Impian kumpulan duo, Dem Lepak Boys untuk bertanding di pentas akhir Big Stage minggu hadapan terkubur begitu sahaja apabila mereka disingkirkan dari pertandingan nyanyian tersebut malam semalam.
Dengan lagu C.H.R.I.S.Y.E, kumpulan duo lelaki ini ternyata gagal meninggalkan impak persembahan yang kuat kepada barisan juri apabila markah yang diberikan membawa mereka ke pentas penyingkiran.
Justeru dengan penyingkiran mereka dan penyanyi/komposer Firdaus Rahmat sekaligus mengurangkan jumlah peserta lelaki yang akan berentap di pentas final Big Stage minggu hadapan.
Namun, kumpulan duo tersebut enggan menganggap penyingkiran tersebut sebagai tanda noktah dalam perjalanan seni mereka.
“Kami akan keluarkan single terbaru pada 7 Julai ini dan yang paling menarik tentang lagu ini ialah rakan duet kami iaitu Elica Paujin, juara Big Stage musim lalu.
“Genre lagu ini juga sangat menarik bagi kami. Selalunya orang expect untuk kami keluarkan lagu rancak namun kini kami berpaling arah dengan fokus ke arah genre balada,” jelas mereka ketika sidang media semalam.
Bekas juara Showdown 2012 ini turut menzahirkan kegembiraan mereka kerana berjaya menempuh tempoh 9 minggu yang penuh dengan pelbagai dugaan.
“Ianya satu kebanggaan bagi kami untuk sampai ke tahap ini dalam pertandingan. Nak lawan dengan peserta lain yang lebih mantap dari segi vokal bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Sejujurnya, kami sangat gembira dan bersyukur,
Ads
“Lagu ini juga bukanlah sebuah lagu yang mudah dibawa namun kami dah buat yang terbaik dan sehabis mampu. Kami juga ingin ucapkan terima kasih kepada rakan duet kami yang banyak membantu selama ini,” jelas dua penyanyi muda ini.
Ads
Terdahulu, Isaac Voo, Naufal Azrin, Meer Nash, Farhan Shah dan COEX merupakan peserta yang tersingkir dari pentas Big Stage musim ke-5.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Gempak
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekali lagi pelakon yang kini sudah bertaraf antarabangsa, Henry Golding bakal muncul dalam sebuah filem yang berjudul Last Christmas. Ramai rakyat Malaysia sudah tidak sabar untuk menonton filem ini kerana ingin melihat gandingan pelakon yang berasal dari Sarawak ini bersama heroinnya, Emilia Clarke.
Last Christmas mengisahkan tentang seorang gadis bernama Kate yang bekerja sebagai elf di sebuah kedai Krismas di London. Satu hari, seorang lelaki baik dan kacak bernama Tom masuk ke dalam kehidupannya. Dia kemudian bercinta dengan lelaki itu walaupun ia kelihatan seperti hubungan itu tidak akan berkekalan.
Filem ini juga menampilkan pelakon kelahiran Malaysia yang kini sudah berjaya di Holywood, Dato’ Michelle Yeoh.
Mampukah gandingan lakonan Henry Golding dan Dato’ Michelle Yeoh kali ini menambat hati masyarakat di Malaysia? Sama-sama kita saksikan Last Christmas yang bakal ditayangkan pada 28 November 2019.
Tapi…
Kami nak bagi korang peluang untuk menjadi yang pertama menonton filem ini di tayangan perdana Last Christmas pada 26 November ini, bertempat di TGV One Utama Damansara. Butiran lengkap adalah seperti berikut:
Tarikh: 26 November 2019
Masa: 8.15 malam
Lokasi: TGV One Utama
Dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah, korang bakal memenangi 2 tiket ke tayangan perdana filem tersebut.
Peraduan ini hanya terbuka kepada korang yang tinggal di sekitar Lembah Klang saja bagi memudahkan sesi pengambilan tiket nanti.
Jom kami di sana!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasti ramai peminat k-drama yang menantikan drama-drama terbaharu dari Korea pada tahun ini. Seperti biasa, senarai drama yang bakal dipertontonkan ini jarang gagal untuk menarik perhatian penonton.
Kali ini kami nak kongsikan dengan korang antara drama-drama Korea yang bakal ditayangkan di Netflix sepanjang tahun 2022.
1. All of Us Are Dead
Menceritakan tentang pelajar yang terperangkap di sekolah ketika virus zombie merebak dan mereka berhempas pulas berjuang untuk meneruskan hidup. Siri ini adalah berdasarkan webtoon popular dari Jong Dong Geun yang dikenali sebagai ‘novel grafik zombi gaya Korea’.
2. Juvenile Justice
Foto: What’s on Netflix
Kisah seorang hakim yang tidak suka kepada pesalah juvana yang akhirnya dilantik sebagai hakim di mahkamah juvana. Kim Hye Soo memainkan watak sebagai Sim Eun Seok, seorang hakim berkarisma yang baru dilantik di daerah yang mempunyai kes juvana yang tinggi.
3. Twenty Five, Twenty One
Drama remaja yang menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Kim Tae-ri, Nam Joo-hyuk, Kim Ji Yeon, Choi Hyun Wook dan Lee Ju Myung. Dalam masa ketika impian kelihatan di luar jangkauan, seorang seorang remaja pemain pedang mengejar cita-cita besar dan bertemu dengan seorang lelaki muda yang bekerja keras dalam usaha membina semula hidupnya.
