Barisan pelakon A-lister Korea Selatan telah dinamakan sebagai barisan pelakon yang bakal memasuki set penggambaran sebuah filem romantik, tidak lama lagi.
Filem yang berjudul Happy New Year ini merupakan sebuah projek yang menampilkan sambutan malam tahun baru di sebuah hotel mewah di mana sekumpulan lelaki dan wanita berlainan peringkat usia serta latar belakang bertemu.
Di sanalah mereka mula membentuk hubungan baharu dan juga mengembalikan semula kehangatan hubungan lama.
Justeru semalam setelah beberapa pelakon Happy New Year disenaraikan oleh pihak produksi, ramai yang terkejut dengan kemunculan nama-nama besar.
Ads
Antaranya termasuklah Lee Dong Wook (Guardian: The Lonely and Great God) dan Han Ji Min (Familiar Wife) yang masing-masing akan memainkan watak pemilik hotel serta pengurus eksekutif hotel.
Ahli grup Girl’s Generation iaitu YoonA juga akan melakonkan watak staf concierge di hotel tersebut. Kang Ha Neul (The Heirs) bakal menjadi seorang lelaki menganggur yang baru saja putus cinta, manakala Lee Kwang Soo (Running Man) dan Seo Kang Jun (Are You Human) masing-masing akan membawakan watak wakil agensi hiburan dan penyanyi.
Melihat ke arah watak yang dimainkan oleh mereka ini, Happy New Year bukan saja menfokuskan kepada kisah cinta saja tetapi juga faktor persahabatan yang terjalin di antara mereka.
Ads
Beberapa nama lain yang akan membintangi Happy New Year termasuklah Kim Young Kwang (Pinocchio), Go Sung Hee (Kingmaker), Lee Jin Wook (The Time We Were Not in Love) dan Lee Gyu Hyung (Prison Playbook).
Adakah Menyamai Filem Hollywood?
Happy New Year baru saja memulakan penggambaran pada bulan ini. Namun, kritikan terhadapnya sudah mula kedengaran. Ada yang berkata Happy New Year mempunyai konsep penceritaan yang seakan sama dengan filem New Year’s Eve pada tahun 2011.
Ads
Filem yang pernah dibintangi oleh ramai pelakon terkenal iaitu Zac Efron, Michelle Pfeiffer, Ashton Kutcher, Jessica Biel, Hilary Swank, Halle Berry, Sofia Vergara dan ramai lagi. Hhm..
Malah, konsep pertemuan watak-watak yang mempunyai kaitan di antara satu sama lain juga seakan sama dengan Happy New Year.
Adakah filem Korea ini layak digelar sebagai filem adaptasi ataupun sememangnya jalan ceritanya berlainan daripada filem Hollywood itu?
Kenalah tunggu dulu, baru kita boleh menilainya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan meluahkan rasa syukurnya terhadap kejayaan anak lelaki keduanya, Aniq Ezra yang baru-baru ini telah bergelar graduan Taylor’s University.
Pada majlis yang berlangsung pada 11 September 2022 itu, Rozita yang mesra dengan panggilan Che Ta tidak melepaskan peluang untuk turut serta meraikan kejayaan anaknya itu yang telah memperolehi ijazah sarjana muda berganda.
Menerusi hantaran di Instagram, Che Ta mengimbas semula momen tersebut dengan meluahkan rasa syukurnya.
“Berbaloi la mak hang berkepak cari duit nak bayaq fees Taylor’s University. Bukan sikit-sikit duit chek oiiii.
“Tapi syukur Alhamduliilah, dengan izin Allah SWT double degree dalam tangan,” katanya sambil berharap agar Aniq akan terus bekerja dengan lebih keras lagi demi menjadi seorang insan yang berjaya pada masa akan datang.
Dalam pada itu, Aniq tidak lupa untuk mengirimkan ucapan balas kepada ibunya di atas segala pengorbanan yang telah dikerah demi melihat anak-anaknya menjadi seseorang yang bermanfaat.
“Thank you mum! I love you so much. Couldn’t have done it without you,” catatnya.
Dalam pada itu, Aniq juga khabarnya kini berada di Australia. Che Ta menitipkan nasihat buatnya untuk terus menjaga agama, moral dan solat sepanjang berada di sana.
