Air dicincang tidak akan putus. Begitulah perumpamaan antara hubungan anak dan juga kedua ibu bapa yang telah banyak berjasa buat kita semua…
Bekas ratu gimnastik artistik negara, Farah Ann Abdul Hadi menitipkan dedikasi teristimewanya buat kedua ibu bapa tercintannya yang tidak pernah putus menyokong dan menjadi tulang belakang sepanjang kehidupannya.
ARTIKEL BERKAITAN: #GirlPower: Naimi Teruja Sepentas Dengan Search, Mahu Sambung Pengajian Dalam Jurusan Muzik
“I love you so much mummy, saya sangat bertuah menjadi anak awak dan dapat buat mummy bangga dengan saya.
“Mummy juga adalah inspirasi terbesar dalam kehidupan saya. Saya berharap dapat menjadi insan yang luar biasa seperti awak,” ujarnya kepada Remaja.
Kata ratu gimnastik artistik negara yang pernah meraih tujuh emas dalam Sukan SEA, ibu bapanya juga adalah sumber kekuatan buat dirinya selain dia menzahirkan penghargaan buat mereka yang selama ini tidak pernah jemu menjadi antara ‘orang kuat’ sepanjang kariernya.
“Ibu bapa saya adalah pillar of strenght saya. Mereka sentiasa menyokong dalam setiap kerjaya yang saya lalui, daripada seorang atlet, sebagai seorang pelajar dan sehinggalah kini.
“Jadi saya tidak mampu membalas semua yang telah mereka berikan buat saya, mereka juga adalah segala-galanya. Saya sangat berterima kasih dan bersyukur kerana mempunyai mereka sebagai ibu bapa saya,” tuturnya lagi.
Dalam pada itu, sama seperti orang lain juga, gadis berusia 29 tahun ini mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan kasih sayang buat kedua orang tuanya.
Selain itu, beliau turut mendedahkan jika ke luar negara dia akan utuskan surat pada ibu tersayang dan lebih selesa meluahkan kerinduan menerusi coretan dalam sepucuk surat itu.
“Saya adalah jenis yang suka membuat kejutan buat ibu bapa saya. Saya tidak pernah terlepas untuk memberikan sesuatu buat mereka. Jadi, saya pernah belikan ibu I Phone keluaran terkini. Apa yang ibu saya mahukan, saya cuba belikan.
“Saya suka hadiahkan mereka terutama ketika saya bertanding di luar negara dan suka menulis sepucuk surat dan menghantar kepada mereka juga.
“Memang kita tahu yang kita menyayanyi ibu bapa kita. Tetapi, sebagai ibu bapa pastinya mereka mahu mendengar selau, jadi saya memberitahu kepada mereka betapa berterima kasih dan bersyukurnya saya kepada mereka,” katanya lagi.
Sekadar informasi, Farah antara atlet gimnastik artistik negara paling berjaya dengan menggondol tujuh emas dalam Sukan SEA iaitu pada temasya Singapura 2015 (dua), Kuala Lumpur 2017 (dua) dan Manila 2019 (tiga pingat emas).
Dia juga mencipta sejarah muncul gimnas ketiga negara menempah Sukan Olimpik di Tokyo selepas Ng Shu Wai beraksi pada Sukan Olimpik 2004 di Athens dan Au Li Yen di Sydney 2000.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Farah Ann