
Semagaimana kita tahu, kebanyakan kawasan di Lembah Klang mengalami masalah air selama empat hari bermula hari ini. Hal ini disebabkan oleh pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal yang akan menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).
Memandangkan sudah menjadi keperluan buat setiap keluarga untuk memiliki bekalan air yang ditapis dan bersih melalui penyediaan mesin penapis air di rumah.
Baru-baru ini, terdapat sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, pemanas air yang dibiarkan berfungsi tanpa bekalan air akan menyebabkan overheating dan boleh mengakibatkan kebakaran.
Jadi, jangan lupa tutup suis bagi mesin penapis air dirumah jika kawasan korang turut mengalami gangguan air. Yelah malang tak berbau kan.
Sumber: Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju KL
#GirlPower : Gigih Kerja, Pelajar Perempuan Bolot Gelaran ‘Queen Of Part Timer’

Pada zaman sekarang, ramai remaja yang terus bekerja selepas menamatkan persekolahan. Kadangkala ia berlaku bukan sekadar faktor kewangan, namun kerana mereka ingin mencari pengalaman dalam hidup.
Ada yang berpendapat pelajar yang membuat kerja sambilan ketika belajar akan mudah terganggu konsentrasinya, selalu keletihan dan akhirnya ponteng kuliah.
Pendapat itu sama sekali tidak dipersetujui oleh Nurin Alina Abdul Halim, 22 yang membuktikan kerja sambilan tidak menganggu pembelajarannya.
Viral di laman media TikTok baru-baru ini apabila apabila Nurin memuat naik video menunjukkan dirinya memakai baju seragam dari enam syarikat berbeza.
Pelajar yang menetap di Kota Damansara itu tidak menyangka videonya akan tular kerana ia hanya dihasilkan disebabkan trend video bertukar-tukar baju di TikTok.
Semasa Nurin sedang mengemas bilik dan terjumpa semula kesemua baju seragam yang pernah dipakainya semasa bekerja, perasaan rindu kepada pekerjaannya datang dan dia pun merakam video tersebut
“Saya tak putus asa melakukan kerja sambilan kerana saya nak kaya dengan pengalaman. Bukan duit saya pentingkan tetapi saya hargai pengalaman.
“Pengalaman ini bukan sahaja mematangkan saya tetapi banyak mengubah saya dari segi cara berkomunikasi, menyelesaikan masalah dan banyak lagi.”
Nurin yang merupakan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam telah mula bekerja sambilan sejak 4 tahun yang lalu ketika berusia 18 tahun.
Setiap kali tiba cuti semester, dia tak terlepas daripada mencari kerja sambilan seperti di Jakel Kuala Terengganu, Texas Chicken dan Nandos di One Utama, McDonald’s Bandar Utama, Kyochon Setia City Mall dan Ikea Damansara.
“Kerja sambilan bukan bermaksud Sabtu dan Ahad sahaja. Selalunya saya bekerja dua tiga bulan terus masa cuti semester,”
Jadi korang, tak kiralah apa saja ujian dan kesusahan hidup yang kita lalui sebagai pelajar, yang penting adalah kita perlukan matlamat dan tahu apa yang diinginkan dalam kehidupan.
Tahniah Nurin! #GirlPower
Mark Zuckerberg Tidak Lagi Dalam Senarai 10 Individu Paling Kaya Di Dunia

Pernah tersenarai sebagai antara 10 individu paling kaya di dunia, kini pengasas Facebook atau sekarang dikenali sebagai Meta tidak lagi berada di kedudukan itu.
Sejak awal bulan Februari 2022, perusahaan milik Mark Zuckerberg dikatakan terkesan dari segi nilai syarikat dan hal ini menyebabkan sahamnya jatuh mendadak selepas Facebook mencatatkan penurunan hanya 1 juta pengguna aktif harian.

Terdapat pelbagai spekulasi yang dibuat, ia mungkin kerana penambahan perbelanjaan Meta dalam kajian dan pembangunan metamesta yang agak tinggi, sekali gus menyebabkan harga saham jatuh dari hari demi hari. Hal ini membawa kepada nilai kekayaan Zuckerberg turut menurun.
Mark Zuckerberg mempunyai pegangan sebanyak 14.2 peratus pada syarikat Meta dan sebelum ini dia menduduki 10 tangga teatas manusia paling kaya di dunia. Namun begitu, disebabkan hal ini nilai kekayaan Mark Zuckerberg turut menurun dan kini hanya menduduki tangga ke-12 dengan nilai kekayaan sebanyak $83.1 bilion.

Menurut Forbes, Zuckerberg mengalami kerugian hampir $30 bilion disebabkan oleh penurunan mendadak dalam saham Meta. Saham Meta kehilangan lebih daripada satu perempat daripada nilainya apabila pelabur menimbang koleksi angka kewangan yang meresahkan yang diperincikan oleh syarikat itu dalam laporan pendapatan suku tahunan. Penjualan itu menghapuskan $230 bilion dalam nilai pasaran Meta.

Inilah yang dikatakan kekayaan itu ada turun naiknya. Tapi walau bagaimanapun dia tetap menjadi antara individu yang terkaya di dunia kan. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Let’s Move On”, Hotel Di UK Ini Khas Untuk Wanita Sedang Patah Hati

Kesedihan selalu hadir tanpa duga. Putus cinta dan sukar melupakan itu sudah menjadi asam garam kehidupan. Kadang-kala cinta yang tidak kesampaian boleh membuatkan kita kemurungan dan tidak ada semangat untuk hidup.
Sebagai insan biasa, setiap dari kita perlu teruskan hidup. Mungkin kamu perlu hadam kata-kata semangat ni, untuk menjadikan kamu kuat dan tabah menghadapi dugaan.
Jangan risau, ada satu hotel ini sesuai untuk korang yang ingin ‘move on’. Hotel di United Kingdom (UK) ini menawarkan satu khidmat yang special iaitu service psikologi bagi membantu para wanita mengatasi tekanan perasaan akibat putus cinta dengan pasangan yang curang.
Hmm…menarik bukan?
Lapor Daily Mail, pakar psikologi kaunseling dan pensyarah, Alice Haddon dari London melancarkan program tersebut pada tahun lalu yang ditujukan kepada wanita yang ingin mengubati hati luka akibat hubungan cinta yang sudah berakhir.
Tapi harga dia buat penulis melopong dengar, tawaran program ini berharga 2,500 pound bersamaan RM14,189. Malah, program ini diadakan di Barsham Barns, sebuah rumah persendirian mewah di pantai Norfolk, UK.
Katanya, program itu mengajar para wanita melupakan bekas kekasih mereka dan cara mengelakkan hubungan toksik pada masa hadapan. Program itu diadakan pada Jumaat hingga Isnin dengan penyertaan maksimum lapan wanita.
Para tetamu juga boleh menikmati beberapa aktiviti menarik termasuk pemandangan yang menakjubkan dan pelbagai menu hidangan makanan bagi memberi inspirasi serta menyembuhkan hati yang ‘hancur’.
Menarik juga program ini, agak-agak bila di Malaysia akan ada hotel macam ini….hehe
Sumber: Utusan Malaysia, Daily Mail