Menjengah ke kapsyen, pelakon berusia 36 tahun itu menzahirkan bahawa dirinya amat merindui cuaca panas di Arafah tatkala berwukuf.
Ads
“Awal hari ini, Zuhur di Al Haram. Pelik, saya sangat merindui panas di Arafah,” coretnya ringkas menerusi ruangan kapsyen.
Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen pada hantaran tersebut dibanjiri dengan pelbagai reaksi positif. Rata-rata pengikutnya turut sama meluahkan rasa rindu mereka ketika berada di Tanah Suci.
Ads
“Sampai sekarang masih terasa nikmat sujud atas simen Kaabah,” komen seorang pengikut.
“The heat in Makkah is really nikmat… BarakAllah,” komen juga pengikut lain.
Ads
“Walaupun panas di Kaabah, sujud atas lantainya boleh hilang semua masalah dunia,” tulis pengguna lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Satu perkhabaran positif dari Terengganu apabila beberapa lokasi rekreasi di negeri itu kembali dibuka kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti beriadah seperti jogging dan mendaki bukit.
Menurut siaran Buletin 1.30 di saluran TV3 hari ini, antara lokasi yang menjadi tumpuan adalah di Bukit Besar, Kuala Terengganu yang kembali dikunjungi setelah hampir dua bulan ditutup.
Kelonggaran yang diberikan ini adalah selepas Terengganu beralih ke Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak 5 Julai lalu.
Setelah penduduk di sana lama ‘terperap’ di rumah, mereka menyambut baik peluang beriadah ini untuk merehatkan minda dan mencergaskan badan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Ini termasuklah sentiasa menjaga penjarakan fizikal dan tiada sebarang sentuhan di antara pengunjung. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun juga tidak dibenarkan masuk ke kawasan ini demi menjaga keselamatan mereka.
Selain dapat mengeluarkan peluh, pengunjung Bukit Besar juga dilihat lebih segar dan lega dapat menikmati pemandangan di puncak bukit berketinggian 156 meter.
Untuk pengetahuan, Bukit Besar yang terletak di pinggir pusat bandar ini merupakan lokasi wajib kunjung penduduk Kuala Terengganu. Sebelum pandemik COVID-19 melanda, ia selalu menempatkan kanopi jualan makanan dan minuman di bahagian kaki bukit pada hujung minggu.
Dengan kecerunan bukit yang tidaklah seekstrem puncak tinggi lain seperti Bukit Tobak, Bukit Rohok dan Bukit Botok yang terletak sebelah-menyebelah, ia popular di kalangan pengunjung berkeluarga.
Rindunya nak pergi hiking!
REMAJA pernah menyenaraikan beberapa lokasi mendaki yang wajar korang cuba setelah pandemik di Malaysia semakin pulih tidak lama lagi.
Singapura merupakan negara jiran yang sering mendapat perhatian rakyat Malaysia untuk menjadi destinasi pelancongan. Kedudukannya yang begitu dekat dengan Malaysia membuatkan negara ini sering kali dikunjungi oleh masyarakat di sini, lebih-lebih lagi bagi mereka yang menetap di Johor Baharu.
Untuk ke sana, selain daripada menaiki kapal terbang, kita juga boleh memandu kenderaan sendiri atau pun menaiki bas ekspres. Jika korang memilih untuk menaiki bas, kos yang diperlukan adalah sangat murah dan berbaloi.
Seperti yang telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Encik Fadhil, lelaki ini hanya menaiki bas dari Kuala Lumpur untuk berjalan-jalan di Singapura. Kos yang diguna hanya sekitar RM200 tidak termasuk makan dan minum.
Jom kita lihat itinerari yang telah dikongsi oleh pemuda ini.
– Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Larkin Sentral (tambang RM30.30)
– Naik bas CW2 Causeway Link dari Larkin Sentral ke terminal Queen Street (tambang RM4.70), bas kan berhenti di imigresen Johor dan imigresen Singapura. Korang perlu isi terlebih dahulu arrival card di ICA mobile apps sebelum nak masuk Singapura. Selesai urusan imigresen naik semula bas yang sama ke terminal Queen Street.
