Sumber Foto : Instagram @ismailizzani_

 

Pelbagai usaha rakyat yang menghulurkan bantuan barangan dan mengerah tenaga untuk sama-sama meringkan beban mangsa bencana banjir pada minggu ini amat dirasai oleh semua pihak.

Tanpa mengenali perbezaan, kita sebagai rakyat berganding bahu saling membantu rakyat lain atas dasar prihatin, empati dan perpaduan.

ARTIKEL BERKAITAN : Rakyat Malaysia Memang Prihatin, Ramai Bantu Mangsa Banjir Tanpa Harap Ganjaran – REMAJA

Begitu jugalah yang dilakukan oleh penyanyi dan pelakon muda, Ismail Izzani. Ismail dan rakan-rakannya memilih untuk menggerakkan usaha membantu di Hulu Langat iaitu salah satu daerah yang paling teruk terkesan.

“Mereka Amat Positif..” Ismail Izzani Masuki Hari Ketiga Beri Bantuan Mangsa Banjir

Menerusi temubual bersama penyampai radio Hot FM Imran Aqil pada malam ini, Ismail menceritakan bahagimana dia berada di sana sepanjang hari ini bersama pasukannya untuk mengemaskan surau dan beberapa rumah kejiranan di sana.

Ads

“Saya gembira apabila melihat ramai orang yang saling membantu. Alhamdulillah, rakyat Malaysia masih prihatin. Sebagai rakyat, kita hanya boleh mengharapkan rakyat yang lain.

“Walaupun gembira, tapi pada masa yang sama saya juga merasa sedih kerana saya belum pernah melihat penduduk dilanda banjir seteruk ini. Dan mereka masih boleh berfikiran positif.

“Apabila mereka melihat saya dan kawan lain datang mengagihkan bantuan, mereka terus tersenyum.

“Apabila mereka mengucapkan terima kasih, saya pun tidak tahulah nak ungkapkan perasaan pada waktu itu.”

“Saya sempat berjumpa seorang kanak-kanak yang kehilangan sembilan ekor kucing sekaligus. Tapi dia masih positif dan memberitahu, ‘Tak mengapa, mereka masuk syurga. Nanti akan ada kucing baru.’ Saya tergamam bila mendengar betapa positifnya mereka,” kongsi selebriti berusia 21 tahun itu.

Ads
“Mereka Amat Positif..” Ismail Izzani Masuki Hari Ketiga Beri Bantuan Mangsa Banjir
Sumber Foto : Instagram @ismailizzani_

Selain bergotong-royong membersihkan kediaman dan surau daripada kesan lumpur, mereka turut mengagihkan barangan keperluan pada hari Ahad lalu. Antara yang sempat disumbangkan adalah air mineral, makanan asas seperti roti dan nasi goreng, tuala dan selipar.

Ismail menceritakan dia didatangi seorang wanita yang meminta tuala sedangkan stok pemberian tuala sudah habis. ismail kemudian mengira jumlah ahli keluarga wanita tersebut dan terkejut apabila mendapat tahu ia mencecah 12 orang!

“Mereka Amat Positif..” Ismail Izzani Masuki Hari Ketiga Beri Bantuan Mangsa Banjir
Sumber Foto : Instagram @ismailizzani_

“Mereka tidur dalam gelap tanpa elektrik, tiada jaringan internet dan selimut. Sebab itulah pada hari ini (20 Disember 2021), saya datang semula ke sini untuk tambah barang keperluan yang boleh diberi kepada mereka. InsyaAllah, esok (21 Disember 2021) kami akan ke sini lagi,” kongsinya sewaktu sesi Instagram Live bersama Imran.

Semoga keikhlasan mereka ini dalam mengulurkan bantuan akan dibalas olehNya, insyaAllah dan akan menerbitkan rasa terinspirasi dalam kalangan remaja lain.

Ads

BACA LAGI : Ibarat ‘Mak Nujum’, Rakyat Kagum Ketelitian Nurul Izzah Beri Amaran Banjir Sejak Julai – REMAJA

*

Dalam pada itu, Ismail baru saja meluncurkan lagu terbaru berjudul Kamu tiga minggu lalu. Ia menceritakan mengenai kehilangan insan yang kita cintai atau insan yang memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka. Biarpun hubungan cinta tersebut terputus di tengah jalan, namun kedua-duanya masih saling memberi sokongan kepada satu sama lain.

Di samping itu, Ismail juga dijangka akan mengeluarkan album pertamanya pada tahun hadapan demi peminatnya yang telah menunggukan kehadiran buah tangan tersebut selama ini.

*

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI