Ads
Home Berita Asalnya Pelajar Tercicir Universiti, Pengasas Permainan Sudoku Meninggal Dunia

Asalnya Pelajar Tercicir Universiti, Pengasas Permainan Sudoku Meninggal Dunia

Ads

Terdapat pelbagai bentuk permainan yang boleh menajamkan minda kita. Salah satu permainan paling popular adalah Sudoku.

Permainan yang beradal dari Jepun ini berasaskan logik dan bergantung pada memori jangka pendek. Bagi yang tidak pernah bermain, ia menggunakan kotak 9×9 di mana  beberapa nombor petunjuk sudah tertera bagi membantu pemain.

Semua ini tercipta hasil kebijaksanaan sang pengasasnya iaitu lelaki Jepun bernama Maki Kaji.

Ads

Asalnya Pelajar Tercicir Universiti, Pengasas Permainan Sudoku Meninggal Dunia

Malang sekali, Maki Kaji dikhabarkan baru saja meninggal dunia pada usia 69 tahun akibat kanser hempedu.

Ads

Memetik laporan The Guardian, Maki Kaji yang terkenal dengan gelaran Godfather of Sudoku dilaporkan berhenti daripada menjalankan tugas sebagai presiden syarikat Nikoli Co. Ltd pada Julai lalu selepas keadaan kesihatannya semakin merudum.

Untuk pengetahuan, mendiang Maki yang pada asalnya merupakan pelajar yang tercicir daripada universiti memulakan kariernya di sebuah syarikat percetakan di Jepun sebelum mengorak satu langkah ke hadapan dengan mengasas sebuah majalah berbentuk puzzle.

Ads

Mengambil asas permainan puzzle sedia ada, Maki mendapat ilham untuk mengolahnya menjadi permainan baharu dan dari situ terciptalah Sudoku.

Asalnya Pelajar Tercicir Universiti, Pengasas Permainan Sudoku Meninggal Dunia

Permainan yang menguji ketangkasan minda ini mula popular di Jepun sejak zaman 1980-an dan seterusnya menjadi fenomena antarabangsa pada tahun 2005. Sama ada ia kini dimainkan dalam bentuk buku ataupun secara digital di aplikasi telefon pintar, kepuasan yang diperolehi setelah menyiapkan satu teka-teki berbentuk angka ini memang tidak boleh digambarkan.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI