Siri Kelas Tahanan Cikgu Hiragi mengangkat genre psikologi thriller dengan jalan cerita yang mendebarkan! Drama air tangan Juita Viden dan arahan Micheal Ang ini diadaptasi daripada drama Jepun Mr Hiragi’s Homeroom dan kini menjadi kegilaan peminat drama tempatan.
Dibintangi barisan pelakon meningkat naik seperti Nadhir Nasar, Arena Wan, Nurel Bahrin, Arabella Ellen dan ramai lagi, naskah ini memang wajib ditonton!
Selain daripada 19 orang pelajar sekolah yang menjadi tebusan di dalam kelas darjah mereka sendiri, empat karakter guru yang ditampilkan menerusi drama ini turut menggambarkan personaliti guru-guru yang kita semua kenal sejak sekolah.
Watak yang diketengahkan bukan saja menghidupkan jalan cerita. Malah, ia membawa kita melihat sisi kehidupan guru yang mungkin kita boleh relate
. Siapa sangka di sebalik ketegangan dan drama, ada kisah yang dekat di hati kita.
Watak Cikgu Hiragi ini memang mysterious, nak kata psiko pun ya seram pun ya juga! Pada awalnya, Cikgu Hiragi lakonan Nadhir Nasar nampak seperti insan yang lemah dan pendiam. Tapi sebenarnya, dia ada kebijaksanaan yang luar biasa. Cikgu Hiragi tak berfikir dua kali untuk menggunakan cara gilanya seperti ‘meletupkan’ sekolah demi memberi pengajaran buat para pelajarnya tentang kesan tindakan setiap seorang daripada mereka.
Pada masa yang sama, apabila ada pelajar yang berani menengkingnya, Cikgu Hiragi akan membalas dengan nada yang tinggi juga! Kan dah kata… air yang tenang jangan disangka tiada Hiragi buaya.
Selain itu, Cikgu Hiragi juga merupakan seorang pendengar yang tenang dan komited. Sebagai contoh, apabila Reena (Qistina Rania) mendekati Hiragi dengan masalah berat yang ditanggungnya; Hiragi ada di situ sebagai rakan pendengar tanpa menjatuhkan hukuman.
Dia selalu ada untuk membantu walaupun dunia di sekelilingnya huru-hara. Macam cikgu kaunseling, kan? Tapi versi garang! Korang dapat relate tak dengan cikgu seperti ini?
Cikgu Syed pula adalah seorang pempengaruh di sekolah itu. Jangan ingat korang je nak jadi influencer, cikgu pun sama naik! Cikgu Syed lakonan Riz Amin suka menjadi perhatian dan gemar merakam setiap drama yang berlaku di kelas. Ketika kes tebusan berlaku, dia langsung tak dapat menahan diri daripada menjadi ‘Pak Lawak’ dan suka menambah garam ke situasi yang tegang.
Senang cerita, karakter Cikgu Syed seperti gossip queen, sentiasa tahu cerita terbaharu. Tapi di sebalik perangai mengarutnya, dia sebenarnya sangat peduli terhadap pelajar walaupun caranya kadang-kadang nampak pelik. Haa, dalam sekolah korang ada ke cikgu macam Cikgu Syed?
Cikgu Nora nampak macam diva dan lebih mementingkan perihal peribadi seperti kisah cintanya. Buktinya, Cikgu Nora turut terjebak dalam persaingan untuk dapat perhatian Cikgu Hiragi sampai sanggup membuli karakter Cikgu Aisyah lakonan Erysha Emyra! Tapi jangan terpedaya dengan sisi gedik Cikgu Nora. Dia sebenarnya seorang guru yang care juga dan merupakan ‘pelindung’ para pelajarnya.
Cikgu Nora lakonan Amira Rafik berusaha keras bagi memastikan pelajar mendapat perhatian yang mereka perlukan. Dan apabila Cikgu Hiragi tertekan, dia menunjukkan kesetiaan yang luar biasa, berjuang untuk mempertahankan rakan sekerjanya itu walaupun ketika ramai yang menuduh Cikgu Hiragi mempunyai niat jahat dan cuba mengapa-apakan pelajar.
Pendek kata, Cikgu Nora merupakan seorang guru yang loyal kepada orang dia kenali walaupun orang itu sentiasa menjadi suspek polis. Mestilah dekat sekolah korang ada seorang guru seperti ini. Gedik-gedik ubi berisi… eh!
*
Kelas Tahanan Cikgu Hiragi bersiaran pada setiap hari Rabu dan Khamis menerusi slot Dramavaganza sejak 25 September lalu, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104). Korang juga boleh menontonnya menerusi On Demand, Astro GO dan di platform sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.