Isu pengambilan vaksin Covid-19 menjadi perdebatan antara individu yang tidak percaya akan vaksin tersebut. Terdapat ramai juga kumpulan anti-vaksin yang mempertikaikan tujuan kerajaan yang mewajibkan pengambilan vaksin tersebut.
Namun kini bagi mereka yang beragama Islam, pengambilan vaksin tersebut adalah wajib jika mahu menunaikan ibadah haji yang dijangka bermula pada tahun ini. Kementerian Kesihatan Arab Saudi telah menggariskan peraturan hanya mereka yang telah divaksin sahaja boleh melakukan ibadah haji tahun ini.
Menurut agensi Reuters, Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr Tawfiq Al-Rabiah berkata, ia merupakan antara peraturan utama yang ditetapkan kepada para jemaah haji bagi mencegah penularan virus Covid-19.
Tahun lalu, hanya 1’000 jemaah haji yang tinggal di negara itu sahaja boleh menunaikan ibadah haji lantaran penularan virus Covid-19. Setakat ini Arab Saudi telah menyaksikan sebantak 378,002 kes positif Covid-19 dengan 368,926 orang pulih dari virus itu.
Setiap Perbualan Bakal Dirakam, PDRM Mula Guna Kamera Badan Oktober Ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka mula menerima 7,648 unit kamera badan (BWC) secara berperingkat mulai September tahun ini hingga Februari 2025.
ARTIKEL BERKAITAN: Polis Giat Cari Pasangan Berbaju Raya Biru, Lakukan Aksi ‘Wheelie’ Di Kota Bharu
Penerimaan itu adalah berdasarkan Surat Setuju Terima (SST) yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, berkata BWC adalah untuk penugasan Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di bawah JPJKK, selain akan diperluaskan untuk penugasan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).
“Ia (BWC) akan ditempatkan di 157 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan 640 balai polis di seluruh kontinjen dan penggunaannya adalah secara berperingkat mulai Oktober 2024.
“Pada masa ini, kita menjangkakan BWC akan digunakan sepenuhnya oleh petugas MPV dan URB pada Mac 2025.
Bagi memastikan semua petugas MPV dan URB mahir dalam mengendalikan BWC, latihan penggunaan akan dilaksanakan mulai Mac 2025 hingga Disember 2025,” katanya.
Wan Hassan berkata, PDRM akan ke hadapan sebagai agensi tunggal keselamatan awam negara ini dalam penggunaan teknologi terkini, selaras dengan kepolisan moden.
“Selari dengan perkembangan teknologi dan penugasan kepolisan yang semakin mencabar, adalah menjadi harapan kita supaya penggunaan BWC akan dapat meningkatkan tatakelola yang baik dalam penugasan rondaan pencegahan jenayah dalam kalangan petugas MPV dan URB.
“Dengan tersematnya BWC di pakaian seragam polis, ia akan meningkatkan lagi hubungan dan kerjasama orang awam dan polis kerana setiap perbualan mereka dirakam,” katanya.
Beliau berkata, pengunaan BWC akan menaikkan lagi imej PDRM dalam kalangan masyarakat kerana rakamannya boleh dijadikan bukti di mahkamah dan di dalam sebarang kes jenayah, termasuk kes membabitkan petugas difitnah ketika menguatkuasakan undang-undang.
Terdahulu pada 17 Januari, seorang anggota polis didakwa di Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan termasuk merogol remaja perempuan warga Uzbekistan berusia 17 tahun dalam kenderaan peronda polis (MPV).
Lans Koperal Muhammad Fazrul Razzi Yunus, 31, turut berdepan pertuduhan berasingan kerana melakukan peras ugut ke atas remaja berusia 17 tahun yang juga teman lelaki warga Uzbekistan itu, bersama seorang anggota lain, Konstabel Muhammad Adib Aikal Sharul Nizam, 24, di mahkamah berasingan.