– Sampai di terminal terus jalan kaki ke hostel Atlantis pods are Little India (harga satu malam RM89.11)
– Perjalanan ke Singapura semuanya menggunakan MRT, tidak perlu beli tourist card hanya menggunakan debit card atau credit card. Total selama guna MRT 7.40 SGD/RM23.41
– Internet roaming Digi 1GB RM5.00, di hotel korang boleh guna Wi-Fi sahaja.
Antara tempat-tempat menarik di Singapura yang dilawati adalah seperti berikut:
Masjid Sultan
Kg Kelam
Arab Street
Bugis Street
Marina Bay
Merlion Park
Garden by the bay
Kos:
TBS – Larkin Sentral RM30.30
Larkin Sentral – TBS RM35.00
Larkin Sentral – Singapore RM4.70
Singapore – Larkin Sentral 4.80 SGD/RM15.00
Hotel RM89.11
Public transport MRT – RM23.41
Roaming data RM5
Macam best juga kan buat trip macam ni. Lebih jimat dan berbaloi!
Namun, baru-baru ini untuk mengalu-alukan pelancong ke Singapura, Singapore Tourism Board (STB) juga telah melancarkan SingapoReimagine, kempen yang mensasarkan kepada pemulihan pelancongan dengan memperkenalkan pengalaman yang baru dan luar biasa, termasuklah tarikan terbaharu dan restoran yang unik, pusat kesihatan dan pengalaman lestari. Kempen ini dibangunkan dengan mengambil kira terhadap perubahan keperluan dan aspirasi pengguna secara global.
STB Malaysia bekerjasama dengan rakan kongsi seperti Mandai Wildlife Group dengan menawarkan diskaun ekslusif sebanyak 33% kepada pelancong Malaysia ke atas pembelian tiket untuk ketiga-tiga taman mereka – Singapore Zoo, Night Safari dan Jurong Bird Park dengan kod promosi – MY33OFF. Promosi ini sah dari 1 hingga 30 Jun 2022.
Selain itu, Singapore Airlines mengadakan promosi Travel Fair, dengan diskaun tambang semua dalam penerbangan mereka dari 28 Mei hingga 6 Jun 2022 dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ke Singapura. Tambang penuh untuk kelas Ekonomi bermula dari RM450 hingga RM2,500 untuk kelas Perniagaan.
Fuh, tawaran menarik. Bolehlah bercuti ke Singapura nanti!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengambilan vitamin atau suplemen adalah bertujuan untuk menambah nutrien yang kurang didalam badan. Ramai diantara kita yang mengambil suplemen sebagai salah satu alternatif untuk membantu mengurangkan masalah kesihatan.
Bagi individu yang mempunyai masalah resdung, seorang pengguna di laman Facebook yang dikenali sebagai Fad Feline Family telah berkongsi satu produk yang digunakan untuk mengurangkan simptom resdung kerana sebelum ini, hari-hari dia mengalami selesema yang teruk dan kerap bersin.
Individu itu cuba mencari penyelesaian dan sehinggalah dia terbaca tentang Horseradish, selepas menggunakannya, paling kerap pun kena selesema seminngu sekali atau dua bulan sekali. Memang terbaik.
Horseradish + garlic mengandungi gabungan herba yang secara tradisionalnya digunakan untuk melegakan kesesakan hidung. Ia sesuai untuk individu yang mengalami alergik dan kesesakan saluran pernafasan. Suplemen ini memiliki kebaikan untuk membersihkan saluran pernafasan. Bawang putih secara tradisionalnya telah digunakan untuk melegakan hidung terumbat.
Sehari makan sebiji sahaja pada waktu pagi selepas bangun dari tidur. Korang boleh dapatkan produk ini di farmasi. Pilih sahaja mana-mana jenama yang korang suka, asalkan cari horseradish + garlic.
Dengan mengambil suplemen ini bukanlah bermakna penyakit resdung korang boleh terus sembuh atau hilang. Tapi, mungkin ini cara untuk pesakit resdung berikhtiar kerana hanya mereka yang mengalami gelaja sinus ini sahaja faham betapa ‘seksanya’ jika setiap hari asyik nak terbersin saja.
Apa-apa pun, korang juga boleh dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Suplemen ini hanyalah sekadar inisiatif yang boleh diambil.
Isu peminat fanatik yang tidak 'merestui' hubungan percintaan yang terjalin antara bintang K-pop dari Korea Selatan bukan satu isu yang baharu timbul.Sejak era generasi...