Mesir Temui Mumia Berusia 4300 Tahun! Dikatakan Paling Tua

Share

Mesir terkenal kerana banyak menyimpan artifak dan sejarah lama. Di negara itu juga, antara yang paling terkenal ialah Piramid Giza yang tersenarai antara keajaiban dunia dan menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia ke negara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN : Belum Habis Wabak Covid-19, Arab Dan Afrika Diserang Jutaan Belalang Pula

Sumber – The Guardian

Minggu lepas, Mesir sekali lagi menjadi tumpuan dunia apabila pihak ahli kaji sejarah Mesir hujung minggu lalu mengumumkan penemuan mumia berusia 4300 tahun

yang merupakan yang tertua pernah ditemukan di negara tersebut.

Mumia individu bernama Hekashepes ini digali keluar dari sebuah terowong sedalam 15 meter berhampiran Piramid Saqqara.

Apa yang menakjubkan, di saat peti keranda kuno itu dibuka, mumia di dalamnya tetap utuh keranda batu kapur di mana ia disimpan tidak pernah dibuka sejak pengebumian. Permukaan mumia juga dilitupi dengan daun emas. Tubuh mumia tersebut walau sudah berusia 4300 tahun.

Foto: Khaled Desouki/AFP/Getty Images Via The Guardian

Penyimpan rahsia Firaun

Tiga lagi makam purba turut ditemukan di kawasan yang sama dengan salah satunya mengandungi jasad Meri yang bertugas sebagai penyimpan rahsia Firaun.

Pengumunan yang dilakukan ini diharap akan dapat menarik semula kedatangan pelancong ke Mesir yang terjejas teruk akibat pandemik. Antara yang akan dilakukan tahun ini ialah pembukaan Grand Egyptian Museum yang bakal menjadi muzium terbesar dunia meletakkan ribuan artifak Mesir purbakala di bawah satu bumbung.

Kagum betul penulis dengan teknologi Mesir Purba yang mampu mengawet mumia hingga ribuan tahun.

Sumber : The Guardian

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana