Meski Digelar Ikan Bakar & Angkasawanita, DSV TETAP Yakin Di KLFW 2023

Share

Cuaca panas di Malaysia tidak sama sekali menjadi penghalang kepada ramai selebriti dan pempengaruh tempatan untuk tampil dalam persalinan paling kreatif, paling berskala besar dan adakalanya, paling pelik sempena Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2023 yang sedang berlangsung di ibu kota.

Paling menyerlah pada hari ketiga sempena tidak lain tidak bukan ialah usahawanita kepada Vida Beauty Sdn Bhd, Dato’ Seri Hasmiza Binti Othman.

Lebih dikenali dengan panggilan Dato’ Seri Vida Vida atau DSV, Vida membuat kemunculan istimewa sebagai tetamu barisan hadapan di acara pertunjukan fesyen Behati garapan pengarah kreatifnya, Kel Wen.

Di acara yang mengangkat tema Pahlawan itu semalam, Vida telah menerima persalinan khas oleh Behati untuk disarungkan berupa gaun metalik head-to-toe yang menampilkan ikatan hijab.

Sudah tentu, jika tidak kontroversial bukan Behati dan Vida lah namanya. Impresi pandangan pertama warganet yang melihat kelibat Vida di platform media sosial sejak semalam telah mencuit hati.

Ada yang tampil menyamakan gaun Vida itu serupa balutan aluminium pada ikan bakar. Malah ada yang bergurau dan meminta Vida untuk tidak ‘mambakar dirinya’ pada suhu yang terlalu tinggi.

“Dato comeback jadi ikan bakar pula ke ni? Gooo.”

“Suhu berapa ya kalau macam ini nak letak dalam airfryer?”

“Aluminium foil aku dah habis.”

Haipp!

Tidak kurang juga yang melihat Vida seakan cuba menampilkan imej angkasawanita.

“Terbaik DSV! Awak suka mencabar diri dengan imej-imej kontroversi ini,” catat warganet yang dikenali sebagai Didy Firdaus.

Malah ada juga warganet yang bertanyakan sekiranya gaun metalik Behati itu dilengkapi dengan pendingin hawa kecil memandangkan ia kelihatan berat serta memanaskan si pemakai.

@remaja.my Sharifah Sakinah tampil sebagai MUSE BEHATI 🤍 Amacam, lurve tak look @sharifah_sakinah today? 😍🫶🏻 #majalahremaja #remaja #remajamalaysia ♬ original sound – Remaja

Apapun pandangan orang ramai, Vida seperti biasa tidak memandang serius apa yang diperkatakan. Sebaliknya Vida sendiri memandangnya dari perspektif humor sambil bertanyakan kepada Kel Wen, “Apa dah jadi ni?” menerusi caption dalam hantaran beliau di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: “Netizen Yang Risau & Marah, Bukannya Saya..” Sharifah Sakinah Enggan Ambil Pusing Kontroversi Busana Aidilfitri Behati – REMAJA

BACA LAGI: “Tiada Niat Perlekeh Mana-Mana Agama..” – Pengasas BEHATI Jawab Isu Fesyen ‘Cedok Budaya’ – REMAJA

Terdahulu, demam KLFW 2023 dimulakan oleh pertunjukan fesyen pertama yang pernah dilangsungkan di Litar Antarabangsa Sepang oleh kolaborasi Neonate X SVG, Ahad lalu.

@remaja.my Wah bukan main hebat lagi koleksi terbaru @neonate.company X @svgwrldwide kali ini! Memang betul-betul unik & letops! 🤩💯 Menarik sekali di fashion show kali ini apabila pelbagai jenis model ditampilkan; tak kira umur, saiz badan mahupun ketinggian 🫶🏻 Rakan Media Rasmi: @majalahremaja #majalahremaja
#remaja #remajamalaysia #neonatesvg ♬ Asian taste trap(971188) – stst-Bonz

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