Muhammad Fazrul yang juga bapa kepada dua anak mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Norshila Kamaruddin.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol, melakukan amang seksual fizikal, persetubuhan bertentangan aturan tabii dan hubungan seks ke atas remaja terbabit tanpa kerelaannya.
BACA LAGI: Datuk Nicol David Atlet Berpendidikan Tinggi, Rajin Timba Ilmu Walau Dah Bersara!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: BH
Warganet Tak Sabar Tunggu Menu Baharu McDonald’s, Betul Ke Akan Keluar Di Malaysia?
Boleh dikatakan hampir setiap bulan ada sahaja menu baharu yang diperkenalkan oleh restoran makanan segera kegemaran ramai, McDonald’s. Setiap kali pengenalan kepada menu baharu ini, ramai yang terliur dan tidak melepaskan peluang untuk mendapatkannya.
BACA: Perang Ekonomi Bermula : McDonald’s, Starbucks & Apple Tutup Operasi Di Rusia
Terbaharu, menerusi perkongsian yang telah dibuat oleh laman Facebook Raja Cuti, dikatakan McDonald’s bakal mengeluarkan menu pemanis mulut baharu berperisa strawberi. Hantaran itu telah menerima sebanyak 8 ribu perkongsian dengan hampir 5 ribu komen yang ditinggalkan oleh warganet.
Rata-ratanya sudah tidak sabar menantikan menu baharu ini dan mereka juga turut tag rakan-rakan untuk memberitahu tentang menu menarik ini.
Hm, tengok gambar pun dah menarik kan. Mesti rasanya lagi sedap. Sama-sama kita nantikan jika benar edisi strawberi ini akan dikeluarkan di Malaysia.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Rakyat Malaysia Boleh Saksi Hujan Meteor “Geminids” Di Dada Langit Disember Ini
Hmm… nak wish apa ya kalau dapat lihat meteor?
Selalu kita saksikan dalam filem-filem barat pasangan kekasih duduk berduaan dan melihat meteor lalu maka mereka segera membuat hajat! Biasanya berakhir dengan happy ending la!
Jadi ada berita baik untuk couple di luar sana…hehe
Bagi yang teringin nak melihat hujan meteor, jangan lupa ya untuk saksikan meteor Geminids yang akan melintasi langit Malaysia bulan Disember ini.
Fenomena cakerawala ini dijangka akan berlaku December ini dan memiliki intensiti besar iaitu lebih daripada 100 meteor per jam.
Fenomena hujan meteor yang dijangka bermula dari 4 Disember lalu hinggalah 17 Disember depan dikatakan akan memuncak pada 13 hingga 14 Disember ini.
Walaupun fenomena hujan meteor merupakan satu fenomena alam yang biasa terjadi, namun peristiwa ini tetap memukau penduduk bumi.
Untuk pengetahun korang, hujan meteor Geminid ini berasal dari arah rasi bintang Gemini berlaku disebabkan adanya kemungkinan pelanggaran dengan ‘benda’ lain di masa lalu sehingga akhirnya menghasilkan hujan meteor daripada partikel-partikel yang terhasil akibat pelanggaran tadi.
Muncul setahun sekali dalam kalendar astronomi, sekiranya pada malam berlakunya hujan ini keadaan gelap dan langit jernih, maka anda boleh menyaksikan fenomena ini dengan lebih jelas.
Kalau korang ingin melihat fenomena ini dengan jelas, disarankan pergi ke satu tempat yang gelap dan jauh daripada cahaya.
Tak perlu teropong atau teleskop, hanya perlu berbaring dan biasakan mata dalam keadaan gelap sekurangnya 30 ke 40 minit supaya cahaya boleh membataskan jumlah meteor yang dilihat.
Tapi jangan gembira sangat, sebenarnya fenomena hujan meteor Geminid ini memberikan kesan kepada bumi termasuklah penyebab kepada berlakunya pemanasan global dan atmosfera bumi menjadi kotor.
Sumber: RMG