hebat
Di antara semua tawaran dan ganjaran yang disediakan, korang boleh memborong buku kegemaran mereka dengan promosi beli 10 percuma 1 untuk buku-buku terpilih, sah mulai 5 hingga 16 Disember.
Manakala, pelanggan OCBC yang menggunakan kad debit atau kredit OCBC akan menikmati potongan 5% atas pembelian mereka dengan perbelanjaan minimum RM100. Sebagai tambahan, pelanggan boleh menikmati baucar tunai RM10 jika mereka mendaftar produk OCBC semasa jualan berkenaan.
Jadi, apa tunggu lagi guys. Jom serbu Big Bad Wolf Books Sale tahun ini yang sedang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) sekarang.