Impian kumpulan duo, Dem Lepak Boys untuk bertanding di pentas akhir Big Stage minggu hadapan terkubur begitu sahaja apabila mereka disingkirkan dari pertandingan nyanyian tersebut malam semalam.
ARTIKEL BERKAITAN: #BIGSTAGE2023 Ajai & Aina Abdul Akui Terkejut Dengan Kualiti Persembahan Peserta ‘Always Perform’ Ini!
Dengan lagu C.H.R.I.S.Y.E, kumpulan duo lelaki ini ternyata gagal meninggalkan impak persembahan yang kuat kepada barisan juri apabila markah yang diberikan membawa mereka ke pentas penyingkiran.
“Ianya satu kebanggaan bagi kami untuk sampai ke tahap ini dalam pertandingan. Nak lawan dengan peserta lain yang lebih mantap dari segi vokal bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Sejujurnya, kami sangat gembira dan bersyukur,
“Lagu ini juga bukanlah sebuah lagu yang mudah dibawa namun kami dah buat yang terbaik dan sehabis mampu. Kami juga ingin ucapkan terima kasih kepada rakan duet kami yang banyak membantu selama ini,” jelas dua penyanyi muda ini.
Terdahulu, Isaac Voo, Naufal Azrin, Meer Nash, Farhan Shah dan COEX merupakan peserta yang tersingkir dari pentas Big Stage musim ke-5.
BACA LAGI: Aina Abdul Harap Peserta Big Stage 2022 Tidak ‘Hilang’, Terus Kerja Keras – REMAJA
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Gempak