4. Forecasting Love and Weather
Siri komedi romantis yang mengisahkan tentang pekerja-pekerja di Pentadbiran Meteorologi Korea, jatuh bangun mereka dalam kehidupan. Jin Ha Kyung yang berazam tidak mahu bercinta dengan rakan sepejabat dan akhirnya menjalin hubungan dengan seorang pekerja baru.
Drama kehidupan dan percintaan yang menyentuh hati di antara persahabatan, cinta dan kehidupan tiga sahabat yang akan mencecah umur 40 tahun. Kebetulan mereka merupakan BFF di sekolah menengah. Apabila umur mereka 39 tahun, mereka mengalami kehidupan yang tidak baik dan perlu mengucapkan selamat tinggal kepada persahabatan yang telah terjalin.
6. Tomorrow
Drama fantasi akhirat, Tomorrow menggambarkan bagaimana Choi Jun-woong yang sudah lama menganggur secara tidak sengaja terserempak dengan ‘gream reapers’ dalam sebuah misi khas dan menjadi pekerja kontrak di pasukan pengurusan krisis mereka.
7. Business Proposal
Drama percintaan pejabat, Business Proposal, adalah berdasarkan novel web dan webtoon terkenal di seluruh dunia mengisahkan tentang percintaan CEO dan pekerjanya.
8. The Sound of Magic
The Sound of Magic, berdasarkan webtoon popular Annarasumanara, ialah drama menyentuh tentang Yoon Ah-yi, seorang gadis yang terpaksa membesar terlalu cepat, dan Rieul, seorang ahli silap mata misteri yang — walaupun sudah dewasa — ingin kekal sebagai seorang kanak-kanak.
Mengisahkan Rex, ejen mencari jodoh ekslusif dan pakar dalam melayani permintaan pelanggannya untuk dijodohkan dengan golongan orang berada.
10. A Model Family
Kisah sebuah keluarga yang di ambang kehancuran akibat muflis dan masalah terjebak dengan sindiket pengedaran dadah.
11. Glitch
Mengisahkan seorang wanita yang cuba untuk menjejaki kekasihnya yang hilang dengan bantuan kelab UFO. Dalam proses itu, dia berhadapan dengan rahsia misteri.
12. Suriname
Mengisahkan seorang lelaki Korea yang menjadi tokan dadah di negara Suriname di Amerika Selatan. Drama ini merupakan drama paling mahal di Korea dengan kos mencecah 40 billion won (RM140 juta).
13. Money Heist: Korea – Joint Economic Area
Menceritakan ahli strategi yang genius dan krewnya yang berbakat terdiri daripada pencuri kelas atas yang cuba melakukan rompakan yang belum pernah berlaku di Semenanjung Korea.
14. Love to Hate You
Drama tentang seorang wanita yang tidak suka kalah dengan lelaki dan seorang lelaki yang curiga terhadap wanita yang kemudiannya menemui remedi kehidupan di sebalik ciri-ciri mereka yang bertentangan.
15. Somebody
Seorang pemaju sebuah aplikasi sosial terlibat dengan seorang lelaki misteri, ketika kes pembunuhan berlaku menerusi aplikasi sosial bernama Somebody yang dibangunkannya.
Wah, banyak betul kdrama sepanjang tahun ini. Harapnya korang terhibur. Selamat menonton!
Sumber: Netflix
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang iaitu Siti Kharina Mohd Kamarudin pada minggu ini telah menjadi antara topik perbualan hangat netizen.
Bukan saja disebabkan motif pembunuhannya di sebuah kondominium di Cyberjaya. Tetapi disebabkan suspek utama kes yang merupakan seorang lelaki warga Nigeria.
Disclaimer: REMAJA tak mengatakan kesemua warga Afrika yang bertandang ke Malaysia merupakan penjenayah. Namun menurut penganalisis jenayah, Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim, beliau yang ditemuramah rakan media di Berita Harian beranggapan kehadiran terlalu ramai warga benua itu ke negara ini wajar dipandang serius.
Ini kerana pemantauan yang dilakukan terhadap kemasukan mereka kini tidak dilakukan secara konsisten. Malah ia hanya dilakukan secara bermusim, terutamanya bila muncul kes seperti ini.
Antara pesalah kes bawa masuk dadah pada tahun lalu.
”Kami harapkan agar Kementerian Pendidikan mengkaji pengeluaran pas pelajar ke atas warga Afrika secara konsisten kerana kemasukan mereka sekarang adalah terlalu ramai.
”Benarkah mereka masuk dengan niat untuk belajar saja? Saya lihat tidak, mereka cuma datang untuk mendapatkan faedah pas berkenaan dan bukannya untuk belajar pun,” katanya ketika dihubungi wartawan.
”Suka atau tak, statistik menunjukkan kehadiran warga Afrika menyumbang kepada kes jenayah membabitkan dadah fan kes penipuan seperti love scam dan black money.
”Justeru kita wajar perketatkan lagi kemasukan mereka. Hanya yang benar-benar komited untuk belajar saja diberikan akses dan mereka perlu melaporkan progres pengajian masing-masing.”
Apa pendapat korang?
Adakah wajar pihak berkuasa mengenakan syarat kemasukan dan tinggal yang lebih ketat kepada pelajar warga Afrika? Ataupun ia akan dilihat seolah-olah diskriminasi terhadap mereka berbanding ke atas pelajar asing dari negara lain?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.