Best-nya dapat ibu seperti Che Ta kan! Sambil terus-menerus memperingati anaknya untuk menjaga diri, beliau juga memberikan sepenuh kepercayaan kepada anaknya sendiri untuk mengutip pengalaman hidup di bumi asing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Normal lah dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan Berkawal (PKPB) ini, ramai di antara kita yang mungkin lebih ‘mudah’ untuk tertidur ketika sedang berpuasa di siang hari.
Jadi apakah hukumannya?
Kami sempat untuk bertanyakan soalan tersebut kepada Pencetus Ummah Amin dalam sesi #RemajaDengarKata.
Menurut PU Amin, ada sebahagian hadis bertaraf lemah yang menyebut, ‘Tidur seorang yang berpuasa itu adalah ibadah dan tasbih.’ Jadi di sini, jika kita tertidur sepanjang hari semasa berpuasa, itu memanglah adab yang tidak baik. Tetapi..
“Terdapat golongan yang tertidur di siang hari ini bukanlah kerana sengaja hendak tidur. Yang saja-saja nak tidur itu rugilah.
“Tidur kerana ibadah di sini dimaksudkan dengan golongan yang tidur untuk merehatkan tubuh badannya dalam keadaan perlu. Contohnya, ibu yang mengerjakan anak dan perlu masak untuk sahur. Orang yang bekerja penat.
“Mereka perlu berehat kerana kehendak badan. Yang penting tidur itu tidak mengganggu waktu solat dan ibadah lain.
“Tidur yang merugikan adalah tidur yang membuatkan seseorang itu meninggalkan solat dan menghalangnya daripada melakukan ibadah sunat pada bulan Ramadan.”
Ada orang kata, tidur setelah waktu solat Subuh ini akan menghalang rezeki masuk.
Biasalah dalam bulan Ramadan ini, kita akan melebihkan aktiviti pada malam hari. Jadi pastikanlah selepas Subuh itu kita sempat untuk melakukan perkara yang memberi kebaikan seperti membaca Al-Quran, solat sunat dan mendengar ceramah.
“Hanya selepas itu, kita berniat tidur untuk merehatkan badan. Dan segeralah bangun sebelum tiba waktu Zuhur. Hukum makruh tu tetap makruh apabila kita tidur sehingga Zuhur. Ingatlah yang makruh itu juga boleh bertukar haram jika ia diulang banyak kali secara sengaja,” pesannya.
Tonton video highlight #RemajaDengarKata di bawah:
Keputusan akhir program Big Stage 2022 semalam masih menjadi topik perbualan warganet memandangkan persaingan sengit yang tercetus di antara lima orang peserta yang bertanding.
Tumpuan tentunya terarah kepada 3 peserta yang menakluki tangga teratas semalam iaitu juaranya, Elica Paujin; naib juara, Danial Chuer dan pemenang tempat tiga, Aisha Retno. Ini berikutan kutipan markah mereka dari juri tetap semalam amatlah sengit. Hanya peratusan undian peminat yang berjaya memisahkan ketiganya apabila ia jelas dikuasai Elica.
Lantas, timbul lah persepsi sekiranya Danial dan Aisha mungkin kesal dengan keputusan semalam apabila di atas kertas, ia boleh dikatakan ditentukan oleh undian peminat.
Namun, pesepsi tersebut telah ditepis oleh mereka berdua dalam sesi Instagram Live yang dilakukan bersama Astro Awani pada hari ini.
Kata Aisha, saingan bagi Big Stage 2022 amatlah sengit dan dia bersyukur setelah diletakkan pada kedudukan ketiga. “Ia sengit sehingga membuatkan saya terfikir, kalaulah kami bertiga dipisahkan ke tiga musim berbeza, tidak mustahil kesemuanya boleh bergelar juara Big Stage.”
Danialbersetuju dengan pendapat tersebut dan merasakan benchmark yang diletakkan oleh kesemua peserta seakan ‘lain macam’.
“Bukan hanya kami bertiga tetapi peserta lain juga bekerja keras pada setiap minggu. Soal saingan sengit antara kami (bertiga) pula, saya bersyukur kerana orang ramai mempercayai bakat kami. Ia membuat segala persediaan dan execution kami selama ini berbaloi apabila bakat kami dapat diterima oleh juri serta penonton,” jelas Danial.
Sementara itu, mereka turut tidak menafikan keinginan untuk merakam lagu baharu bersama-sama setelah idea tersebut timbul semasa malam finale tadi.
Agaknya bagaimanalah genre yang akan Aisha, Danial dan Elica pilih?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...