Siapa ingat lagi dengan Nokia 3310 yang legend tu? Mungkin ramai Millennial hari ni tak kenal dengan phone ni. Tapi REMAJA ada satu perkara yang nak dikongsikan dengan semua orang.
Tahukah korang semua bahawa mesej pertama yang dihantar dari satu pengirim kepada penerima adalah “Merry Christmas” ? Mesej itu dihantar 25 tahun lalu pada 3 Disember 1992. Ia dihantar oleh jurutera Neil Papworth dari PC nya melalui rangkaian GSM Vodafone di UK kepada pemilik telefon bimbit Orbitel 901, iaitu Pengarah Vodafone Richard Jarvis.
Teknologi SMS sebenarnya telah lama wujud sebelum ini dan dipelopori oleh jurutera di Nokia Matti Makkonen, namun ia mengambil masa yang lama untuk system SMS mendapat penyebaran meluas kerana telco tidak menawarkan perkhidmatan tersebut dalam rangkaian mereka sehingga lewat tahun 1993. Ini kerana asalnya, telefon bimbit tidak direka untuk menaip namun (Nokia 2010) yang dikeluarkan pada Januari 1994 menjadi telefon bimbit pertama yang menyokong susunan SMS dengan mudah.
Pada tahun 1995, purata hanya 0.4 SMS dihantar kepada setiap pengirim setiap bulan. Menjelang akhir tahun 2000, angka meningkat kepada 24 setiap pelanggan sebulan, dan hari ini kira-kira 18.7 bilion SMS dihantar di seluruh dunia setiap hari. Sudah tentu, mesej menggunakan data telah mengambil alih SMS, dan kini ia merupakan medium Utama dalam penyebaran maklumat. WhatsApp saja telah menyebarkan mesej 550000000 setiap hari! Hebat tak hebat?