Sedia maklum, pelakon berkaliber, Zul Ariffin baru sahaja selesai menunaikan rukun Islam kelima iaitu ibadah haji.
Terbaharu, bintang drama hit Perempuan Itu dilihat ada memuat naik sekeping foto di hadapan kaabah.
ARTIKEL BERKAITAN: Syukur Bakal Ke Tanah Suci Sekali Lagi, Zul Ariffin Tunai Ibadah Haji Jun Ini
Menjengah ke kapsyen, pelakon berusia 36 tahun itu menzahirkan bahawa dirinya amat merindui cuaca panas di Arafah tatkala berwukuf.
“Awal hari ini, Zuhur di Al Haram. Pelik, saya sangat merindui panas di Arafah,” coretnya ringkas menerusi ruangan kapsyen.
Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen pada hantaran tersebut dibanjiri dengan pelbagai reaksi positif. Rata-rata pengikutnya turut sama meluahkan rasa rindu mereka ketika berada di Tanah Suci.
“Sampai sekarang masih terasa nikmat sujud atas simen Kaabah,” komen seorang pengikut.
“The heat in Makkah is really nikmat… BarakAllah,” komen juga pengikut lain.
“Walaupun panas di Kaabah, sujud atas lantainya boleh hilang semua masalah dunia,” tulis pengguna lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Zul Ariffin